Kuala Lumpur: "Isu makan luar perkara biasa dalam hubungan suami isteri. Ia
boleh dikatakan lumrah dalam kehidupan ketika, lebih-lebih lagi apabila si
suami tidak dapat apa yang diinginkan daripada isteri," kata Pakar
Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Dr
Mariani Md Nor.
Mengulas paparan muka depan Harian Metro semalam bertajuk 'Punca Suami
Pokai' dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit melanggan pelacur, Dr
Mariani berkata, sebilangan rakyat di negara ini mengalami masalah bersama
isteri dan akhirnya mencari jalan penyelesaian segera dengan terbabit dalam
aktiviti persundalan.
"Proses keharmonian dalam rumah tangga bukan mudah.
Namun apabila masalah ini terjadi, kita perlu melihat keadaan suami dan
isteri itu.
Biasanya, suami 'makan luar' apabila keinginannya tidak dipenuhi.
"Masalah ini sering terjadi apabila usia sesuatu perkahwinan itu mencecah
10 tahun ke atas.
"Apabila tiba tempoh ini, hubungan suami isteri menjadi hambar.
Isteri mula menganggap perkara seperti berhias, memakai wangian dan menjaga
kecantikan tidak penting, ditambah pula apabila mereka memiliki anak.
"Perkara ini membuatkan suami mula mencari layanan di luar kerana isteri
hilang tarikan dan keistimewaannya.
Nasihat saya, baru atau lama usia perkahwinan itu, isteri perlu berperanan
dan sentiasa menjaga kecantikan serta fizikal untuk suami supaya mereka
tidak hilang minat terhadap isteri," katanya.
Dr Mariani berkata, hubungan komunikasi dua hala juga perlu diterapkan
dalam hubungan suami isteri supaya masalah yang terbuku di hati pasangan
dapat diluahkan.
"Tanpa komunikasi dua hala yang baik, ini yang bakal terjadi.
Suami perlu menceritakan masalahnya dan harus menasihatkan isteri untuk
berdandan atau bersiap buat mereka.
Isteri pula perlu terbuka dan memberi yang terbaik kepada suami.
"Bukan sekadar hubungan seks, malah layanan di meja makan atau hubungan
ketika di luar rumah perlu dititikberatkan oleh isteri bagi menjamin suami
tidak mencari wanita lain di luar," katanya. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/04/2014 01:42:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.