Oleh PochongMenulis, AIDCclub

Salah satu kejayaan kelompok masyarakat Kristian Liberal Amerika
Syarikat adalah kejayaan mereka menjadikan lelaki gay yang bernama Gene
Robinson sebagai seorang Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat
pada tahun 2003. Perlantikan paderi ini telah diberi liputan luas oleh
seluruh media Amerika pada waktu tersebut.

Perlantikan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Kristian, dan ia
terjadi di dalam lingkungan kelompok Gereja Anglican. Archbishop (Paderi
Besar) of Canterbury, Reverend Rowan William, mengatakan pelantikan
Robinson itu akan membawa persoalan dan perdebatan yang serius di
kalangan penganut komuniti Gereja Anglikan.

Setelah terpilihnya Robinson, melalui satu pengutan suara, William
membuat jangkaan wujudnya cabaran besar bagi Gereja Anglikan yang
memiliki penganut sekitar 70 juta orang di 160 buah negara. Malah, ada
mengadaikan akan wujudnya perpecahan besar di kalangan gereja Anglican,
gara-gara perlantikan Robinson.

Pelantikan ini juga telah mewujudkan pro-kontra secara meluas di
kalangan penganut Anglikan di Amerika. Namun, Robinson bertegas
menyatakan, gerejanya akan menjadi semakin kuat, dengan adanya kekecohan
tersebut.

Posisi yang dipegang Robinson merupakan jawatan tertinggi yang pernah
dicapai oleh seorang gay di lingkungan gereja. Semasa pelantikannya,
dengan diiringi tangisan keharuan, Robinson menyatakan, bahawa dirinya
merasakan menperolehi kehormatan yang amat tinggi.


"You cannot imagine what an honor it is for you to have called
me," kata Robinson. Namun, beliau mengakui, ramai orang di kalangan
gereja yang sangat terluka dengan perlantikannya.

Kehadiran wartawan yang besar samada tempatan dan antarabangsa telah
memberikan polemik yang menarik untuk menggambarkan pro-kontra terhadap
pemilihan Robinson ini.

Pihak media mengatakan bahawa wujud pihak yang marah terhadap
perlantikan Robinson adalah datangnya dari kalangan konservatif di
lingkungan gereja (church conservatives), yang percaya bahawa amalan gay
dan lesbian adalah bertentangan dengan ajaran Kristian.

Agensi berita AFP sewaktu itu juga mengatakan, bahawa "Conservative
Anglicans" di seluruh dunia pada masa itu bimbang sekiranya sayap
liberal (liberal wing) dari gereja tersebut akan lebih hebat lagi
mempromosikan perkahwinan homoseksual. Jadi media mengatakan pihak yang
menentang Robinson dicap sebagai konservatif dan yang menyokongnya akan
diberi label "liberal".

Yang menarik, meskipun menghadapi kecaman dan pemulauan dari berbagai
penjuru dunia, pelantikan Robinson berjalan lancar.

Para Ketua Paderi yang hadir dalam acara pelantikan Robinson di arena
hoki University of New Hampshire, menanti untuk memberikan ucapan
tahniah kepada Robinson. CNN melaporkan, hanya segelintir golongan yang
berdemonstrasi menentang pelantikan Robinson.

Bekas Paderi Besar New Hampshire, Reverend Douglas Theuner, yang hadir
dalam pelantikan itu, telah berucap seolah memberikan sokongan kepada
Robinson, dengan menyatakan: "You are no more or less a child of God
like everyone else."

Ketika upacara perlantikkan itu berlaku ratusan Ketua Paderi yang hadir,
hanya tiga orang yang mara ke hadapan, dan menentang pemilihan Robinson.
Seorang menyatakan, bahawa pelantikan Robinson merupakan "kesalahan
yang menggerikan" (terrible mistake).

Robinson semasa dilantik berumur 56 tahun, memang dikenali sebagai
pelaku homoseksual. Ia telah hidup bersama dengan pasangan homoseks-nya
yang bernama Mark Andrew, selama 14 tahun. Boleh dikatakan, sewaktu
bertugas di gereja sebelum ini pun, sebenarnya sudah ada pihak yang
telah mengetahui perilakunya.

Dalam majlis pelantikannya sebagai Paderi Besar, temannya Mark
Andrew-lah telah menyerahkan topi Paderi Besar (bishop's miter)
kepada Robinson.

