Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala
Perbuatan<http://adanipermana.co.cc/2008/08/06/keikhlasan-dan-menghadirkan-niat-dalam-segala-perbuatan/>August
6, 2008 – 1:05 am

Allah Ta'ala berfirman:

þ æãÇ ÃãÑæÇ ÅáÇ áíÚÈ쾂 Çááå ãÎáÕíä áå ÇáÏíä ÍäÝÇÁ æíÞíãæÇ ÇáÕáÇÉ¡ æíÄÊæÇ
ÇáÒßÇÉ¡ æÐáß Ïíä ÇáÞíãÉ

*"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah
Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri
lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian
itulah agama yang benar."** *(al-Bayyinah: 5)

Allah Ta'ala berfirman pula:

áä íäÇá Çááå áÍæãåÇ æáÇ ÏãÇÄåÇ æáßä íäÇáå ÇáÊÞæì ãäßã

*"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah
binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau
sekalian." *(al-Haj:
37)[1]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftn1>

Allah Ta'ala berfirman pula:

þÞá Åä ÊÎÝæÇ ãÇ Ýí ÕÏæÑßã Ãæ ÊÈÏæå íÚáãå Çááå

*"Katakanlah - wahai Muhammad
[2]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftn2>,sekalipun
engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun
engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." *(ali-lmran:
29)* *

1- æÚä ÃãíÑ ÇáãÄãäíä ÃÈí ÍÝÕ ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ Èä äÝíá Èä ÚÈÏ ÇáÚÒì Èä ÑíÇÍ Èä
ÞÑØ Èä ÑÒÇÍ Èä ÚÏì Èä áÄì ÇÈä ÛÇáÈ ÇáÞÑÔì ÇáÚÏæìþ.þ ÑÖí Çááå Úäå¡ ÞÇáþ:þ
ÓãÚÊ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÞæáþ:þ þ"þ ÅäãÇ ÇáÃÚãÇá ÈÇáäíÇÊ¡ æÅäãÇ
áßá ÇãÑìÁ ãÇ äæì Ýãä ßÇäÊ åÌÑÊå Åáì Çááå æÑÓæáå ÝåÌÑÊå Åáì Çááå æÑÓæáå¡ æãä
ßÇäÊ åÌÑÊå áÏäíÇ íÕíÈåÇ¡ Ãæ ÇãÑÃÉ íäßÍåÇ ÝåÌÑÊå Åáì ãÇ åÇÌÑ Åáíåþ"þ
þ(þþ(þãÊÝÞ Úáì ÕÍÊåþ.þ ÑæÇå ÅãÇãÇ ÇáãÍÏËíäþ:þ ÃÈæ ÇáÍÓíä ãÓáã Èä ÇáÍÌÇÌ Èä
ãÓáã ÇáÞÔíÑì ÇáäíÓÇÈæÑì ÑÖí Çááå ÚäåãÇ Ýí ÕÍíÍåãÇ ÇááÐíä åãÇ ÃÕÍ ÇáßÊÈ
ÇáãÕäÝÉþ)þþ)þþ.þ

1. Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin
Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin
Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah
sholallahu 'alaihi wasallam
bersabda[3]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftn3>:

*"Bahwasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan
bahwasanya  bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka
barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya
itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk
harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang
hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam
hijrahnya itu." *(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)

*Keterangan:*

Hadis di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah
sholallahu 'alaihi wasallam menyabdakannya itu ialah kerana di antara para
sahabat Nabi sholallahu 'alaihi wasallam sewaktu mengikuti untuk berhijrah
dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni
Ummu Qais. Beliau sholallahu 'alaihi wasallam mengetahui maksud orang itu,
lalu bersabda sebagaimana di atas.

Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud
yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi
sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat
genting dan rumit, maka ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah
sholallahu 'alaihi wasallam

Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu
wanita yang ingin dikahwin, sedang sahabat beliau sholallahu 'alaihi
wasallam yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum
kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk
kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.

Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali.

Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnya pun kosong. Lain
sekali dengan sahabat-sahabat beliau sholallahu 'alaihi wasallam yang dengan
keikhlasan hati bersusah payah menempuh jarak yang demikian jauhnya untuk
menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya pun besar sekali kerana
hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan keredhaan Allah dan
RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang
salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. Para
imam mujtahidin berpendapat bahwa sesuatu amal itu dapat sah dan diterima
serta dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah sengaja
yang disembunyikan dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air sembahyang
atau wudhu', mandi shalat dan lain-lain sebagainya.

Perlu pula kita maklumi bahawa barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan
yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah ia mendapatkan pahala.
Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak melakukan sesuatu yang
baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini orang itupun tetap
juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang berbunyi:

*"Niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya."*

*Maksudnya: *Berniatkan sesuatu yang tidak jadi dilakukan sebab adanya
halangan yang tidak dapat dihindarkan itu adalah lebih baik daripada sesuatu
kelakuan yang benar-benar dilaksanakan, tetapi tanpa disertai niat apa-apa.

Hanya saja dalam menetapkan wajibnya niat atau tidaknya,agar amalan itu
menjadi sah, maka ada perselisihan pendapat para imam mujtahidin. Imam-imam
Syafi'i, Maliki dan Hanbali mewajibkan niat itu dalam segala amalan, baik
yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi
wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa,
zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan adanya niat itu
dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam amalan yang
berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap sah.

Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri, maka semua imam mujtahidin
sependapat tidak perlunya niat itu, misalnya dalam membaca al-Quran,
menghilangkan najis dan lain-lain.

Selanjutnya dalam amalan yang hukumnya mubah atau jawaz (yakni yang boleh
dilakukan dan boleh pula tidak), seperti makan-minum, maka jika disertai
niat agar kuat beribadat serta bertaqwa kepada Allah atau agar kuat bekerja
untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi dirinya sendiri dan keluarganya,
tentulah amalan tersebut mendapat pahala, sedangkan kalau tidak disertai
niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang saja, maka kosonglah pahalanya.

2- æÚä Ãã ÇáãÄãäíä Ãã ÚÈÏ Çááå ÚÇÆÔÉ ÑÖí Çááå ÚäåÇ ÞÇáÊþ:þ ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì
Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ"þíÛÒæ ÌíÔ ÇáßÚÈÉ ÝÅÐÇ ßÇäæÇ ÈÈíÏÇÁ ãä ÇáÃÑÖ íÎÓÝ ÈÃæáåã
æÂÎÑåãþ"þþ.þ ÞÇáÊþ:þ ÞáÊþ:þ íÇÑÓæá Çááå¡ ßíÝ íÎÓÝ ÈÃæáåã æÂÎÑåã æÝíåã
ÃÓæÇÞåã æãä áíÓ ãäåãþ!þþ¿þ ÞÇáþ:þ þ"þíÎÓÝ ÈÃæáåã æÂÎÑåã¡ Ëã íÈÚËæä Úáì
äíÇÊåãþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ.þ åÐÇ áÝÙ ÇáÈÎÇÑíþ)þþ)þþ.þ

2. Dari Ummul mu'minin iaitu ibunya - sebenarnya adalah bibinya - Abdullah
yakni Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Saya mendengar Rasulullah
sholallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Ada sepasukan tentera yang hendak memerangi - menghancurkan - Ka'bah,
kemudian setelah mereka berada di suatu padang dari tanah lapang lalu
dibenamkan-dalam tanah tadi -dengan yang pertama sampai yang terakhir dari
mereka semuanya."

Aisyah bertanya: "Saya berkata, wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya
dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, sedang di antara mereka
itu ada yang ahli pasaran - maksudnya para pedagang - serta ada pula orang
yang tidak termasuk golongan mereka tadi - yakni tidak berniat ikut
menggempur Ka'bah?"

Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ya, semuanya dibenamkan
dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian nantinya mereka itu akan
diba'ats - dibangkitkan dari masing-masing kuburnya - sesuai niat-niatnya
sendiri - untuk diterapi dosa atau tidaknya.

Disepakati atas Hadis ini (Muttafaq 'alaih) - yakni disepakati keshahihannya
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim - Lafaz di atas adalah menurut Imam
Bukhari.

*Keterangan:*

Sayyidah Aisyah diberi gelar Ummul mu'minin, yakni ibunya sekalian orang
mu'min sebab beliau adalah isteri Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam,
jadi sudah sepatutnya. Beliau juga diberi nama ibu Abdullah oleh Nabi
sholallahu 'alaihi wasallam, sebenarnya Abdullah itu bukan puteranya
sendiri, tetapi putera saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan Sayidah
Aisyah, Abdullah itu adalah anak tiri nya. Adapun beliau ini sendiri tidak
mempunyai seorang putera pun.

Dari huraian yang tersebut dalam Hadis ini, dapat diambil kesimpulan bahawa
seseorang yang shalih, jika berdiam di lingkungan suatu golongan yang selalu
berkecimpung dalam kemaksiatan dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala
mendatangkan azab atau siksa kepada kaum itu, orang shalih itu pun pasti
akan terkena pula. Jadi Hadis ini mengingatkan kita semua agar jangan
sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran dan
kezaliman.

Namun demikian perihal amal perbuatannya tentulah dinilai sesuai dengan niat
yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya itu.

Mengenai gelar Ummul mu'minin itu bukan hanya khusus diberikan kepada
Sayidah Aisyah radhiallahu 'anha belaka, tetapi juga diberikan kepada para
isteri Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam yang lain-lain.

3- æÚä ÚÇÆÔÉ ÑÖí Çááå ÚäåÇ ÞÇáÊ ÞÇá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáãþ:þ þ"þ áÇ åÌÑÉ
ÈÚÏ ÇáÝÊÍ¡ æáßä ÌåÇÏ æäíÉ¡ æÅÐÇ ÇÓÊÝÑÊã ÝÇäÝÑæÇþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ
þþæãÚäÇåþ:þ áÇ åÌÑÉ ãä ãßå áÃäåÇ ÕÇÑÊ ÏÇÑ ÅÓáÇã þ þ

3. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Nabi sholallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan - Makkah
[4]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftn4>,
tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua
diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah - yakni
berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)

Maknanya: Tiada hijrah lagi dari Makkah, sebab saat itu Makkah telah menjadi
perumahan atau Negara Islam.

4- æÚä ÃÈí ÚÈÏ Çááå ÌÇÈÑ Èä ÚÈÏ Çááå ÇáÃäÕÇÑì ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ÞÇáþ:þ ßäÇ ãÚ
ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ýí ÛÒÇÉò ÝÞÇáþ:þ þ"þÅä ÈÇáãÏíäÉ áÑÌÇáÇð ãÇÓÑÊã
ãÓíÑÇð¡ æáÇ ÞØÚÊã æÇÏíÇð ÅáÇ ßÇäæÇ ãÚßã ÍÈÓåã ÇáãÑÖþ"þ æÝì ÑæÇíÉþ:þ þ"þÅáÇ
ÔÇÑßæßã Ýí ÇáÃÌÑþ"þ þ(þþ(þÑæÇå ãÓáãþ)þþ)þþ.þ

þ(þþ(þæÑæÇå ÇáÈÎÇÑíþ)þþ)þ Úä ÃäÓ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇáþ:þ ÑÌÚäÇ ãä ÛÒæÉ ÊÈæß ãÚ
ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇáþ:þ þ"þ Åä ÃÞæÇãÇð ÎáÝäÇ ÈÇáãÏíäÉ ãÇ ÓáßäÇ
ÔÚÈÇð æáÇ æÇÏíÇð ÅáÇ æåã ãÚäÇ¡ ÍÈÓåã ÇáÚÐÑþ"þþ.þ

4. Dari Abu Abdillah iaitu Jabir bin Abdullah al-Anshari radhiallahu'anhuma,
berkata: Kita berada beserta Nabi sholallahu 'alaihi wasallam dalam suatu
peperangan - iaitu perang Tabuk - kemudian beliau sholallahu 'alaihi
wasallam bersabda:

"Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua
tidak menempuh suatu perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah,
melainkan orang-orang tadi ada besertamu - yakni sama-sama memperolehi
pahala - mereka itu terhalang oleh sakit - maksudnya andaikata tidak sakit
pasti ikut berperang."

