NABI MUHAMMAD SAWMAKHLUK TERAGUNG
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka
bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai
keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan
keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh
untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari
unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian
setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk
anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.
Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah
dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia
ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan
melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama
Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah
tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh
kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang
pernah melihat baginda saw:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat
cahaya memancar dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang
melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan
wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih
cantik daripada sinaran bulan.
Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat
lelaki setampan Rasulullah saw.
Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan
purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
Wajahnya seperti bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah
kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan
kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
Rambutnya terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua
bahunya lebih daripada biasa
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar
dan tersusun dengan cantik
Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang
lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak
kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di
bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran
antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Warna kulitnya putih tapi sehat
Kulitnya putih lagi bercahaya
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak
Perutnya tidak buncit
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai,
baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat
daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang
lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan
teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung
yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin
seluruh manusia di dunia ini..
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan
layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di
muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw,
nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
http://www.geocitie
s.com/quranic_ youth_club/ nabi.htm
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]