1.*Pemimpin* perlukan Rakyat, buktinya dapat dilihat di waktu pilihanraya,
betapa orang politik merayu rayu agar Rakyat mengundi mereka. Terpaksalah
mereka membeli undi, menyogok wang dan menjanjikan itu dan ini demi
mengharapkan belas kasihan dari Rakyat. Tetapi pelik, selesai pilihanraya
mereka lupakan Rakyat. Sedangkan kalaulah mereka terus berbaik baik,
menghubungkan kasih dengan Rakyat, pada pilihanraya akan datang tidak perlu
teruk teruk berkempen, tidak perlu beli undi dan tidak perlu janji itu dan
ini. Sebab bila Rakyat dah sayang, undi akan di beri secara sukarela.

2.Mengapakah kita suka atau tergamak melakukan perkara perkara yang
menjadikan orang benci atau hilang kasih? Hingga timbul ketegangan dan huru
hara. Sebab kesannya, bukan saja orang lain susah, tetapi diri sendiri pun
susah. Sebab suasana itu memberi impak kepada jiwa kita. Apakah kita suka
kalau kita susah? Kalau tidak, mengapa kita biarkan diri kita melakukan
perkara perkara yang memutuskan kasih sayang dan keharmonian di tengah
masyarakat yang akan membuatkan orang lain susah?

Umat Islam sudah jadi amat lesu kerana tiada lagi kasih sayang sesama
umat...........bicara seterusnya di sini Klik.
<http://hembusan-amal.blogspot.com/2008/06/umat-islam-sakit-tenat-dan-perlukan.html>


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang,
Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke