*U*mat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seorang Islam. Supaya kita
dapat menjaga maruah diri dan agama kita, sama sama menghormati,
mempertahankan dan memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah nilai diri
kita dan hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankan nya hatta
dengan darah dan nyawa sekali pun. Maruah tidak bolih di gadai. Demi menjaga
maruah , darah dan nyawa bolih jadi tebusannya. Begitu tingginya nila maruah
pada manusia. Manusia sanggup buat apa sahaja demi memelihara dan
mempertahankan maruah dirinya, agama, bangsa dan lain lain.

Maruah atau kemulian diri atau *izztunnafsi* bagi umat Islam ialah Imannya.
Kedua, ke Islaman nya, yakni hukum hakam yang lima yang tertegak dalam
dirinya sama ada hukum wajib, sunat, makruh atau harus. Yang termasok maruah
itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga, ialah akhlak
yang mulia yang menghiasi diri saperti jujur, ikhlas, sabar, kasih, sayang,
pemarah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain lain lagi.



Demikian lah tiga ciri penting tentang maruah seorang Islam. Inilah harga
diri seorang Islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya umat Islam ialah
apabila mereka mempunyai ketiga tiga faktor ini. Ia itu memiliki maruah
diri. Tanpa Iman, Islam dan Akhlak umat Islam akan hilang maruah yakni
hilang kemuliaan, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina, tidak
bahagia dan tidak di pedulikan. Ada, tapi macam tidak ada, ada yang tidak di
ambil kira. Sebab orang Islam yang tahu dan sedar akan hal ini akan buat apa
saja demi mendapatkan dan mempertahankan maruahnya selaku seorang Islam.
Maruah akan di perjuangkan sebagai hidup matinya. Tidak ada tolak ansur dan
jual beli dalam urusan memelihara maruah. kalau maruah tercemar, dia akan
sanggup gadai darah dan nyawa demi mengembalikan kesuciannya. Dan kiranya
maruah itu terlucut daripada dirinya, dia akan rela mati sesudahnya.
Begitulah sikap muslim sejati, diri yang menjadi tebusan agamanya dan
akhlaknya. Dan dia tidak takut pada sebarang ugutan dalam mempertahankan
agamanya itu. Dan dia juga tidak bolih di umpan umpan dengan apa saja
sebagai tukaran pada maruah tadi. Wang ringgit, jawatan atau harta benda
terlalu kecil dibandingkan dengan maruah diri. Sebab itu tidak akan
terkorban maruahnya sebagai seorang Islam hanya di umpan dengan wang,
jawatan dan harta.

Bahkan muslim sejati akan sanggup mengorbankan wang, jawatan dan apa apa
juga harta,darah dan nyawa sekalipun demi mempertahankan maruahnya. Dia
berpegang teguh pada satu ingatan, kata kata sakti. *Hidup biar mulia, dan
mati biar syahid.* Dengan kata lain ia mahu hidup dengan mempunyai maruah
dan demi mempertahankan maruah dia rela mati.

Begitukah hal umat Islam hari ini dalam soal menjaga maruah diri selaku
seorang Islam? Jawab nya *tidak!*



-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke