Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jenis-jenis Verbs



Sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present
 tenses, Past Tenses,Future tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis 
Verb
terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang 
anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

 Ada 3 jenis utama iaitu:-



1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs - Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs - Kata kerja campuran

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif



Kebanyakan verbs adalah dalam kategori ini iaitu Verb jenis ini boleh
ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive
/continuous)



Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs Physical Actions yang mana anda
boleh lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Progressive Verbs boleh wujud dalam semua 12 bentuk Tenses dalam bahasa 
Inggeris.



Cth2 Verbs - walk, talk, sleep, eat dsbnya



Untuk jenis ini anda boleh gunakan mereka dalam bentuk Verb + -ing atau
Present Participle



Jadi anda boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-



1. Ali is sleeping right now. -Kala Present Progressive untuk perbuatan
yang sedang berlaku sekarang.



2. Ali was sleeping last night when  I went to his house. -Kala Past
Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas(was
sleeping)dan dicelah oleh perbuatan lain ( I went)



3. Ali will be sleeping when I go to his house tonight. - Kala Future
Progressive untuk perbuatan yang akan sedang berlaku di masa akan datang
 (will be sleeping)  dan dicelah oleh perbuatan lain ( I go)





Ada lagi bentuk Progressive tenses seperti Present perfect progressive,
Past perfect progressive, Future perfect progressive yang semuanya
diterangkan oleh saya dalam kelas Intermediate Grammar saya..



Nanti sambung lagi ya..



Yusoff
0193090711



p/s Kelas Putrajaya boleh lagi disertai Ahad ini 18hb di Precint 9 dan di 
Sunway bulan dpn 8hb Mei tapi
yg ni dua2 kelas Fundamentals..

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam?  Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com 

Kirim email ke