Dalam suatu riwayat dijelaskan: "Melainkan mereka - yang tertinggal itu -
bersekutu dengan mu dalam hal pahalanya." (Riwayat Muslim)

Hadis sebagaimana di atas, juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas
r.a., Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Kita kembali dari perang Tabuk beserta Nabi sholallahu 'alaihi wasallam,
lalu beliau bersabda:

"Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada
menempuh kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun
lembah,[5]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftn5>melainkan
mereka itu bersama-sama dengan kita jua -jadi memperolehi pahala
seperti yang berangkat untuk berperang itu - mereka itu terhalang oleh
sesuatu keuzuran."

5- æÚä ÃÈí íÒíÏ ãÚä Èä íÒíÏ Èä ÇáÃÎäÓ ÑÖí Çááå Úäåã¡ æåæ æÃÈæå æÌÏå ÕÍÇÈíæä¡
ÞÇáþ:þ ßÇä ÃÈí íÒíÏ ÃÎÑÌ ÏäÇäíÑ íÊÕÏÞ ÈåÇ ÝæÖÚåÇ ÚäÏ ÑÌá Ýí ÇáãÓÌÏ ÝÌÆÊ
ÝÃÎÐÊåÇ ÝÃÊíÊå ÈåÇ¡ ÝÞÇáþ:þ æÇááå ãÇ ÅíÇß ÃÑÏÊ¡ ÝÎÇÕãÊå Åáì ÑÓæá Çááå Õáì
Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇáþ:þ þ"þ áß ãÇ äæíÊ íÇ íÒíÏ¡ æáß ãÇ ÃÎÐÊ íÇãÚäþ"þ
þ(þþ(þÑæÇå ÇáÈÎÇÑíþ)þþ)þþ.þ

5. Dari Abu Yazid iaitu Ma'an bin Yazid bin Akhnas radhiallahu 'anhum. Ia,
ayahnya dan neneknya adalah termasuk golongan sahabat semua. Kata saya:
"Ayahku, iaitu Yazid mengeluarkan beberapa dinar yang dengannya ia
bersedekah, lalu dinar-dinar itu ia letakkan di sisi seseorang di dalam
masjid.

Saya - yakni Ma'an anak Yazid - datang untuk mengambilnya, kemudian saya
menemui ayahku dengan dinar-dinar tadi. Ayah berkata: "Demi Allah, bukan
engkau yang kukehendaki - untuk diberi sedekah itu."

Selanjutnya hal itu saya adukan kepada Rasulullah sholallahu 'alaihi
wasallam, lalu beliau bersabda:

"Bagimu adalah apa yang engkau niatkan hai Yazid - yakni bahawa engkau telah
memperolehi pahala sesuai dengan niat sedekahmu itu - sedang bagimu adalah
apa yang engkau ambil, hai Ma'an - yakni bahawa engkau boleh terus memiliki
dinar-dinar tersebut, kerana juga sudah diizinkan oleh orang yang ada di
masjid, yang dimaksudkan oleh Yazid tadi." (Riwayat Bukhari)

6- æÚä ÃÈí ÅÓÍÇÞ ÓÚÏ Èä ÃÈí æÞÇÕ ãÇáß Èä ÃåíÈ Èä ÚÈÏ ãäÇÝ Èä ÒåÑÉ Èä ßáÇÈ Èä
ãÑÉ Èä ßÚÈ Èä áÄì ÇáÞÑÔ ÇáÒåÑì ÑÖí Çááå Úäå¡ ÃÍÏ ÇáÚÔÑÉ ÇáãÔåæÏ áåã ÈÇáÌäÉ¡
ÑÖí Çááå Úäåã¡ ÞÇáþ:þ þ"þ ÌÇÁäì ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÚæÏäì ÚÇã ÍÌÉ
ÇáæÏÇÚ ãä æÌÚ ÇÔÊÏ Èì ÝÞáÊþ:þ íÇÑÓæá Çááå Åäí ÞÏ ÈáÛ Èì ãä ÇáæÌÚ ãÇ ÊÑì¡
æÃäÇ Ðæ ãÇá æáÇ íÑËäì ÅáÇ ÇÈäÉ áí¡ ÃÝÇÊÕÏÞ ÈËáËì ãÇ áíþ¿þ ÞÇáþ:þ áÇ¡ ÞáÊþ:þ
ÝÇáÔØÑ íÇÑÓæá Çááåþ¿þ ÝÞÇáþ:þ áÇ¡ ÞáÊþ:þ ÝÇáËáË íÇ ÑÓæá Çááåþ¿þ ÞÇá ÇáËáË
æÇáËáË ßËíÑ- Ãæ ßÈíÑ- Åäß Ãä ÊÐÑ æÑËÊß ÃÛäíÇÁ ÎíÑ ãä Ãä ÊÐÑåã ÚÇáÉ íÊßÝÝæä
ÇáäÇÓ¡ æÅäß áä ÊäÝÞ äÝÞÉ ÊÈÊÛì ÈåÇ æÌå Çááå ÅáÇ ÃÌÑÊ ÚáíåÇ ÍÊì ãÇ ÊÌÚá Ýí
Ýíø ÇãÑÃÊß ÞÇáþ:þ ÝÞáÊþ:þ íÇÑÓæá Çááå ÃÎáÝ ÈÚÏ ÃÕÍÇÈíþ¿þ ÞÇáþ:þ Åäß áä ÊÎáÝ
ÝÊÚãá ÚãáÇ ÊÈÊÛí ÈåæÌå Çááå ÅáÇ ÇÒÏÏÊ Èå ÏÑÌÉ æÑÝÚÉð¡ æáÚáß Ãä ÊÎáÝ ÍÊì
íäÊÝÚ Èß ÃÞæÇã æíÖÑø Èß ÂÎÑæäþ.þ Çááåã ÇãÖ áÂÕÍÇÈì åÌÑÊåã¡ æáÇ ÊÑÏåã Úáì
ÃÚÞÇÈåã¡ áßä ÇáÈÇÆÓ ÓÚÏ Èä ÎæáÉþ"þ íÑËì áå ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãä
ãÇÊ ÈãßÉþ.þþ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ

6. Dari Abu Ishak, yakni Sa'ad bin Abu Waqqash, yakni Malik bin Uhaib bin
Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai al-Qurasyi
az-Zuhri r.a., iaitu salah satu dari sepuluh orang yang diberi kesaksian
akan memperolehi syurga radhiallahu 'anhum, katanya:

Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam datang padaku untuk menjengukku pada
tahun haji wada' - yakni haji Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam yang
terakhir dan sebagai haji pamitan - kerana kesakitan yang menimpa diriku,
lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saja kesakitanku ini telah
mencapai sebagaimana keadaan yang Tuan ketahui, sedang saya adalah seorang
yang berharta dan tiada yang mewarisi hartaku itu melainkan seorang puteriku
saja. Maka itu apakah dibenarkan sekiranya saya bersedekah dengan dua
pertiga hartaku?" Beliau menjawab: "Tidak dibenarkan." Saya berkata pula:
"Separuh hartaku ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Tidak dibenarkan juga."
Saya berkata lagi: "Sepertiga, bagaimana ya Rasulullah?" Beliau lalu
bersabda: "Ya, sepertiga boleh dan sepertiga itu sudah banyak atau sudah
besar jumlahnya. Sesungguhnya jikalau engkau meninggalkan para ahli warismu
dalam keadaan kaya-kaya, maka itu adalah lebih baik daripada engkau
meninggalkan mereka dalam keadaan miskin meminta-minta pada orang banyak.
Sesungguhnya tiada sesuatu nafkah yang engkau berikan dengan niat untuk
mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkau pasti akan diberi pahalanya,
sekalipun sesuatu yang engkau berikan untuk makanan isterimu."

Abu Ishak meneruskan huraiannya: Saya berkata lagi: "Apakah saya
ditinggalkan - di Makkah - setelah kepulangan sahabat-sahabatku itu?" Beliau
menjawab: "Sesungguhnya engkau itu tiada ditinggalkan, kemudian engkau
melakukan suatu amalan yang engkau maksudkan untuk mendapatkan keredhaan
Allah, melainkan engkau malahan bertambah darjat dan keluhurannya.
Barangkali sekalipun engkau ditinggalkan - kerana usia masih panjang lagi -,
tetapi nantinya akan ada beberapa kaum yang dapat memperolehi kemanfaatan
dari hidupmu itu - yakni sesama kaum Muslimin, baik manfaat duniawiyah atau
ukhrawiyah - dan akan ada kaum lain-lainnya yang memperolehi bahaya dengan
sebab masih hidupmu tadi - yakni kaum kafir, sebab menurut riwayat Abu Ishak
ini tetap hidup sampai dibebaskannya Irak dan lain-lainnya, lalu diangkat
sebagai gubernor di situ dan menjalankan hak dan keadilan.

Ya Allah, sempurnakanlah pahala untuk sahabat-sahabatku dalam hijrah mereka
itu dan janganlah engkau balikkan mereka pada tumit-tumitnya - yakni menjadi
murtad kembali sepeninggalnya nanti.

Tetapi yang miskin - rugi - itu ialah Sa'ad bin Khaulah."

Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam merasa sangat kasihan padanya sebab
matinya di Makkah. (Muttafaq 'alaih)

*Keterangan:*

Sa'ad bin Khaulah itu dianggap sebagai orang yang miskin dan rugi, kerana
menurut riwayat ia tidak mengikuti hijrah dari Makkah, jadi rugi kerana
tidak ikutnya hijrah tadi. Sebahagian riwayat yang lain mengatakan bahawa ia
sudah mengikuti hijrah, bahkan pernah mengikuti perang Badar pula, tetapi
akhirnya ia kembali ke Makkah dan terus wafat di situ sebelum dibebaskannya
Makkah saat itu. Maka ruginya ialah kerana lebih sukanya kepada Makkah
sebagai tempat akhir hayatnya, padahal masih di bawah kekuasaan kaum kafir.
Ada lagi riwayat yang menyebutkan bahawa ia pernah pula mengikuti hijrah ke
Habasyah, mengikuti pula perang Badar, kemudian mati di Makkah pada waktu
haji wada' tahun 10, ada lagi yang meriwayatkan matinya itu pada tahun 7 di
waktu perletakan senjata antara kaum Muslimin dan kaum kafir. Jadi
kerugiannya di sini ialah kerana ia mati di Makkah itu, kerana kehilangan
pahala yang sempurna yakni sekiranya ia mati di Madinah, tempat ia berhijrah
yang dimaksudkan semata-mata sebab Allah Ta'ala belaka.

7- æÚä ÃÈí åÑíÑÉ ÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ÕÎÑ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå
Úáíå æÓáãþ:þ

þ"þ Åä Çááå áÇ íäÙÑ Åáì ÃÌÓÇãßã ¡ æáÇ Åáì ÕæÑßã¡ æáßä íäÙÑ Åáì ÞáæÈßã
æÃÚãÇáßãþ"þ þ(þþ(þÑæÇå ãÓáãþ)þþ)þþ.þ

7. Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya:
Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak
pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian."
(Riwayat Muslim)

8- æÚä ÃÈí ãæÓì ÚÈÏ Çááå Èä ÞíÓ ÇáÃÔÚÑì ÑÖí Çááå Úäå ÞÇáþ:þ ÓÆá ÑÓæá Çááå
Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úä ÇáÑÌá íÞÇÊá ÔÌÇÚÉ¡ æíÞÇÊá ÍãíÉð¡ æíÞÇÊá ÑíÇÁ¡ Ãì Ðáß
Ýí ÓÈíá Çááåþ¿þ ÝÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáãþ:þ þ"þ ãä ÞÇÊá áÊßæä ßáãÉ
Çááå åì ÇáÚáíÇ Ýåæ Ýí ÓÈíá Çááåþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ

8. Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya:
"Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam ditanya perihal seseorang yang
berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang
dengan tujuan kesombongan - ada yang ertinya kebencian - ada pula yang
berperang dengan tujuan pameran - menunjukkan pada orang-orang lain kerana
ingin berpamer. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad
fi-sabilillah?

Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam menjawab:

"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah - Agama Islam -
itulah yang luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah." (Muttafaq 'alaih)

*Keterangan:*

Hadis di atas dengan jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat
dinilai baik, jika baik pula niat yang terkandung dalam hati orang yang
melakukannya.

Selain itu dijelaskan pula bahawa keutamaan yang nyata bagi orang-orang yang
berjihad melawan musuh di medan perang itu semata-mata dikhususkan untuk
mereka yang berjihad fisabilillah, yakni tiada maksud lain kecuali untuk
meluhurkan kalimat Allah, iaitu Agama Islam.

9- æÚä ÃÈí ÈßÑÉ äÝíÚ Èä ÇáÍÇÑË ÇáËÞÝì ÑÖí Çááå Úäå Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå
æÓáã ÞÇáþ:þ þ"þÅÐ ÇáÊÞì ÇáãÓáãÇä ÈÓíÝíåãÇ ÝÇáÞÇÊá æÇáãÞÊæá Ýí ÇáäÇÑþ"þ ÞáÊ
íÇÑÓæá Çááå¡ åÐÇ ÇáÞÇÊá ÝãÇ ÈÇá ÇáãÞÊæáþ¿þ ÞÇáþ:þ þ"þÅäå ßÇä ÍÑíÕÇð Úáì ÞÊá
ÕÇÍÈåþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ

9. Dari Abu Bakrah, yakni Nufai' bin Haris as-Tsaqafi r.a. bahawasanya Nabi
sholallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Apabila dua orang Muslim berhadap-hadapan dengan membawa masing-masing
pedangnya - dengan maksud ingin berbunuh-bunuhan - maka yang membunuh dan
yang terbunuh itu semua masuk di dalam neraka."

Saya bertanya: "Ini yang membunuh - patut masuk neraka -tetapi bagaimanakah
halnya orang yang terbunuh - yakni mengapa ia masuk neraka pula?"

Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam menjawab:

"Kerana sesungguhnya orang yang terbunuh itu juga ingin sekali hendak
membunuh kawannya." (Muttafaq 'alaih)

10- æÚä ÃÈí åÑíÑÉ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ"þÕáÇÉ
ÇáÑÌá Ýí ÌãÇÚÉ ÊÒíÏ Úáì ÕáÇÊå Ýí ÓæÞå æÈíÊå ÈÖÚÇð æÚÔÑíä ÏÑÌå æÐáß Ãä ÃÍÏåã
ÅÐÇ ÊæÖà ÝÃÍÓä ÇáæÖæÁ Ëã ÃÊì ÇáãÓÌÏ áÇ íÑíÏ ÅáÇ ÇáÕáÇÉ¡ áÇ íäåÒå ÅáÇ ÇáÕáÇÉ¡
áã íÎØ ÎØæÉ ÅáÇ ÑÝÚ áå ÈåÇ ÏÑÌÉ¡ æÍØ Úäå ÈåÇ ÎØíÆÉ ÍÊì íÏÎá ÇáãÓÌÏ¡ ÝÅÐÇ ÏÎá
ÇáãÓÌÏ ßÇä Ýí ÇáÕáÇÉ ãÇ ßÇäÊ ÇáÕáÇÉ åì ÊÍÈÓå¡ æÇáãáÇÆßÉ íÕáæä Úáì ÃÍÏßã ãÇ
ÏÇã Ýí ãÌáÓå ÇáÐì Õáì Ýíå¡ ãÇ áã íÍÏË Ýíåþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíå¡ æåÐÇ áÝÙ
ãÓáãþ)þþ)þþ.þ æÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáãþ:þþ þíäåÒåþ þ åæ ÈÝÊÍ ÇáíÇÁ æÇáåÇÁ
æÈÇáÒÇìþ:þ Ãì íÎÑÌå æíäåÖåþ þþ

10. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam
bersabda:

"Shalatnya seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi shalatnya di pasar
atau rumahnya - secara sendirian atau munfarid - dengan dua puluh lebih -
tiga sampai sembilan tingkat darjatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana
apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian
mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak
bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu
kecuali hendak shalat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah
kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu
kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk
masjid.

Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperolehi pahala seperti
dalam keadaan shalat, selama memang shalat itu yang menyebabkan ia bertahan
di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan
kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di
tempat yang ia bersembahyang di situ. Para malaikat itu berkata: "Ya Allah,
kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah
taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk
-yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan
lain-lain - dan juga selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya.

Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas adalah menurut lafaznya Imam
Muslim.

Sabda Nabi sholallahu 'alaihi wasallam: *Yanhazu* dengan fathahnya ya' dan
ha' serta dengan menggunakan zai, ertinya: mengeluarkannya dan
menggerakkannya.

