KOTA BHARU 5 Jun - Sebanyak 92 peratus mangsa rogol di negeri ini merupakan
golongan remaja di bawah umur.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah
itu yang dicatatkan bagi lima bulan pertama tahun ini, mangsa berusia 14
tahun adalah yang tertinggi iaitu seramai 24 orang diikuti remaja berusia
15 tahun (23), 16 tahun (15) dan 13 tahun (15).
Kata beliau, berbanding tempoh sama tahun lalu, ia hanya menunjukkan
penurunan sebanyak satu peratus.
"Polis juga merekodkan sebanyak 88 kes berjaya diselesaikan dengan
penahanan 90 orang tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu
sebanyak 87 kes berjaya diselesaikan dengan penahanan 51 orang," katanya di
sini hari ini.
Katanya, siasatan mendapati kebanyakan suspek yang ditahan merupakan
penagih pil kuda.
Pada 20 Mei lalu, masyarakat digemparkan dengan laporan seorang remaja
perempuan berusia 15 tahun dan rakannya berusia 17 tahun menjadi
mangsa 'kenduri seks' oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di
sini. - sumber
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/06/2014 11:18:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.