*K* <http://wahabamri.blogspot.com>ita <http://wahabamri.blogspot.com> umat Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai menilai baik buruknya didalam kehidupan..Kita tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada yang anggap bukan gejala. Kita tidak kenal mana padi mana lalang.Mana pokok yang sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu namanya).Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok sebenarnya ditebang.Yanguntung di musnahkan, yang merugikan dibiarkan.Racun tikus di makan, ubat sebenarnya di buang.
Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis bermasaalah.Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran, kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU. Bukan Al Quran dan Sunnah. Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah.Kalauada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi isu pula.Bukan sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara ,ditangkap, di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan selesai. Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat islam adalah Al Quran dan As Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan. Olih Cikgu Ku -- Salam & Regards Wahab @ Amri Ampang, Selangor Malaysia Visit http://wahabamri.blogspot.com [Non-text portions of this message have been removed]

