*Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya* *" Sesiapa yang menuntut ilmu dengan
maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang
orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk
neraka. *
*Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya
dia akan bertambah jauh dari Allah."*

*S*alaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.

Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.

Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.


   1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia
   seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu
   kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.*Ini adalah golongan
   yang mabuk ilmu*.
   2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi
   saperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi
   kaya dan mendapat banyak harta.*Ini lah golongan yang menggunakan ilmu
   untuk meraih kekayaan*.
   3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.Seorang
   yang jadi pemimpin mesti berilmu.*Ini adalah golongan yang menggunakan
   ilmu untuk menjadi pemimpin.*
   4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.Agar orang
   kata dia intelek.*Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat
   nama.*
   5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan
   kebodohan.Agar dia tidak di pandang hina.*Inilah golongan yang
   mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina*.
   6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi
   kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan
   terhina.*Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.*
   7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah.Juga dengan tujuan
   agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada
   Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai
   bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya,
   pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat
   melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan
   mendaulatkan hukum hukum Tuhan.*Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa
   *.



Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke 7 ya
itu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka
rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang
di nyatakan dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan tadi.Wal'iyazubillah!




Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang,
Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke