assalamu alaikum,

berikut adalah postingan dari milis tetangga, sebuah sudut pandang 
sejarah mencoba mengupas revolusi dalam konteks islam secara 
kronologis dan mondial. semoga bermanfaat.

salam,
satriyo

===

--- In [EMAIL PROTECTED], "agung pribadi" <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:

www.ummahonline.com

Revolusi Islam Dalam Pandangan Sunni Dan Syiah
Kiriman pada Wednesday, March 07 @ 16:00:59 MYT
Topik: Artikel
ArtikelOleh: Agung Pribadi

Bulan Februari adalah bulannya Revolusi Islam Iran. Revolusi Islam
Iran adalah sebuah pelajaran berharga bagi umat Islam seluruh dunia
tentang bagaimana caranya melawan kezaliman dengan revolusi. Bagaimana
agar umat Islam tidak berpangku tangan dan hanya berdoa dalam
menyikapi kezaliman atau bahkan hanya mengharapkan doa dari para wali
tanpa ada usaha atau ikhtiar untuk mengubahnya.

Padahal Allah tentang ini telah berfirman bahawa "Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum sampai kaum itu sendiri yang mengubahnya."
Berikut mari kita pelajari dan bahas mengenai revolusi Islam dalam
pandangan mazhab Syi'ah seperti di Iran dan pandangan mazhab Sunni.

Seperti Revolusi Bolsyewik

Suatu tambahan Lenin atas Marxisme adalah antara lain pencapaian ke
arah masyarakat ideal dengan revolusi bersenjata dan persediaan
tentera revolusi dengan sistem sel. Dengan revolusi yang disebut
revolusi proletar akan terbentuk negara dengan dipimpin oleh diktator
proletar dalam hal ini dibentangkan oleh partai komunis. Negara dalam
hal ini sebagai alat pemaksa proses transisi menuju masyarakat komunis
iaitu masyarakat tanpa kelas di mana negara itu menjadi tidak ada
kerana dengan adanya negara bererti adanya perbezaan kelas. Negara
yang ada iaitu negara sosialis adalah keadaan transisi sebelum
terbentuk masyarakat komunis.

Dalam praktik revolusi Bolsyewik Oktober 1917, Lenin mengubah musuh
kelas proletar dalam ajaran Karl Marx iaitu kelas Borjuis menjadi
kelas penguasa (dalam hal ini Tzar Rusia). Bahkan kelas proletar
bekerja sama dengan kelas borjuis untuk menumbangkan kelas penguasa
iaitu Tzar. Suatu tafsiran—kalau tidak mahu dikatakan
penyimpangan—dari ajaran Karl Marx.

Hal yang mirip terjadi dalam revolusi Islam Iran tahun 1979. Bapa
Revolusi Islam Iran, Ali Syariati dan Ayatullah Rohullah Khomeini
serta pemimpin-pemimpin revolusi Islam lainnya yang banyak membaca
karya-karya Marx, lalu mengkritik habis Marxisme, justeru mendapat
inspirasi dari Marx dalam hal kecenderungan kepada kaum tertindas
sehingga menyatakan ayat-ayat mendukung atas Mustadh'afin (orang yang
diperlemah/ orang yang tertindas) tentu saja dengan ruh Islam. Memang
hal ini boleh kita lihat pada karya Ali Syariati, Membangun Masa Depan
Islam dan karya Imam Khomeini, Jihad Akbar.

Revolusi Memakan Anak Sendiri

Setelah proses di atas, Syariati dan Khomeini yang merupakan ideolog
terbesar revolusi Islam Iran mengubah-suai dan mengubah musuh kelas
proletar dalam ajaran Marx, iaitu kelas borjuis dengan kelas penguasa
iaitu regim Syah Iran Mohammad Reza Pahlevi, bahkan kelas proletar
bekerja sama dengan kelas borjuis—dalam terminologi Iran-nya adalah
kelas pedagang bazaar semisal Abol Hasan Bani Sadr [1] dalam
menghentam kelas penguasa iaitu Syah Iran.

Setelah itu terjadi tempoh konsolidasi selama satu tahun yang banyak
memakan korban dari aktivis-aktivis revolusi itu sendiri. Khomeini
sebagai yang berkuasa menyingkirkan lawan-lawan politiknya,
tindakannya antara lain mengancam bunuh Abol Hasan Bani Sadr. Akhirnya
Abol Hasan Bani Sadr lari ke luar negeri dengan memakai pakaian wanita
bercadur agar tidak diketahui ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang.

Mengapa Khomeini mengancam bunuh Bani Sadr? Kerana sebagai orang yang
berfaham nasionalis liberal, Bani Sadr sering mengkritik Khomeini dan
faham Velayat e – Faqih (perwalian/kekuasaan ahli fiqih) dalam faham
Syi'ah Imamiyah atau Syi'ah Itsna Asy'ariyah di Iran yang membolehkan
bahkan mewajibkan taqlid untuk orang awam. Oleh kerana itu, pemimpin
spritual yang bertaraf Muqollid (orang yang ditaqlidi tidak boleh
dikontrol masyarakat).[2]

Khomeini juga membanteras partai Mujahidin e Kholq pimpinan Mehdi
Bazargan. Ia juga menyingkirkan beberapa Mullah dari arena politik,
serta meminggirkan peranan orang bermazhab Sunni Iran yang berjumlah
kira-kira 10% dari keseluruhan penduduk..

Memang dalam revolusi sering—kalau tidak boleh dikatakan
selalu—'memakan anak sendiri' suatu ungkapan yang sangat terkenal pada
masa revolusi Perancis, di mana D'Anton yang pejuang revolusi itu
sendiri dan beberapa orang lainnya menjadi korban revolusi Perancis
itu sendiri. Menurut Abu Hanifah (pemimpin delegasi Indonesia dalam
Persidangan Inter-Asia di New Delhi tahun 1947), korban revolusi
Indonesia adalah Amir Syarifudin. [3]

Jeneral Nadjib menjadi korban kudeta temannya, Gammal Abdul Nasser,
dalam revolusi Mesir. Deng Xiao Ping pernah mendekam dalam penjara Mao
Tse Tung di China. Di Kamboja, Khmer Merah selain membuat Putera
Sihanouk terkapai-kapai di luar negera, juga membantai jutaan orang.
Di Algeria, golongan Islam yang berperanan besar dalam revolusi
mengusir penjajah Perancis dipinggirkan oleh regim Nasionalis-Sosialis
yang berkuasa. Dan, last but not least dalam revolusi Afghanistan
mengusir Komunis, mesin-mesin perang moden produk mutakhir Soviet
Union hasil pampasan perang dari regim Komunis digunakan untuk
menghentam saudara sendiri.

Revolusi atau Evolusi?

Oleh kerana kesan kerugian material dan moral yang besar itulah
sebahagian ulama Sunni mengharamkan revolusi melawan saudara sendiri
sesama muslim. Misalnya Abul A'la Al Maududi dalam bukunya, Penjajahan
Peradaban.[4]

Mohammad Natsir di Indonesia pada tahun 1940-an akhir dan 1950-an
mengkritik dengan keras revolusi yang dilakukan oleh Sekarmadji
Maridjan Kartosuwiryo (kerana pemberontakan Kartosuwiryo pengaruhnya
luas di hampir seluruh pulau besar di Indonesia maka penulis
mengkategorikannya sebagai revolusi) dan memilih menempuh cara-cara
demokratis dan berperlembagaan.

Mengapa ia terlibat pemberontakan daerah iaitu PRRI?

Menurut Mohammad Hatta, hal itu kerana keadaan di Jakarta tidak aman
bagi orang-orang yang berbeza pemikiran politiknya dengan Soekarno.
Hatta sendiri rumahnya sering dilempari batu. [5]

Kerana itu, wajar saja kalau tokoh- tokoh politik yang berseberangan
dengan Soekarno pergi ke luar Jawa. Menurut Syafrudin Bahar [6], bukan
hanya batu tetapi tokoh-tokoh itu rumahnya dilempari granat.

Kolonel Dahlan Djambek yang menjadi penghubung Nasution/pihak
pemerintah pusat selama beberapa bulan akhirnya mengundurkan diri dan
setelah sebuah granat meledak di pekarangan rumahnya, ia dan
keluarganya melarikan diri ke Padang dan tiba di sana pada 24 Agustus
1957. [7]

Said Hawwa di Syria walaupun mengusulkan apa yang ia namakan 'revolusi
kedua' (revolusi pertama adalah pengusiran penjajah Barat) dalam
aplikasi ajaran-ajaran Islam dalam hidup bermasyarakat termasuk
bernegara, tetapi penjabaran sebenarnya itu bukan revolusi melainkan
evolusi [8]. Walaupun rekannya di Ikhwanul Muslimin Syiria, Marwan
Hadid, memimpin revolusi (yang gagal) melawan regim partai Ba'ats
pimpinan Hafez Al-Asad yang beraliran kiri dan bermazhab Syi'ah.

Ikhwanul Muslimin Mesir masa Hasan Al Banna turut menyertai dalam
revolusi Mesir menggulingkan Raja Farouq, tetapi sepeninggal Hasan Al
Banna strateginya adalah evolusi dengan program dakwah Islamisasi 13
tahun untuk mencapai jumlah rakyat 75 % yang mendukung negara Islam.
Kalau belum berhasil ulangi 13 tahun lagi dan begitu seterusnya.

Tokoh-tokoh pemikirnya dan contoh buku yang ada pemikiran tentang
revolusi dan evolusinya antara lain Mursyid Aam (ketua umum) kedua
Ikwanul Muslimin iaitu Hasan Al Hudaibi dengan semboyannya yang
terkenal Kami Mengajak bukan Menghakimi [9], lalu Zainab Al Ghazaly
menceritakan dalam bukunya, Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin,
Muhammad Ali Gharishah bercerita dalam Kisah-Kisah dari Penjara,
Sayyid Quthub dengan bukunya tafsir Fi Zhilalil Qur'an dan kitab
Ma'alim fith Thariq. Sementara, Muhammad Al Ghazaly dengan Islam
Menjawab 40 Soal-Soal Kemasyarakatan serta Muhammad Quthub dengan
Syubuhat Haulal Islam dan Jahiliyah Abad ke-20.

FIS di Algeria pun menghendaki jalan sederhana, demokratis, dan
berpelembagaan, tetapi setelah dikhianati oleh regim FLN pimpinan
Chadli Benjedid (atau Syazli Bin Jadid) lahir serpihan-serpihan FIS
semacam GIA dan MSA yang menghendaki jalan kekerasan untuk revolusi
Islam, sedangkan FIS tetap memakai jalan sederhana. [10]

Seluruh ulama Afghanistan mengambil jalan revolusi dengan berfatwa
wajib jihad melawan Komunis yang dijadikan musuh kerana selain atheis
juga membantai jutaan umat Islam tanpa diskriminasi, [11] yang setelah
memenangkan perang melawan Komunis berakibat revolusi memakan anak
sendiri.

Di Indonesia, Sekarmadji Maridjan Kartosuwiryo dan Kahar Muzakkar
mengambil jalan revolusi. [12] Daud Beureueh mengambil jalan revolusi
pada awalnya tetapi setelah beberapa tahun dan ditawari pengampunan
umum serta dijanjikan penerapan Syariat Islam di Indonesia minimal di
Aceh oleh Soekarno, ia mengambil jalan evolusi. [13]

Untuk Islam Syi'ah selain di Iran, di Iraq juga mereka mencuba
menjalankan revolusi setelah Perang Teluk II dan III berakhir. (Perang
Teluk I adalah Perang Iraq-Iran, Perang Teluk II adalah Iraq melawan
George Bush Senior, Perang Teluk III adalah Irak melawan George Bush
Junior). Di Afghanistan Mujahidin Syi'ah turut menyertai dalam
revolusi melawan Komunis. [14] Di Lebanon, kelompok Hizbulloh yang pro
Iran dan Tentera Amal Syi'ah yang pro Syria sangat revolusioner dalam
kekacauan berkepanjangan. Di Lebanon Hezbollah dianggap sebagai
kekuatan politik dan ketenteraan terkuat setelah Israel gagal
memusnahkannya dalam pencerobohan dua bulan tahun 2006.

Antara Syi'ah dan Sunni ada kesepakatan menempuh cara revolusi kalau
melawan orang kafir yang menindas dan berbuat zalim. Dan hal ini
dicetuskan pertama kali oleh Sayyid Jamaluddin Al Afghani pada abad
ke-19. [15] Bahkan Buya Hamka menjuluki Jamaluddin Al Afghani sebagai
Bapa Revolusi Islam di seluruh dunia. [16]

Para ulama di Indonesia (yang majoriti Sunni) ternyata tidak memilih
revolusi ketika melawan penindasan dan kezaliman regim Orde Baru,
melainkan memilih reformasi atau evolusi. Hal ini berhasil
menghindarkan pertumpahan darah yang sangat banyak—walaupun
pertumpahan darah 13, 14, dan 15 Mei tetap terjadi dan memakai nama
Islam, muslim, dan Allahu Akbar, akan tetapi itu belum tentu kelompok
Islam yang melakukan kerana sampai saat ini kerusuhan Mei itu belum
terungkap alias masih gelap.

Nah! Sekarang setelah Soeharto tersingkirnya, maka seharusnya di
Indonesia janganlah proses evolusi atau reformasi itu berhenti,
melainkan harus terus berjalan. Alangkah baiknya kalaupun terjadi
revolusi adalah revolusi mental seperti yang terjadi di Jepun ketika
zaman Meiji. Ketika zaman Meiji, terjadilah revolusi mental dengan
berdasarkan pada tradisi sambil membaratkan diri kerana yang sudah
maju lebih dahulu adalah Barat. Demikian pula dengan revolusi mental
yang terjadi di Eropa pada saat Renaissance, orang-orang Eropah
melakukannya berdasarkan tradisi Yunani kuno sambil meng'Islam'kan
diri kerana yang sudah maju lebih dahulu adalah orang-orang Islam.

Di Indonesia sekarang lahirlah gerakan-gerakan Noordin M Top dan
Amrozi cs yang menginginkan revolusi dengan cara menebar keganasan di
mana-mana. Mereka berpendapat bahawa negeri-negeri muslim saat ini
sedang dijajah oleh Amerika oleh kerana itu perlu revolusi dengan cara
menyerang kepentingan-kepentingan Amerika di seluruh dunia Islam
utamanya di Asia Tenggara.

Wallahu A'lam bish shawab.

Catatan:

[1]. Lihat Dinamika Revolusi Iran oleh M.Riza Sihbudi.

[2]. Lihat M.Riza Sihbudi, "Bahasa Politik dalam Mazhab Syi'ah : Kasus
Velayat e Faqih" dalam Islamika No. 5, 1994, hal.51.

[3]. Lihat Abu Hanifah, "Revolusi Memakan Anak Sendiri: Tragedi Amir
Syarifudin" dalam Taufik Abdullah, dkk, Manusia dalam Kemelut Sejarah.

[4]. Mengenai pemikiran Maududi tentang jihad/revolusi ini boleh
dilihat pula pada Azyumardi Azra, Pergolakan Politik Islam: Dari
Fundamentalisme, Modernisme, Sampai Post Modernisme, Jakarta:
Paramadina, 1995.

[5]. Deliar Noer, Mohammad Hatta: Biografi Politik, Jakarta: LP3ES, 
1990.

[6]. dalam "Seminar 50 Tahun Hubungan RI-AS, Sub Tema: PRRI-Permesta"
di FSUI Depok 1997.

[7] Audrey Kahin dan George Mc Turnan Kahin, Subversi sebagai Politik
Luar Negeri: Menyingkap keterlibatan CIA di Indonesia, Jakarta:
Graffitipers, 1997, hal. 88.

[8]. Said Hawwa, Jundullah, jilid 1,2, dan 3, Jakarta: Al Ishlahy
Press, 1989.

[9]. Lihat Hasan Al-Hudaibi, Ikhwanul Muslimin Mengajak bukan
Menghakimi, Bandung: Pustaka, 1989.

[10]. Lihat Ramdansyah, "Strategi Perjuangan Non Kekerasan di
Aljazair" dalam Republika 16 Maret 1995, hal. 6.

[11]. Abdullah Azzam, Perang Afghanistan, Jakarta: Gema Insani Press,
1990.

[12]. Lihat Anhar Gonggong, Abdul Qahhar Muzakkar: Dari Patriot hingga
Pemberontak, Jakarta: Grasindo, 1992.

[13]. M. Nur El Ibrahimy, Tgk M. Daud Beureueh Peranannya dalam
Pergolakan di Aceh, Jakarta: Gunung Agung, 1982.

[14]. Lihat M. Riza Sihbudi, Bara Timur Tengah, Bandung: Mizan, 1991.

[15]. Lihat Murtadha Muthahhari, Gerakan Islam Abad XX, Jakarta:
Beunebi Cipta, 1986, hal. 48.

[16]. Hamka, Islam: Revolusi, Ideologi, dan Keadilan Sosial, Jakarta:
Pustaka Panjimas, 1984, hal. 43.

Nota: Agung Pribadi merupakan Sejarawan, kolumnis, dan peneliti di
Yayasan Harkat Bangsa Indonesia.

                
Pautan
· Lagi mengenai Artikel
· Artikel Oleh ummahonline
Artikel yang sering dibaca berkenaan Artikel:
Islam Menyinsing Barat


Penilaian
Markah Purata: 0
Undian: 0

Sila luangkan sedikit masa untuk mengundi artikel ini:

Cemerlang
Sangat Bagus
Baik
Sederhana
Teruk


Pilihan

 Paparan Untuk Percetakan Paparan Untuk Percetakan

 Kirim Artikel ini kepada Rakan Kirim Artikel ini kepada Rakan


Topik Berkaitan

--- End forwarded message ---


Kirim email ke