*K*ebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa.Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya.Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia.Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan.Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupan nya luas.Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya.Segalanya akal dapat perhatikan dan mengetahui rahsianya.Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam.Semuanya akal dapat mengetahuinya.
Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, kebolehan nya luar biasa. Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah.Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah. Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa.Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita.Fikiran tetap merdeka. Oleh itu jangan lah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masaalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka.Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan.Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita.jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan. *"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (yaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191).* *** * ** *DARI LAMAN BLOG : HEMBUSAN AMAL 4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>* * * Wallahu 'alam. Salaam & Regards Amri el Wahab Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. [Non-text portions of this message have been removed]

