saya dapet artikelnya nih...tapi bahasanya itu lho bikin mumet....

--------------------------------------------------------------------------------


 
Pertolongan Cemas - Gigitan Ular
Di Amerika Syarikat terdapat 6,000 hingga 8,000 ekor ular berbisa mematuk 
mangsanya setiap tahun, tetapi cuma 5 hingga 8 sahaja yang membawa maut. 

Sebabnya ialah: Ular tidak mahu membazirkan bisanya yang berharga. Mereka lebih 
gemar menggunakan kepada perkara yang lebih berfaedah, seperti membunuh 
mangsanya untuk dimakan. 

Serangan terhadap manusia kebiasaanya dilakukan hanyalah untuk tujuan 
pertahanan dengan menyuntikkan bisa secukupnya untuk menyakitkan anda. Tetapi 
perlu diingat, bahawa bisa ular membahayakan nyawa kanak-kanak. 

Sekiranya salah seorang daripada anda digigit ular berbisa, jangan hanya 
bersimpati tapi selamatkanlah ia. Dapatkan kemudahan perubatan. Dengan 
menggunakan rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik 
sekali. Dengan menggunakan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian 
gigitan dan menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah 
teruk. 

Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan, elakkan sebarang 
pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan kayu belat (splint), jika 
boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan pengangkutan. Jika anda tidak 
mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa kenalah berjalan sendiri. Kesan 
racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam. Perhatikan 
tanda-tanda kejutan pada si mangsa (banyak berpeluh, kulit pucat, bernafas 
dengan kuat) kerana ketakutan disebabkan digigit adalah lebih berbahaya 
berbanding kesan gigitan tersebut. 

Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih daripada 
sehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah dengan menggunakan 
alat penyedut bisa (Sawyer Extractor). Gunakan 2 penyedut secara berterusan 
pada kesan luka untuk mengeluarkan bisa pada kedua-dua bahagian kesan taring 
ular tersebut. Apabila ia digunakan dalam masa 5 minit selepas sahaja terkena 
gigitan tersebut, ia mampu mengurangkan kesan keracunan pada si mangsa. Namun 
ia bukanlah pengganti kepada cara rawatan dan perubatan profesional. 

Kirim email ke