Arau: Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah
institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan
dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak
beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan
sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program
televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di
sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.
Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa
dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia
40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.
Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama
dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan
ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.
"Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian
kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.
"Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang
digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya
membiarkan suspek bertindak sedemikian," katanya. - HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/04/2014 07:10:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.