Ini adalah lanjutan dari tulisan saya bertajuk "SIAPA PERJUANG KEADILAN
YANG SEBENAR?"  (Tulisan tulisan itu dan tulisan seterus nya mengenai subjek
ini, saya bawa  dari salah satu syarah seorang Hukamak, sebenarnya untuk di
kongsi bersama Sahabat Sahabat group.Insya Allah!)

Berikutan dari itu saya telah menerima dua komen dari dua orang hamba Allah
yang mempersoalkan tulisan dengan mengata "KITA TUNGGU amri el wahab JADI
PEJUANG SEBENAR BARU KITA NAK IKUT PERJUANGKAN KEADILAN? SEMENTARA TU KITA
BIARKAN SAJA KETIDAKADILAN BERLAKU DI DEPAN MATA?" dan lagi satu
persoalan mengatakan  bahwa mengapa saya perlu pertikaikan maksud keadilan
itu mengikut kacamata yang tidak menjurus kepada Islam sebenar tetapi lebih
kepada Islam syok sendiri!!??

Untuk jawapan persoalan pertama di atas, ialah bukan tunggu Amri el Wahab
jadi pejuang sebenar baru nak ikut perjuangan keadilan, tetapi kita doakan
agar pejuang pejuang Islam dari harakah yang ada masa kini berjaya
menegakkan "keadilan" yang di tuntu oleh Islam.Saya yakin di waktu ini juga
mereka sedang giat memperjuangkan nya, tetapi jika ada halangan yang tidak
dapat di elakkan,setidak tidak nya mereka berazam akan menegakkan keadilan
yang ideal itu waktu dapat memerintah negara kelak.

Pejuang Islam tentu sudah faham apa erti Keadilan yang di tuntut oleh Islam.
Mengikut bahasa erti adil itu di antaranya ialah; sama rata di antara dua
perkara. Seimbang di antara dua keadaan, mengimbangi bebanan.
Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam; meletakkan sesuatu itu pada
tempatnya.

Maksud keadilan mengikut istilah syariat itulah yang diperintahkan oleh
Allah SWT di dalam beberapa ayat. Di antaranya:

1 .* "Sesungguhnya Allah Taala menyuruhmu, supaya kamu membayarkan amanat
kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah
kamu hukum dengan keadilan." (An Nisaa`: 58)*

*2.** "Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan
serta memberi karib kerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar
dan kezaliman.`" (An Nahl: 90)

3. **"Maka jika salah satu keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah
kamu perangi (golongan) yang aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah
dan hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan keadilan dan hendaklah kamu
berlaku adil." (Al Hujurat: 9)

*Di sini dapatlah kita faham bahawa apa saja yang kita lakukan sama ada
orang atau barang atau benda atau perkara, sama ada yang bersifat maddi
(material) mahupun bersifat maknawi atau rohani, jika dapat diletakkan pada
tempatnya, inilah yang dikatakan adil. Kita berlaku sebaliknya maka
dinamakan zalim kerana lawan adil itu ialah zalim. Perkataan zalim itu
berasal daripada (zulmun) ertinya gelap atau kegelapan.

Orang yang bertindak di dalam kehidupan tidak meletakkan sesuatu perkara
atau perbuatan sama ada yang bersifat lahir mahupun yang batin, yang
bersifat material (maddi) atau bersifat maknawi atau rohani pada tempatnya,
dia dianggap orang yang hidup di dalam suasana yang gelap, yang tidak ada
panduan dan pedoman hingga selalu sahaja tersilap, tersasul, tersalah,
tergelincir, terjatuh. Ertinya hidup di dalam keadaan kelam-kabut dan
huru-hara.

Kalau begitulah erti adil atau keadilan menurut Islam iaitu meletakkan
sesuatu itu pada tempatnya, ertinya adil atau keadilan itu bukan ertinya
sama rata atau dua benda yang sama-sama sukatan atau dua benda yang sama
ukurannya.

Kalau begitulah pengertian adil, saya ulang lagi iaitu meletakkan sesuatu
pada tempatnya, ia melibatkan banyak perkara. Di antaranya:

* Mengenai orangnya
* Mengenai benda
* Mengenai masa atau keadaan
* Mengenai perbuatan atau tenaga

*Mengenai orang
*Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesion atau
sesuai dengan kebolehan dan kemampuannya itulah dikatakan adil. Tapi kalau
seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukan pada tempatnya ertinya tidak
sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak
adil, zalimlah pula namanya iaitu lawan adil.

*Mengenai benda
*Katakan Al Quran atau kitab jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di
tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu adalah
bersifat adil. Tapi kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau
tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di jamban atau di dapur
atau di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia,
yang boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim
dan jatuh berdosa.

*Mengenai masa
*Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu
bersembahyang; yang eloknya bersembahyang berjemaah, itu adalah adil. Tapi
kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal
seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti
mencuri maka dianggap zalim maka jatuh kepada dosa.

*Mengenai perbuatan atau tenaga
*Sebagai contoh, kita disuruh berbuat, bertindak, berusaha kepada yang
sesuai pada tempatnya. Misalnya berbuat perkara yang disuruh oleh Allah SWT
seperti menolong orang, berdakwah, mengajar, membaca Al Quran,
bersembahyang, bersilaturrahim, menziarahi orang yang sakit, bergotong-
royong di dalam membuat baik dan mencegah kemungkaran. Paling tidak membuat
perkara-perkara yang harus seperti berehat, tidur, maka itu dikatakan adil.

Tapi jika perbuatan atau tenaganya digunakan bukan pada tempatnya seperti
digunakan untuk berjudi, mencuri, memukul orang, berzina, memegang orang
yang bukan muhrim, bergaul bebas tanpa batas, membangunkan tempat-tempat
maksiat, maka itu dikatakan zalim.
Empat perkara yang kita sebutkan di atas sebagai contoh yang asas, yang
bersifat lahir. Kalau hendak dihuraikan atau didetailkan terlalu luas.
Mengenai orang saja tentulah seluruh anggotanya, lahir dan batin yang
bersifat fizik mahupun yang bersifat maknawi dan rohani. Mengenai benda pula
terlalu banyak, tentang masa pula di dalam sehari semalam ada 24 jam. Setiap
waktu atau jam ada perkara yang patut atau perbuatan yang patut diisi pada
setiap masa itu. Mengenai perbuatan atau tenaga, banyak pula yang mesti
diuntukkan pada tempatnya iaitu kebaikan. Jika semuanya itu diletakkan pada
tempatnya dikatakan adil dan jika berlaku sebaliknya maka dia dianggap
zalim.

Manakala keadilan yang melibatkan perkara-perkara yang bersifat maknawi dan
rohani ialah:

* Akal fikiran.
* Nafsu
* Hati dan jiwa atau roh

*Pertama: Akal fikiran
*Digunakan pada tempatnya seperti memikirkan ilmu-ilmu Al Quran, Al Hadis,
ilmu-ilmu yang dibenarkan seperti memikirkan ilmu ekonomi, politik,
pendidikan, pembangunan, pentadbiran, kemasyarakatan, memikirkan kebesaran
Allah SWT dan lain-lain lagi. Ini adalah adil terhadap akalnya tapi kalau
memikir sesuatu yang tidak sepatutnya kerana bukan tempatnya, seperti
memikirkan perempuan yang bukan muhrim kita, memikirkan arak, judi dan
memikirkan hendak membunuh, mencuri, zina dan yang lain-lain yang dilarang,
maka hukumnya zalim.

*Kedua: Nafsu
*Kehendak nafsu dan kemahuannya dihalakan atau didorong ke tempat yang
dibenarkan oleh Allah Taala seperti mengkehendakkan memperjuangkan agamaNya,
mengkehendakkan membantu fakir miskin, mengkehendakkan mendaulatkan
undang-undang Islam, mengkehendakkan membangunkan ekonomi Islam, pendidikan
Islam, kebudayaan, pentadbiran Islam, masyarakat Islam dan lain-lain yang
diperintahkan oleh Islam, hukumnya adil.

Tapi jika kehendak nafsu itu didorong kepada bukan tempatnya seperti
berkehendakkan kepada perempuan yang bukan isteri, mendorong memperjuangkan
kebatilan seperti memperjuangkan ideologi, ekonomi kapitalis, pendidikan
sekular dan lain-lain yang dilarang Islam, hukumnya zalim.

*Ketiga: Adil terhadap hati atau jiwa atau roh
*Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnya seperti merasakan
kebesaran Allah, rasa takut kepada Allah, rasa malu, rasa rendah diri, rasa
cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap, rasa berdosa, rasa pemurah, rasa
kasih sesama manusia, rasa belas kasihan terhadap orang yang susah dan
lain-lain lagi. Jika berlaku sebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu diletakkan
pada rasa sombong, rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa
bakhil, rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yang
dilarang oleh Allah Taala, hukumnya zalim.

Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitu sifat-sifat
terpuji, yang Allah Taala wajibkan setiap mukallaf mesti memiliki atau
menjadi pegangan setiap orang. Dan sifat ini adalah bertaraf sejagat.
Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia sama ada orang Islam
mahupun yang bukan Islam.

Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama oleh semua
manusia namun setiap diri manusia itu amat susah sekali untuk dapat memiliki
sifat itu tapi setiap orang itu suka kalau orang lain berlaku adil kerana ia
menguntungkan diri, walaupun tidak boleh berlaku adil pada orang lain.
Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan bermasyarakat perkataan
keadilan itu dikumandangkan, dislogan, diperjuangkan adalah untuk orang lain
mengamalkan seperti kerajaan mengamalkan, majikan melaksanakan, bukan
memperjuangkan keadilan itu dengan tujuan untuk dapat diamalkan pada diri
masing-masing atau setiap orang.

Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia dapat dimiliki terlebih
dahulu oleh setiap diri orang yang memperjuangkan keadilan itu, sebelum ia
dapat diamalkan oleh orang lain.

Tapi kita merasa pelik, pejuang-pejuang keadilan memperjuangkan sifat
keadilan itu di seluruh dunia agar orang lain berlaku adil, bukan mereka
berusaha berlaku adil. Justeru itu kebanyakkan orang melihat tidak adil itu
adalah orang lain bukan diri sendiri.

Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu apabila memperjuangkan keadilan
agar ia menjadi milik dirinya. Apabila ia mempunyai sifat itu akan
berlakulah adil kepada orang lain.
Begitulah tuntutan dari Islam, apabila menyebut keadilan, ia mesti dilakukan
oleh setiap mukalaf, bukan mendesak agar dilakukan oleh orang lain.
Sedangkan diri sendiri tidak payah.

*Adil adalah kewajipan setiap orang, kemestian setiap individu. Sesiapa yang
tidak bersifat adil adalah satu kesalahan. Berdosa di sisi Tuhan. Kalau
tidak bertaubat, ke Nerakalah padahnya.*




Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke