Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim memberitahu bahawa penceraian yang terjadi
di antara dia dan Adam adalah berpunca daripada laman sosial Instagram.
Menurut laporan mStar, Fiza yang berusia 33 tahun mendedahkan ianya bermula
apabila peminat yang mengikuti laman Instagramnya mempersoalkan mengapa dia
tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya itu.
"Saya dan Adam tidak memuat naik gambar kami di Instagram masing-masing
sehingga mencetuskan spekulasi dan perkara ini menjadi bualan kami sehingga
tercetusnya pergaduhan,"jelasnya.
Selain itu, Fiza yang bertindak membuang semua gambar bersama Adam adalah
kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan perkahwinan mereka bermasalah.
Fiza turut menambah yang Instagram cumalah sebahagian daripada punca
penceraian dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai penceraiannya dengan
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman.
Dalam pada itu, khabar angin mula bertiup kencang mengatakan hubungan
mereka yang dibina sejak tujuh bulan lalu mulai goyah kerana Adam tidak
mempunyai pendapatan tetap dan di antara mereka adanya pihak ketiga.
"Ada yang mengatakan Adam tidak ada duit dan tidak mampu untuk membiayai
kos perubatan ayah saya yang sedang sakit di Institut Jantung Negara (IJN).
Semua itu karut kerana dia turut membantu menghulurkan wang ketika itu,"
ujar Fiza.
Keputusan bercerai dibuat atas persetujuan bersama dan Fiza sedia menerima
Adam kembali sekiranya masih ada jodoh di antara mereka. -yahoo
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/01/2014 02:06:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.