3 Mei 2014, SABAK BERNAM - Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok
dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar
detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar,
Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad
berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8
hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana
bekerja.
Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke
rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya
kira-kira sebulan lalu.
"Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan
seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali
melakukan hubungan seks dengan mangsa," katanya.
Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu
terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya
selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke
sekolah.
Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan,
tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.
"Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali
sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan," katanya.
Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya
itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi
memaklumkan kejadian terbabit.
"Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu
sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya. SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/03/2014 04:27:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.