Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah
sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata,
kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota
Samarahan, Sarawak.
"Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak
menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
"Pihak polis sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan
sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar
perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya
ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku
dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
DALAM klip video berkenaan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh
sekumpulan pelajar lain.
Video 'pailang' makan diri
Kota Samarahan: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian
seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah
sekolah menengah di sini, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan
Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi
berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen
323 Kanun Keseksaan.
Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut
dan sudah dibebaskan dengan jaminan.
"Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan
Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini.
"Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan
tersebar," katanya.
Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di
sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara
mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.
Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada
pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/02/2014 11:22:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.