Pada tahun 2008 pasangan ini secara rasmi telah berkahwin. Yang menarik
sewaktu Presiden Amerika Barack Obama sedang berkempen untuk memenangi
jawatan Presiden, Obama dikatakan sempat bertemu sebanyak 3 kali dengan
Robinson mengatakan dirinya memberi dokongan yang sama untuk hak-hak
sivil bagi komuniti gay dan lesbian.klik sini
<http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/faith/article5100064.ece>


Di Amerika Syarikat pemilihan Paderi Besar dilakukan oleh masyarakat dan
penganut gereja, yang kemudian dikukuhkan melalui konvensyen dan
selanjutnya melalui satu pelantikan.

Terpilihnya Gene Robinson sebagai tokoh penting dalam gereja boleh
dikatakan sebagai satu puncak keterbukaan gerakan liberalisasi di dalam
dunia Kristian. Mereka berhasil dan berjaya memansuhkan satu ketentuan
yang sangat tegas di dalam kitab ajaran Bible, yang mengutuk perbuatan
homoseksual.

Dalam Kitab Imamat 20:13 dinyatakan: "Bila seorang lelaki tidur
dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya
melakukan suatu perkara yang keji, Dan pasti mereka dihukum mati dan
darah mereka tertimpa kepada diri mereka sendiri."

Dalam sejumlah versi Bible, juga dijelaskan, bahawa hukuman buat pelaku
homoseksual adalah hukuman mati. The Living Bible menulis Leviticus,
20:13: "The penalty for homosexual acts is death to both parties.
They have brought it upon themselves."

Sedangkan dalam King James Version ayat ini ditulis: "If a man also
lie with mankind, as he lieth with a woman, both of them have committed
an abomination: they shall surely be put to death; their blood shall be
upon them."

Namun, seperti diketahui, arus liberalisasi di dunia Kristian begitu
kuat berlaku. Jika selama ini, hanya masyarakat dan negara Belanda yang
mengesahkan perkawinan homoseksual, maka kes Gene Robinson akan
memberikan impak yang lebih hebat lagi, karena perbuatan yang salah itu
telah mendapat perakuan pihak gereja.

Arus liberalisasi gereja ini sudah cukup lama menyerang, termasuk usaha
agar gereja kristian mulai menerima amalan homoseksual.

Contohnya, Eric James, seorang pekerja di gereja di England, dalam
bukunya berjudul 'Homosexuality and a Pastoral Church' menyarankan agar
gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan
perkahwinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan
wanita.

Sebenarnya, jika dilihat dari sejarah Gereja Anglikan sendiri, kes-kes
seksual semacam ini tidak lah terlalu mengejutkan. Ini kerana Gereja
Anglikan sendiri terbentuk sebagai sebahagian daripada gerakan
'Reformasi' yang berlaku pada Gereja Khatolik, khususnya di England.

Kes tersebut bermula dari kes seksual, gara-gara Paus tidak merestui
perceraiannya dengan isterinya, Catharine of Aragon, dan keinginannya
untuk mengawini Anne Boleyn iaitu Raja Henry VIII (1491-1547), pada masa
itu Henry nekad membuat keputusan dengan memisahkan Gereja England dari
pengaruh Khatolik Rom.

Thomas More, salah seorang penasihat Kerajaan, telah dipenggal
kepalanya, kerana menentang sikap Henry VIII.

Kes Henry VIII ini selanjutnya menyebabkan konflik berdarah yang sangat
menggerikan di antara penganut Protestan dan Khatolik dalam merebut
tahta dan pengaruh kepada kerajaan England.

Kebijaksanaan Elizabeth I (memerintah 1558-1603) dalam memimpin
Inggeris, akhirnya telah mengukuhkan institusi Gereja England yang
selanjutnya dikenali sebagai Gereja Anglikan (Anglicanism).

'Encyclopaedia of Religion' mengatakan, bahawa salah satu karakter
Anglicanism adalah usahanya untuk memegang elemen - elemen yang ada pada
Khatolik dan Protestan dalam satu jalan tengah.

Tahun 1960-an, mulai dilakukan upaya-upaya serius untuk menyatukan
kembali antara Gereja Anglikan dengan Khatolik Roman. Ketika Paus
Johanes Paulus II berkunjung ke Inggeris, pada tahun 1982, beliau dan
Uskup Agung Canterbury, Runcie, menandatangani satu "Common
Declaration" untuk membentuk satu suruhanjaya yang bertugas mengkaji
isu-isu teologi, masalah pastor, dan langkah-langkah sesuai untuk menuju
ke arah penyatuan Anglikan dan Khatolik Rom. Namun begitu , hingga kini
usaha tersebut masih belum berhasil.

Soal homoseksual juga bukan hal baru dalam sejarah Gereja. Dunia
Kristian kini mengenali satu 'Bible versi King James', atau King James
Version. Bible versi ini sangat terkenal.

King James yang dimaksudkan di sini adalah Raja Inggeris yang
dikenalidengan nama Stuart King James VI of Scotland, dan menjadi King
James I of England. Ia memerintah pada tahun 1603, menggantikan
Elizabeth I, dan meninggal tahun 1625.

Walaupun seorang raja yang kontroversi, namun pada satu sudut lain,
jasanya mempelopori penulisan Bible "King James Version",
menyebabkan ia sangat dihormati.

Dalam pembukaan Bible King James Version, terdapat ungkapan pujian
khusus untuk King James ini: "To the Most High and Mighty Prince,
JAMES, By the Grace of God, King of Great Britain, France, and Ireland,
Defender of faith, Etc." , King James mendapatkan julukan yang
sangat mulia, iaitu sebagai "Defender of Faith", "Sang
Pembela Agama".

Namun, sejarawan Barat, seperti Philip J. Adler, menyebut raja ini
adalah seorang yang sombong dan 'blatant homosexual'.

Namun, buku "Who's Who in Christianity", (1998), sama sekali
tidak menyinggung soal perilaku homoseksual King James ini. Heny ke VIII
pun sebelum ini bermasalah dengan Paus, mendapat gelaran dari Paus
sebagai 'Defender of the Faith', setelah Henry menulis satu penyata yang
menentang ajaran Martin Luther.

Kisah Gene Robinson, seorang gay yang menduduki jawatan tinggi dalam
hirarki gereja, perlu menjadi perhatian serius bagi kalangan orang
Islam, ini kerana seakan sudah wujud gerakan liberalisasi di kalangan
muslim sama seperti apa yang dialami agama Kristian.

Tanpa disedari kelompok ini telah berjaya menyusup masuk kedalam
pelbagai organisasi dengan usaha untuk menyebarkan agenda mereka.
Kalangan kelompok ini juga berusaha membongkar sendi-sendi penting dalam
ajaran Islam, dan diberikan penempatan yang penting dalam institusi
keagamaan, politik dan sokongan dari media masa.

Dengan bantuan daripada pelbagai sumber pihak kumpulan ini seakan
semakin berjaya menembusi pelbagai kelompok sasaran dan melobi agar
kumpulan gay dan homoseksual diberi tempat dan pengiktirafan. Yang
menarik sekiranya wujud para pengkritik kepada kelompok itu golongan
pengkriktik itu akan dilabel sebagai kaum konservatif, golongan tua, dan
sebagainya.

Sesungguhnya tidak salah kita berfikir, namun penyebaran pemikiran yang
salah ke tengah masyarakat tentu ada batasan dan hadnya. Menghalalkan
yang haram walaupun ia sudah dinyatakan oleh kitab-Al Quran tentu akan
menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Sekiranya agama Kristian sendiri telah hanyut disebabkan slogan
"reformasi" dan protes terhadap agama mereka sendiri hingga lahirnya
kelompok Protestan dan Anglican, bagaimana dengan orang Islam, adakah
kelompok muslim moderat/liberal klik sini
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/06/moderate-muslim-gay-is-o\
kay.html> , ini akan menjadikan contoh kejayaan rakan mereka melakukan
reformasi dalam agama Kristian turut sama diambil contoh dan model untuk
dipraktikan dalam agama Islam?

Perkara ini mungkin tidak mustahil berlaku sekiranya kita terus alpa
dibuai slogan "refomasi", "perubahan" dan "kebebasan" tanpa menilai
kembali apa yang dikatakan oleh Al Quran mengenai perkara tersebut.

Di saat ini semua pihak ingin melaungkan kebebasan dan hak asasi
walaupun kebebasan yang dipohon itu secara hakiki ingin memperlekehkan
nilai yang ada terkandung dalam ajaran agama Islam.

Dipetik dan di tulis semula berdasarkan sumber klik sini
<http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/3208586.stm> , sini
<http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/religion/2403713/Gay-bishop-\
Gene-Robinson-criticises-Archbishop-of-Canterbury-Rowan-Williams.html> ,
dan sini <http://www.cnn.com/2003/US/08/06/bishop/>


sumber - pochongmenulis
<http://pochongmenulis.blogspot.com/2009/06/kelompok-liberal-iktiraf-gay\
.html>

Maklumat lanjut sila layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke