SELAYANG - Seorang guru dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam
atas dua tuduhan merogol anak muridnya tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Majistret Nurliana Ismail tidak merekodkan sebarang pengakuan
daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34, kerana kes itu akan dituduh
semula di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini.
Ezlie Azram didakwa merogol murid berkenaan yang ketika itu berusia 11
tahun lapan bulan, dalam bilik di rumahnya, Taman Aman Siara, antara jam 1
petang hingga 3 petang, 3 Disember 2011.
Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan
Ogos 2013.
Guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit
kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed
Agil manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Read dan Donny Abdullah.
Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. -SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/07/2014 04:10:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.