Butterworth: Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki
dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik
Kesihatan Butterworth di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul
Rahman Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika
mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi.
Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam
tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi.
"Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai
mayat janin dalam keadaan duduk.
"Dia segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang
kemudiannya menghubungi polis," katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam
lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/07/2014 06:06:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.