'Alaikassalam..

Berhubung dengan kes ini sebaiknya bunda saudara perlu mengatasi masalah gula 
dalam badan terlebih dahulu. Apabila kadar gula dalalm badan berada di tahap 
yang baik maka pembedahan berpotensi dilakukan dan InsyaAllah bunda boleh 
menjalani kehidupan seperti biasa..

Beberapa amalan untuk mengurangkan gula dalam badan khususnya untuk penghidap 
diabetes (kencing manis)..

Amalkan madu atau kurma. Mungkin di Indonesia madu lebih mudah di dapati.

Bagi mengamalkan pemakanan madu, perlulah bunda saudara amalkan 
sekurang-kurangnya 50ml setiap hari. Caranya 2 sudu pagi sebelum mengambil 
makanan lain dan pada waktu perut kosong. 2 sudu malam pula pada waktu sebelum 
tidur.

Mungkin ramai orang tertanya mengapa masalah gula atau diabetes boleh diatasi 
dengan Madu yang sememangnya amat manis.

Ada 2 faktor yang sama daripada Madu dan Kurma.

Makanan ini mengandungi Glokus dan Fruktos.

Glukos adalah sejenis bahan yangmana apabila memasuki badan, ia diserap pantas 
sebagai tenaga pada 2 tahap yakni tenaga untuk tubuh dan tenaga untuk minda. 

Fruktos pula di serap berulang kali oleh badan dalam jangka waktu yang panjang. 

Kedua-dua bahan ini yakni Glukos dan Fruktos yang ada di dalam Madu dan Kurma 
membakar gula yang sedia ada dalam tubuh secara berperingkat tanpa membebani 
buah pinggang. 

Berbeza dengan gula biasa yang kita ambil setiap (kebiasannya gula tebu) perlu 
melalui proses pencucian yang panjang apabila melalui buah pinggang. 

Ini bermaksud, sebelum selesai pencucian  gula yang pertama, kemungkinan besar 
kita telah pun menambah lagi pengambilan gula pada waktu yang seterusnya samada 
melalui minuman yang manis dan seumpamanya. 

Pengambilan gula dengan cara ini menambah beban kepada buah pinggang dan 
sekaligus meningkatkan kadar gula dalam badan dengan pantas.

Apabila buah pinggang kita lemah untuk meneruskan operasinya maka tidak 
mustahil kita menghidapi penyakit diabetes (kencing manis).

Pada peringkat awal selepas pengambilan madu atau kurma, kadar gula bunda 
saudara akan meningkat. Ini adalah biasa kerana ini membuktikan proses rawatan 
sedang berlaku. Apapun, pastikan bunda saudara terus mengamalkan memakan madu 
atau kurma kerana ia bersifat sementara dan jangan berhenti. Ulang pengambilan 
setiap pagi dan malam.

Catat kadar gula untuk minggu pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Saudara pasti akan dapat lihat perbezaannya pada minggu keempat.

PERHATIAN: Pastikan madu tersebut adalah asli tanpa ada sebarang campuran gula.

Pengambilan madu amat sesuai dengan kita sepertimana hadis Rasulullah s.a.w: 
"Ambillah 2 jenis penawar yakni Al-Quran dan Madu."

Bacakan Al Fatihah dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w pada madu atau kurma 
yang ingin diamalkan. Serta berniatlah ke atas makanan tersebut.

InsyaAllah, bunda saudara akan pulih. Yakinlah dengan Allah dan kuasaNya..

Wassalam..


 
 



----- Original Message ----
From: ahmad.subairy <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Wednesday, May 23, 2007 3:04:22 AM
Subject: [syiar-islam] mohon petunjuk

Bismillahirrahmanir rahim
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
bapak moderator saudara saudari sekalian mohon petunjuk, ibu saya sedang sakit 
pengapuran dengan lutut kakinya dan dokter tidak memperbolehkan operasi karna 
ibu saya juga mempunyai penyakit gula, penyakit ini sudah menahun dan sudah 
kronis. apakah ada diantara saudara saudari pak moderator yg terhormat 
mempunyai dzikir dzikir yg dapat Allah berkenan menyembuhkan ibunda saya, saya 
mohon mohon dengan sangat petunjuknya
Syukran, Jazakumullah khoiran katsiron.
atas perhatiannya
Waassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh

[Non-text portions of this message have been removed]





      
____________________________________________________________________________________Fussy?
 Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel and lay 
it on us. http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke