Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslim &
orang2 yang beramal soleh...

Skang nih, mana2 akhbar sedang sibuk bercerita tentang bagaimana handak
menarik minat bukan bumiputra menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan
(SK). Maka kedengaranlah berbagai2 saranan dari berbagai2 tokoh seantero
negara. PM kita lak saban hari bercerita tentang ini seolah2 isu ini lebih
besar & lebih serius dari isu kesan kenaikan harga bahan bakar kepada
masyarakat golongan pertengahan dan terbawah.

Antara saranan yang diterima ialah cadangan supaya merombak kurikulum
latihan guru2 sepaya lebih global & terkini. Emph... Agak logik. Boleh
diterima. Rasanya memang sesuai kalau kurikulum mereka disemak semula. Dan
antara cadangan lain ialah dengan memperkasakan pengajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris. Ops... Ini sudah tak betul. Ini saya susah nak
terima. Dengan akal logik ataupun dengan akal yang tak logik.

Nampaknya kerajaan bersetuju dengan cadangan ini kerana PM bersedia bertemu
dengan si pencadang tersebut. Maka bersoraklah pembenci2 Bahasa Melayu dan
mereka yang berfikiran sekular. Mungkin golongan missionary boleh tumpang
gembira. Dengan pengusaan BI, senanglah orang Melayu nak disuakan kepada
Bible walaupun Bible berbahasa Melayu sudah lama wujud.

Hm... Begitulah sombong & bongkaknya kerajaan pilihan rakyat. Mereka
langsung tak menghormati pandangan hasil kajian kongres yang dipengerusikan
oleh orang mereka sendiri (bekas bos Pak Lah dalam Semangat 46 dulu) iaitu
Tengku Razaleigh Hamzah yang pengajaran subjek2 tersebut dalam BI
melemahkan dan menjahanamkan orang Melayu terutama di kampung2.

Bukan setakat nak berpatah balik, malah nak memperkasakan lagi. Ishk... Pak
Lah dengan Najib sama je. Si Najib pun taknak patah balik dengan PLKN
walaupun banyak kelemahan & kerosakan yang disuarakan. Pak Lah pun taknak
tarik balik English for Teaching Math & Science (ETMS - tak tau la betul ke
idak abbreviation ni. Betul kot...) ni walaupun ini asalnya idea dari Tun
Dr. Mahathir, yang memang terkenal dengan ke'veto'annya.

Tapi bukan itu persoalan yang utama di sini. Sebaliknya nak bawak pemikiran
saudara2 saya sekalian ke suatu masa yang tak berapa lama dulu. Kalau masih
ingat bagaimana BN cuba menghapuskan pengaruh Islam dengan menyekat bantuan
yang memangnya tak seberapa tu kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malah
guru2 dan ibu bapa murid2 juga diugut dengan bermacam2 ugutan.

Tu yang saya pelik tu. Kenapa Pak Lah (yang juga lulusan SAR) taknak
gunakan kaedah yang sama untuk membawa orang bukan Melayu ke SK? Kalau
kaedah pemotongan bantuan itu mampu 'memujuk' orang Melayu Islam
meninggalkan SAR, kaedah yang sama juga sepatutnya berjaya jika digunakan
terhadap Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Ye tak?

Tu yang pelik tuh! Orang Melayu Islam yang sebangsa & seagama berani
diorang ugut & sekat tapi bila kena kat bangsa asing yang asalnya menumpang
& bernasib baik dapat kerakyatan atas kegopohan UMNO untuk merdeka dulu ni,
dorang takut lak nak ugut. Bukan setakat tak berani malah sanggup mengambil
jalan yang terang2, hasil kajian orang mereka sendiri, telah menjahanamkan
orang Melayu.

ETMS? Isteri saya merupakan seorang guru matematik. Dia nak cakap Inggeris
pun terabur ntah camne nak ngajar dalam BI. Bukan dia je, saya tengok rata2
cikgu camtuh. Sebab dulu masa di UTM (university bebas dari politik? Ye
ke?), saya selalu ikut Pemuda UMNO (dulu tau!) buat program motivasi di
sekolah2. Banyak bercampur dengan guru2 dan memang obvious yang BI dorang
kebanyakannya reban (istilah lain untuk hancur tahap maksimum).

Yupe! Dorang akan dihantar ke kursus ETMS ni. Kursus 2 minggu kot. Hehe...
Sapa berani ngaku dia boleh master (istilah master digunakan sebab BI
digunakan sebagai medium mengajar) BI dalam masa 2 minggu? 2 bulan pun
belum tentu cukup. Kawan saya yang beli program Linguaphone tu pun sampai
skang hancur BI dia. Dah berapa tahun dah. Setuju atau tidak BI adalah
skill, bukan ilmu macam kimia atau fizik yang boleh main hapal2?

Dan baru jap tadi isteri saya tipon citer pasal dia kena conduct koir untuk
hari Merdeka. What??? Saya tanye dia tau mana asal koir? Tau kata dia.
Gereja. Ha... Tau pun! Tapi pelik ah. Nape tak buat nasyid? Sebab sekolah
tu berbilang kaum? Nape tak ajak budak2 kafir tuh nyanyi nasyid instead of
ajak budak2 Melayu nyanyi koir? Kalau nak buat nasyid, saya boleh volunteer
train budak2 tuh. Tapi kalau koir, saya haramkan isteri saya ikut serta.
Bukankah mengikut perbuatan sesuatu kaum itu menggolongkan kita dalam kaum
tersebut? Begitulah Islamiknya SK kita...

Sewaktu belajar tentang dasar kependidikan negara (form 1 ke form 3 dulu,
tak ingat!) saya pernah tanya cikgu saya. Kalau betul nak bentuk intergrasi
nasional, kenapa mesti ada pengasingan? Kenapa mesti dibenarkan penubuhan
SRJK yang diletakkan di bawah kementerian? Bukankah lebih baik ditiadakan
SRJK. Kalau mereka nak sangat jaga bahasa ibunda mereka, bayar la sendiri.

Guru saya tak mampu menjawab dengan tepat sebaliknya mengaitkan dengan
Pakatan Murni 1956. Erm... Orang Cina & India mengakui hak peribumi orang
Melayu & orang Melayu menerima kerakyatan mereka & membenarkan mereka
mengamalkan budaya & agama mereka (seterusnya mengambil alih ekonomi &
merosakkan agama rasmi malah bahasa rasmi orang melayu). Camtuh la lebih
kurang Pakatan Murni tu.

Sebab tuh saya kata dorang nih (bangsa asing) bernasib baik dapat
kerakyatan sebab kebodohan & kegopohan orang Melayu dalam UMNO nak merdeka
dulu. Sebab takut sangat nak pegang senjata, takut sangat nak Jihad
(manusia yang terang2 dihina dalam Al-Quran), mereka nih sanggup terima
ideologi ni. Kalau dikira balik, inilah jerat British (penjajah yang agama
rasminya Kristian) untuk membantutkan kebangkitan Islam di Tanah Melayu.

Sampai hari nih saya masih bertanya. Kenapa ada SRJK? Kenapa SAR tak
dimasukkan bawah kementerian? Sebab ada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA)? Sedangkan SMKA hanyalah sebuah sekolah menengah biasa yang ada ajar
subjek agama lebih sikit dari sekolah menengah yang lain & bahasa Arab.
Bukan seperti SAR yang mengutamakan ilmu akhirat dan kemudian baru dunia...

Nyatalah kerajaan kita tidak Islamik. Bukan saja tidak Islamik malah tidak
Malayik (ujud ke perkataan ni?). Inilah akibat terlalu mengejar
pembangunan. Sanggup menggadai masa depan anak2 Melayu, yang ibu bapa
mereka adalah pengundi pemimpin2 ini, asalkan pembangunan berterusan &
mereka yang berkerusi empuk dapat pulak tidur beralaskan bantal yang
kekabunya duit.

Tapi, jika dilihat di Jepun, orangnya tak pandai berbahasa Inggeris. Tetap
maju. Malah lebih maju dari sesetengah negara yang bahasa rasminya Inggeris
(Filipina misalnya). Camne pulak tuh? Kata BI penting. Kenapa terkecuali di
Jepun lak? Kan dah nampak kerajaan sebenarnya nak menyusahkan Melayu.
Kerajaan memang nak orang Melayu rebah dan terpisah dengan Islam kerana
sibuk dengan 'agama dunia' mereka.

Kalaulah BI dilihat boleh meningkatkan kedatangan pelabur, maka saya hairan
kenapa di tahun2 50an kita boleh jumpa Tuan John & Madam Catherine yang
fasih berbahasa Melayu? Sebenarnya, kalau negara kita mempunyai dasar yang
baik, pemerintahan yang adil, rasuah sifar & keselamatan yang terjamin,
pelabur akan tetap datang. Tak perlu berbahasa mereka malah mereka akan
pelajari bahasa kita.

Kesimpulan saya tetap satu. Kalau nak 'pujuk' golongan2 yang lupa daratan &
melampaui batas ni kembali ke SK, sekat bantuan ke SRJK. Berikan guru2
mereka ugutan sebagaimana guru2 di SAR dulu diugut. Tak perlu ETMS, atau
matapelajaran Tamil & Mandarin. Ahha... Saya wonder la. Kenapa Bahasa Arab
taknak diperkenalkan di setiap SK eh sedangkan Tamil dan Mandarin nak
diajar? Takut orang paham al-Quran ke?

Setelah terang dan nyata mereka memusnahkan orang Melayu Islam, kalau masih
nak menyokong mereka, maka bersedialah untuk menggelarkan diri anda sebagai
'Pemusnah Bangsa Sendiri'. Semoga Allah membuka pintu hati mereka dan kita
semua kepada kebaikan. Semoga Allah memberikan hidayahNya dan membuatkan
mereka sedar akan kerosakan yang telah dan sedang dilaksanakan dan yang
sedang mereka rencanakan.

Setiap yang baik itu datang dari Allah dan setiap yang buruk berpunca dari
kebodohan & kelalaian saya sendiri.

Sekian,

Semoga Allah merahmati setiap dari kita.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke