Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Sep 28, 07 | 10:15:10 am MYT
Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga
pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu
hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita
buat tempoh setahun.
Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan
positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang
dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta
program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah,
keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini,
memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada
siksaan api neraka.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam,
di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka
sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening
menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan
rasa hati kepada Maha
Pencipta.
Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang
disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah
yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk
kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat,
iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan
sebagai malam takdir.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat
dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97:
1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga
dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri
pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan
khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan
beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih
baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi
hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk
menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan
dapat masuk syurga.
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai
sebab kenapa Dia mengadakan
Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat
sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana
umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat
sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya
usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga
tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang
usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut
maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang
mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah
kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh
Allah kepada Rasulullah dan umatnya
sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan
seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan
selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan
seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini,
Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam
menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih
meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan
tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir,
solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan
amalan solih lain yang dianjurkan Islam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering
Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami
kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami
daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh
kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan
agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri
membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping
disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada
Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah
daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas
daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam
hal ini, Rasulullah bersabda
maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan
sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat
kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul
Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak
hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru
ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan
amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin
terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat
Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah
mula mentakdirkan
agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang
melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran
pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya
adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab
menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia
daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah
malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat
untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar
kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa
rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun,
iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam
Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun
ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka
tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada
malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama
pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis
Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis
dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda
carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara
lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas
berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum
hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu
Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri
daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu
diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya
Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa
Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir
Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada
Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul
Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan
pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak
ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat
dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi
bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat
Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan
pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan
rahsia tersendiri.
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya
ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air,
ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah
yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu
kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan
dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala
sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya
kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya
pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga
malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara
tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan
melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk
yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain
daripada malaikat.
Ada juga yang melihat
segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus umat pada malam tersebut
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai
untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan
pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut
menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat
dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah
SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah
tanda-tanda dan juga
malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf,
ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan
besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana
para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang
telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang
periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak
melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat
yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai
masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat
yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada
malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral,
perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis
keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan
lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan
sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa
seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.
Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada
disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan)
berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang
seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam
Al-Qadr (sekiranya
berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah
Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda
:'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan
keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith
riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal
pada malam Al-Qadr, katanya :
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut
ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya
mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat
Isya' berjemaah, seolah-olah ia
berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah,
seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan
lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan
di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu
Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan
barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber
yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu
satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat
gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. -
mks.
WassaLam,..
Join me :
http://groups. yahoo.com/ group/ReSpeKs/ join
hlm_2u2
Weblog : http://hlm4u. blogspot. com
http://groups. yahoo.com/ group/respeks
Check out the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.
<!--
#ygrp-mkp{
border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:14px 0px;padding:0px 14px;}
#ygrp-mkp hr{
border:1px solid #d8d8d8;}
#ygrp-mkp #hd{
color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:bold;line-height:122%;margin:10px 0px;}
#ygrp-mkp #ads{
margin-bottom:10px;}
#ygrp-mkp .ad{
padding:0 0;}
#ygrp-mkp .ad a{
color:#0000ff;text-decoration:none;}
-->
<!--
#ygrp-sponsor #ygrp-lc{
font-family:Arial;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc #hd{
margin:10px 0px;font-weight:bold;font-size:78%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc .ad{
margin-bottom:10px;padding:0 0;}
-->
<!--
#ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:arial, helvetica, clean, sans-serif;}
#ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}
#ygrp-mlmsg select, input, textarea {font:99% arial, helvetica, clean,
sans-serif;}
#ygrp-mlmsg pre, code {font:115% monospace;}
#ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}
#ygrp-text{
font-family:Georgia;
}
#ygrp-text p{
margin:0 0 1em 0;}
#ygrp-tpmsgs{
font-family:Arial;
clear:both;}
#ygrp-vitnav{
padding-top:10px;font-family:Verdana;font-size:77%;margin:0;}
#ygrp-vitnav a{
padding:0 1px;}
#ygrp-actbar{
clear:both;margin:25px 0;white-space:nowrap;color:#666;text-align:right;}
#ygrp-actbar .left{
float:left;white-space:nowrap;}
.bld{font-weight:bold;}
#ygrp-grft{
font-family:Verdana;font-size:77%;padding:15px 0;}
#ygrp-ft{
font-family:verdana;font-size:77%;border-top:1px solid #666;
padding:5px 0;
}
#ygrp-mlmsg #logo{
padding-bottom:10px;}
#ygrp-vital{
background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;padding:2px 0 8px 8px;}
#ygrp-vital #vithd{
font-size:77%;font-family:Verdana;font-weight:bold;color:#333;text-transform:uppercase;}
#ygrp-vital ul{
padding:0;margin:2px 0;}
#ygrp-vital ul li{
list-style-type:none;clear:both;border:1px solid #e0ecee;
}
#ygrp-vital ul li .ct{
font-weight:bold;color:#ff7900;float:right;width:2em;text-align:right;padding-right:.5em;}
#ygrp-vital ul li .cat{
font-weight:bold;}
#ygrp-vital a{
text-decoration:none;}
#ygrp-vital a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor #hd{
color:#999;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov{
padding:6px 13px;background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;}
#ygrp-sponsor #ov ul{
padding:0 0 0 8px;margin:0;}
#ygrp-sponsor #ov li{
list-style-type:square;padding:6px 0;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov li a{
text-decoration:none;font-size:130%;}
#ygrp-sponsor #nc{
background-color:#eee;margin-bottom:20px;padding:0 8px;}
#ygrp-sponsor .ad{
padding:8px 0;}
#ygrp-sponsor .ad #hd1{
font-family:Arial;font-weight:bold;color:#628c2a;font-size:100%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor .ad a{
text-decoration:none;}
#ygrp-sponsor .ad a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor .ad p{
margin:0;}
o{font-size:0;}
.MsoNormal{
margin:0 0 0 0;}
#ygrp-text tt{
font-size:120%;}
blockquote{margin:0 0 0 4px;}
.replbq{margin:4;}
-->
________________________________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
[Non-text portions of this message have been removed]