11- æÚä ÃÈí ÇáÚÈÇÓ ÚÈÏ Çááå Èä ÚÈÇÓ Èä ÚÈÏ ÇáãØáÈ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ¡ Úä ÑÓæá
Çááå¡ Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ ÝíãÇ íÑæì Úä ÑÈå¡ ÊÈÇÑß æÊÚÇáì ÞÇáþ:þ þ"þ Åä Çááå
ßÊÈ ÇáÍÓäÇÊ æÇáÓíÆÇÊ Ëã Èíä Ðáßþ:þ Ýãä åãø ÈÍÓäÉ Ýáã íÚãáåÇ ßÊÈåÇ Çááå ÊÈÇÑß
æÊÚÇáì ÚäÏå ÍÓäÉ ßÇãáÉ¡ æÅä åã ÈåÇ ÝÚãáåÇ ßÊÈåÇ Çááå ÚÔÑ ÍÓäÇÊ Åáì ÓÈÚãÇÆå
ÖÚÝ Åáì ÃÖÚÇÝ ßËíÑÉ¡ æÅä åã ÈÓíÆÉ Ýáã íÚãáåÇ ßÊÈåÇ Çááå ÚäÏå ÍÓäÉ ßÇãáÉ¡ æÅä
åãø ÈåÇ ÝÚãáåÇ ßÊÈåÇ Çááå ÓíÆÉ æÇÍÏÉ þ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ

11. Dari Abul Abbas, iaitu Abdullah bin Abbas bin Abdul Muththalib,
radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam dalam suatu
huraian yang diceriterakan dari Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala - Hadis semacam
ini disebut Hadis Qudsi - bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan,
kemudian menerangkan yang sedemikian itu - yakni mana-mana yang termasuk
hasanah dan mana-mana yang termasuk sayyi 'ah.

Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi
melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai
suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak
mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh
Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali
lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.

Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian
tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu
kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berkehendak
mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh
Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya." (Muttafaq 'alaih)

*Keterangan:*

Hadis di atas menunjukkan besarnya kerahmatan Allah Ta'ala kepada kita semua
sebagai ummatnya Nabi Muhammad sholallahu 'alaihi wasallam

Renungkanlah wahai saudaraku. Semoga kami dan anda diberi taufik
(pertolongan) oleh Allah hingga dapat menginsafi kebesaran belas-kasihan
Allah dan fikirkanlah kata-kata ini.

Ada perkataan 'Indahuu (bagiNya), inilah suatu tanda kesungguhan Allah dalam
memperhatikannya itu.

Juga ada perkataan kaamitah (sempurna), ini adalah untuk mengukuhkan ertinya
dan sangat perhatian padanya.

Dan Allah berfirman di dalam kejahatan yang disengaja (di-maksud) akan
dilakukan, tetapi tidak jadi dilakukan, bagi Allah ditulis menjadi satu
kebaikan yang sempurna dikukuhkan dengan kata-kata "sempurna". Dan kalau
jadi dilakukan, ditulis oleh Allah "satu kejahatan saja" dikukuhkan dengan
kata-kata "satu saja" untuk menunjukkan kesedikitannya, dan tidak dikukuhkan
dengan kata-kata "sempurna".

Maka bagi Allah segenap puji dan kurnia. Maha Suci Allah, tidak dapat kita
menghitung pujian atasNya. Dan dengan Allah jualah adanya pertolongan.

12- æÚä ÃÈí ÚÈÏ ÇáÑÍãä ÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ¡ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ÞÇáþ:þ ÓãÚÊ
ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÞæáþ:þ þ"þ ÇäØáÞ ËáÇËÉ äÝÑ ããä ßÇä ÞÈáßã ÍÊì
ÂæÇåã ÇáãÈíÊ Åáì ÛÇÑ ÝÏÎáæå¡ ÝÇäÍÏÑÊ ÕÎÑÉ ãä ÇáÌÈá ÝÓÏÊ Úáíåã ÇáÛÇÑ¡
ÝÞÇáæÇþ:þ Åäå áÇ íäÌíßã ãä åÐå ÇáÕÎÑÉ ÅáÇ Ãä ÊÏÚæÇ Çááå ÈÕÇáÍ ÃÚãÇáßãþ.þ ÞÇá
ÑÌá ãäåãþ:þ Çááåã ßÇä áí ÃÈæÇä ÔíÎÇä ßÈíÑÇä¡ æßäÊ áÇ ÃÛÈÞ ÞÈáåãÇ ÃåáÇð æáÇ
ãÇáÇðþ.þ ÝäÃì Èì ØáÈ ÇáÔÌÑ íæãÇð Ýáã ÃÑÍ ÚáíåãÇ ÍÊì äÇãÇ ÝÍáÈÊ áåãÇ ÛÈæÞåãÇ
ÝæÌÏÊåãÇ äÇÆãíä ÝßÑåÊ Ãä ÃæÞÙåãÇ æÃä ÃÛÈÞ ÞÈáåãÇ ÃåáÇð Ãæ ãÇáÇð¡ ÝáÈËÊ-
æÇáÞÏÍ Úáì íÏì- ÃäÊÙÑ ÇÓÊíÞÇÙåãÇ ÍÊì ÈÑÞ ÇáÝÌÑ æÇáÕÈíÉ íÊÖÇÛæä ÚäÏ ÞÏãì-
ÝÇÓÊíÞÙÇ ÝÔÑÈÇ ÛÈæÞåãÇþ.þ Çááåã Åä ßäÊ ÝÚáÊ Ðáß ÇÈÊÛÇÁ æÌåß ÝÝÑÌ ÚäÇ ãÇ äÍä
Ýíå ãä åÐå ÇáÕÎÑÉ¡ ÝÇäÝÑÌÊ ÔíÆÇð áÇ íÓÊØíÚæä ÇáÎÑæÌ ãäåþ.þ ÞÇá ÇáÂÎÑþ:þ
Çááåã Åäå ßÇäÊ áí ÇÈäÉ Úã ßÇäÊ ÃÍÈ ÇáäÇÓ Åáìø þ"þ æÝì ÑæÇíÉþ:þ þ"þßäÊ ÃÍÈåÇ
ßÃÔÏ ãÇ íÍÈ ÇáÑÌÇá ÇáäÓÇÁ¡ ÝÃÑÏÊåÇ Úáì äÝÓåÇ ÝÇãÊäÚÊ ãäì ÍÊì ÃáãøÊ ÈåÇ ÓäÉ
ãä ÇáÓäíä ÝÌÇÁÊäì ÝÃÚØíÊåÇ ÚÔÑíä æãÇÆÉ ÏíäÇÑ Úáì Ãä ÊÎáì Èíäì æÈíä äÝÓåÇ
ÝÝÚáÊ¡ ÍÊì ÅÐÇ ÞÏÑÊ ÚáíåÇþ"þ æÝì ÑæÇíÉþ:þ þ"þÝáãÇ ÞÚÏÊ Èíä ÑÌáíåÇ¡ ÞÇáÊþ:þ
ÇÊÞ Çááå æáÇ ÊÝÖ ÇáÎÇÊã ÅáÇ ÈÍÞå¡ ÝÇäÕÑÝÊ ÚäåÇ æåì ÃÍÈ ÇáäÇÓ Åáì æÊÑßÊ ÇáÐåÈ
ÇáÐì ÃÚØíÊåÇ¡ Çááåã Åä ßäÊ ÝÚáÊ Ðáß ÇÈÊÛÇÁ æÌåß ÝÇÝÑÌ ÚäÇ ãÇ äÍä Ýíå¡
ÝÇäÝÑÌÊ ÇáÕÎÑÉ ÛíÑ Ãäåã áÇ íÓÊØíÚæä ÇáÎÑæÌ ãäåÇþ.þ æÞÇá ÇáËÇáËþ:þ Çááåã
ÇÓÊÃÌÑÊ ÃÌÑÇÁ æÃÚØíÊåã ÃÌÑåã ÛíÑ ÑÌá æÇÍÏ ÊÑß ÇáÐì áå æÐåÈ¡ ÝËãÑÊ ÃÌÑå ÍÊì
ßËÑÊ ãäå ÇáÃãæÇá¡ ÝÌÇÁäì ÈÚÏ Ííä ÝÞÇáþ:þ íÇ ÚÈÏ Çááå ÃÏø Åáì ÃÌÑì¡ ÝÞáÊþ:þ
ßá ãÇ ÊÑì ãä ÃÌÑßþ:þ ãä ÇáÅÈá æÇáÈÞÑ æÇáÛäã æÇáÑÞíÞþ.þ ÝÞÇáþ:þ íÇ ÚÈÏ Çááå
áÇ ÊÓÊåÒÆ Èìþ!þ ÝÞáÊþ:þ áÇ ÃÓÊåÒÆ Èß¡ ÝÃÎÐå ßáå ÝÇÓÊÇÞå Ýáã íÊÑß ãäå ÔíÆÇð¡
Çááåã Åä ßäÊõ ÝÚáÊ Ðáß ÇÈÊÛÇÁ æÌåß ÝÇÝÑÌ ÚäÇ ãÇ äÍä Ýíå¡ ÝÇäÝÑÌÊ ÇáÕÎÑÉ
ÝÎÑÌæÇ íãÔæäþ"þ þ(þþ(þãÊÝÞ Úáíåþ)þþ)þþ.þ

12. Dari Abu Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab
radhiallahu 'anhuma, katanya: Saya mendengar Rasulullah sholallahu 'alaihi
wasallam bersabda:

"Ada tiga orang dari golongan orang-orang sebelummu sama berangkat
berpergian, sehingga terpaksalah untuk menempati sebuah gua guna bermalam,
kemudian merekapun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari
gunung lalu menutup gua itu atas mereka. Mereka berkata bahawasanya tidak
ada yang dapat menyelamatkan engkau semua dari batu besar ini melainkan
jikalau engkau semua berdoa kepada Allah Ta'ala dengan menyebutkan
perbuatanmu yang baik-baik.

Seorang dari mereka itu berkata: "Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua
yang sudah tua-tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum
kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba
sahaya. Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu - yang
dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua
orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya saya pun terus memerah
minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan
untuk membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang
sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya
tetap dalam keadaan menantikan bangun mereka itu terus-menerus dan gelas itu
tetap pula di tangan saya, sehingga fajarpun menyingsinglah, Anak-anak kecil
sama menangis kerana kelaparan dan mereka ini ada di dekat kedua kaki saya.
Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu mereka minum minumannya. Ya Allah,
jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar-benar
mengharapkan keredhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kita hadapi
dari batu besar yang menutup ini." Batu besar itu tiba-tiba membuka sedikit,
tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua.

Yang lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak bapa
saudara yang wanita - jadi sepupu wanita - yang merupakan orang yang
tercinta bagiku dari sekalian manusia - dalam sebuah riwayat disebutkan:
Saya mencintainya sebagai kecintaan orang-orang lelaki yang amat sangat
kepada wanita - kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia menolak
kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperolehi kesukaran. lapun
mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus dua puluh dinar padanya
dengan syarat ia suka menyendiri antara tubuhnya dan antara tubuhku
-maksudnya suka dikumpuli dalam seketiduran. Ia berjanji sedemikian itu.
Setelah saya dapat menguasai dirinya - dalam sebuah riwayat lain disebutkan:
Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya - sepupuku itu lalu
berkata: "Takutlah engkau pada Allah dan jangan membuka cincin - maksudnya
cincin di sini adalah kemaluan, maka maksudnya ialah jangan melenyapkan
kegadisanku ini - melainkan dengan haknya - yakni dengan perkahwinan yang
sah -, lalu saya pun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta
bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan
dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat
untuk mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita
hadapi ini." Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih
juga belum dapat keluar dari dalamnya.

Orang yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh
dan semuanya telah kuberikan upahnya masing-masing, kecuali seorang lelaki.
Ia meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan
sehingga bertambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada
suatu hari ia mendatangi saya, kemudian berkata: Hai hamba Allah,
tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu. Saya berkata: Semua yang engkau
lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu
dan kambing dan juga hamba sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah, janganlah
engkau memperolok-olokkan aku. Saya menjawab: Saya tidak memperolok-olokkan
engkau. Kemudian orang itu pun mengambil segala yang dimilikinya. Semua
digiring dan tidak seekorpun yang ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya
mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan keredhaanMu, maka
lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini." Batu besar
itu lalu membuka lagi dan mereka pun keluar dari gua itu. (Muttafaq 'alaih)

*Keterangan:*

Ada beberapa kandungan yang penting-penting dalam Hadis di atas, iaitu:

(a) Kita disunnahkan berdoa kepada Allah di kala kita sedang dalam keadaan
yang sulit, misalnya mendapatkan malapetaka, kekurangan rezeki dalam
kehidupan, sedang sakit dan lain-lain.

(b) Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang
shalih, agar kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh
Allah Ta'ala. Bertawassul ertinya membuat perantaraan dengan amal shalih
itu, agar permohonan kita dikabulkan olehNya. Bertawassul dengan cara
seperti ini tidak ada seorang ulamapun yang tidak membolehkan. Jadi
beliau-beliau itu sependapat tentang bolehnya.

Juga tidak diperselisihkan oleh para alim-ulama perihal bolehnya bertawassul
dengan orang shalih yang masih hidup, sebagaimana yang dilakukan oleh
Sayidina Umar r.a. dengan bertawassul kepada Sayidina Abbas, agar hujan
segera diturunkan.

Yang diperselisihkan ialah jikalau kita bertawassul dengan orang-orang
shalih yang sudah wafat, maksudnya kita memohonkan sesuatu kepada Allah
Ta'ala dengan perantaraan beliau-beliau yang sudah di dalam kubur agar ikut
membantu memohonkan supaya doa kita dikabulkan. Sebahagian alim-ulama ada
yang membolehkan dan sebahagian lagi tidak membolehkan.

Jadi bukan orang-orang shalih itu yang dimohoni, tetapi yang dimohoni tetap
Allah Ta'ala jua, tetapi beliau-beliau dimohon untuk ikut membantu mendoakan
saja. Kalau yang dimohoni itu orang-orang yang sudah mati, sekalipun
bagaimana juga shalihnya, semua alim-ulama Islam sependapat bahawa perbuatan
sedemikian itu haram hukumnya. Sebab hal itu termasuk syirik atau
menyekutukan sesuatu dengan Allah Ta'ala yang Maha Kuasa Mengabulkan segala
permohonan.

Namun demikian hal-hal seperti di atas hanya merupakan soal-soal furu'iyah
(bukan akidah pokok), maka jangan hendaknya menyebabkan retaknya persatuan
kita kaum Muslimin.

 ------------------------------

[1]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftnref1>Orang-orang
di zaman Jahiliyah dulu jika menginginkan atau mengharapkan
keredhaan Tuhan, mereka sembelihlah unta sebagai kurban, lalu darah unta itu
disapukan pada dinding Baitullah atau Ka'bah. Kaum Muslimin hendak meniru
perbualan mereka itu, lalu turunlah ayat sebagaimana di atas.

[2]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftnref2>Semua
huraian yang tertera antara -…. - adalah tambahan terjemahan dari kami
sendiri untuk memudahkan pengertiannya dan mudah memahamkannya. Harap Maklum

[3]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftnref3>Saidina
Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan
Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin pemimpin
sekalian kaum mu'minin. Beliau adalah khalifah kedua sepeninggalan
Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam Panggilan Amirul mu'minin itu lalu
dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma,
juga oleh para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di
zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs
itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu ertinya bapa, sedang
hafs ertinya singa. Beliau r.a. memperolehi gelar Bapa Singa, sebab memang
terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan
perang, dalam menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa
pandang bulu dalam meneterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang
salah pasti ditindak dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan
dilindungi

[4]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftnref4>Sabda
Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam: "Tidak ada hijrah setelah
pembebasan - Makkah," oleh para alim-ulama dikatakan bahawa mengenai hijrah
dari daerah harb atau perang yang dikuasai oleh orang kafir ke Darul Islam,
yakni daerah yang dikuasai oleh orang-orang Islam adalah tetap ada sampai
hari kiamat. Oleh sebab itu Hadis di atas diberikan penakwilannya menjadi
dua macam:

*Pertama: *Tiada hijrah setelah dibebaskannya Makkah, sebab sejak saat itu
Makkah telah menjadi sebahagian dari Darul Islam atau Negara Islam, jadi
tidak m*ungkin lagi akan terbayang tentang adanya hijrah setelah itu.*

*Kedua: *Inilah yang merupakan pendapat tershahih, iaitu yang diertikan
bahawa hijrah yang dianggap mulia yang diluntut, yang pengikutnya itu
memperoleh keistimewaan yang nyata itu sudah terputus sejak dibebaskannya
Makkah dan sudah lampau pula untuk mereka yang ikut berhijrah sebelum
dibebaskannya Makkah itu, sebab dengan dibebaskan Makkah itu, Islam boleh
dikata telah menjadi kukuh kuat dan perkasa, yakni suatu kekuatan dan
keperkasaan yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Makkah
tersebut.

Adapun sabda beliau sholallahu 'alaihi wasallam yang menyebutkan: "Tetapi
yang ada adalah jihad dan niat," maksudnya ialah bahawa diperolehinya
kebaikan dengan sebab hijrah itu telah terputus dengan dibebaskannya Makkah
itu, tetapi sekalipun demikian masih pula dapat dicapai kebaikan tadi dengan
berjihad dan niat yang shalih. Dalam Hadis di atas jelas diuraikan adanya
perintah untuk suka berniat dalam melakukan kebaikan secara mutlak dan
bahawa yang berniat itu sudah dapat memperolehi pahala dengan hanya
keniatannya itu belaka.

[5]<http://attanzil.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-217/plugins/paste/blank.htm#_ftnref5>Syi'ib
(lereng) yang dimaksudkan di sini ialah jalan di daerah pergunungan,
sedang Wadi (lembah) ialah tempat yang di situ ada airnya mengalir.
 Sumber :
http://adanipermana.co.cc/2008/08/06/keikhlasan-dan-menghadirkan-niat-dalam-segala-perbuatan/



-- 
www.adanipermana.co.cc
www.computer-knowledge.biz


[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

===
Paket Umrah Mulai Rp 15,4 juta
Informasi lengkap di:
http://www.media-islam.or.id
http://www.syiarislam.wordpress.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke