*Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak* ialah pemimpin yang
mempunyai peribadi yang jahat.
Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman.
Akhlak mereka buruk sekali.
Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan Rakyat.Mereka bakhil, tamak,
kasar, pemarah, hasad, dengki dan pendendam.

Mereka memimpin bukan untuk membangunkan Negara atau Rakyat, tetapi untuk
hidup bermewah mewah dan membazirkan wang Negara.
Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan di zalimi.Mereka
menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya.
Lagi cerdik mereka ini lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan.Lagi kuat
jiwa mereka lagi biadap mereka dengan Allah.

Dengan pemimpin saperti ini, akan berlaku huru hara dalam Negara.Pemerintah
sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa.
Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap
penentang penentang supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan
yang istimewa.
Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam Negara.
Akan berlaku bermacam macam bala dan bencana dalam Negara.
Setiap hati Rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahn kerana
pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatan.

DARI LAMAN BLOG HEMBUSAN
AMAL4u<http://hembusan-amal.blogspot.com/2008/03/pemerintah-yang-adil-vs-pemerintah-yang.html>





Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

Mail to: [email protected]

SMS 0122441105

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke