P <http://wahabamri.blogspot.com>ernah berlaku di negara kita di mana
daging kerbau dijual sebagai daging lembu. Masaalah ini tidak begitu rumit
kerana kerbau halal dimakan.Bagaimana, jika daging kerbau boleh dijual
sebagai daging lembu, boleh kah kita memastikan daging yang haram tidak
dijual sebagai daging yang halal?
Selain itu, timbul juga persolan sama ada daging yang diimpot itu diperolehi
daripada binatang yang disembelih mengikut hukum syarak. Walaupun daging
impot dari India atau Australia didakwa datang dari pusat sembelihan Islam,
kita tidak dapat memastikan kebenarannya kecuali pihak berkuasa menjalankan
pemeriksaan yang rapi. Terdapat kes kes yang mana nama pengimpot tidak
tercatat pada label pembungkusannya. Namun para pengguna di Malaysia
menganggap daging itu halal kerana penjualnya beragama Islam.
*Kronologi pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai isu halal
haram:*
- 1977 - Sosej daging lembu dari Australia didapati mengandungi daging
babi.
- 1981 - Alkohol dikesan dalam minuman tonik untuk bayi
- 1982 - Ujian CAP mengesahkan *gelatin* diperbuat daripada sumber babi.
CAP mendapati *uri bayi* dari hospital kerajaan dijual
kepada syarikat kosmetik di luar negara.
- 1984 - Susu rumusan bayi didapati mengandungi *lemak binatang.*
- 1985 - Ujian ke atas pelbagai makanan yang di proses mendapati ia
mengandungi *gelatin*.
- Agar agar (jeli) didapati dicemari *gelatin.*
- 1986 - Lelemak daripada sumber *binatang *dikesan dalam kek dan biskut.
- *Gliserin *(bahan dari sumber binatang) di kesan dalam
kosmetik
- Sabun diperbuat daripada *lemak binatang*
- Berus diperbuat daripada *bulu babi*
- Filem dan foto didapati bersalut *gelatin*.
- Keju diperbuat daripada *renet/pepsin* yang sumbernya
daripada binatng.
- *Gelatin dan gliserin* digunakan dalam ubatan dan produk
perubatan.
- Lemak babi digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
- Pinggan mangkuk didapati mengandungi *tulang binatang.*
- 1994 - Rumusan rahsia minuman Coca Cola menggunakan *alkohol* di
dedahkan dalam buku *"For God, Country and Coca Cola" olih Mark
Pendergrast*
- 1995 - *Wei* terkandung dalam susu rumusan bayi dan makanan yang
diproses.
- 1996 - Makanan yang diproses dan agar agar diuji dan didapati
mengandungi *gelatin.*
- 1998 - *Plasma darah* ditemui digunakan dalam produk makanan.
- 2000 - *Kolagen *(bahan bergelatin daripada sumber binatang atau janin
bayi) di gunakan dalam kosmetik
- 2005 - *L-cysteleine,* bahan yang diperolehi daripada *rambut
manusia*digunakan sebagai penambah makanan dalam pelbagai jenis
makanan saperti
roti, piza dan perisa yang tidak manis.
--
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com
[Non-text portions of this message have been removed]