Saya mohon maaf kerana mencelah.

Mungkin statement tu tak berapa tepat. Apa yang kita katakan mungkin tidak berupa sifat sebenar. Sebenarnya pada pemerhatian kita, kita simpulkan bahawa penduduk sesuatu tempat tersebut memiliki sikap sedemikian. Apa yang saya ingin jelaskan, kita tak boleh jump into conclusion bahawa orang dari lubuk sekian mewarisi tebiat macam Si Polan.

Bukankah itu namanya seperti menabur dusta dan menyemai sikap kenegerian. Dalam pegangan agama kita belum pernah saya dengan kita kena sayangkan negeri macam sesetengah pihak. Itu namanya patriotik yang sesat.

Ini mendatangkan kebencian. Walaupun sesetengah pihak suka berkata, 'Kalau orang pantai timur jumpa geng dia, aku kena tingal keseorangan. Dasar orang pantai timur'. Mana boleh kita kata begitu.

Apa yang berlaku adalah 'culture shock' dimana kita dari bandar melawat kawasan kampung, tentunya suasana berbeza. Kebanyakan yang hidup sudah tentu tidak mempunyai kelulusan pendidikan yang sama dengan di bandar. Malang tetapi hidup dibandar di sulami dengan perasaan resah bahawa pendapatan masih tak cukup sebab semua kena bayar dan peluang perlu direbut mengatasi semua orang yang mengejar ke arah yang sama.

Banding pulak orang yang duduk dikampung, keliling rumah dia semua cukup, ada sayur, ulam, ayam dan itik. Kalau nak ikan pergi sawah atau sungai atau mana-mana teluk. Lagipun kerja mereka tak perlukan ketergesaan, proses perkembangan tanaman hanya ada tanda perubahan selepas seminggu. Memang pergerakan mereka perlahan, sebab pekan tu tak besar. Kalau orang yang berniaga mana boleh secekap Mc Donalds sebab tak ramai nak minum macam 'on the run'. Jadi servis diorang pun perlahanlah. Akhirnya kita tengok pulak orang yang minum tu pun bayar lambat sebab, tak ada apa nak dikejar, minumlah secawan hingga 3 jam...

Seperkara lagi, ramai orang kita yang lupa daratan, orang tua kita pun datang dari kampung jugak...


Rozali Abdullah wrote:
Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap orang Melayu di 5 negeri yang saudara lalui. Orang Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui sendiri oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya orang Melayu Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas kerbau banyak-banyak. Masa nak duit tangkap kerbau dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang Kedah juga pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba cari kalau restoran dan kedai runcit Melayu. Yang ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit kedai makan ala Thai milik Melayu Pattani. Ini belum lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau ada pemaju Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub kepada kontraktor bangsa Cina.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]. wrote:
good article to share!

Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bacalah kalau nak tahu.......
CUTI-CUTI MELAYU

Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah beberapa minggu
tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya, walaupun di hujung minggu.
Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai cuti untuk memandu
pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk berehat di Kuantan.
Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat penatnya kerana
penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan fikiran sambil
menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis sebenarnya hanya ingin
lari sekejap dari memikirkan soal kerja.

Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak, bermalam di rumah
saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang dan tinggal dua
malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.

Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating, terus ke Kuala
Terengganu
(PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui Jalanraya Timur Barat,
tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL) untuk pulang ke
rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa tempat sekadar untuk
menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan ada kalanya penulis
juga berhenti untuk membeli belah dan makan.

Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan' pembangkang itu di
sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di Terengganu mengenai
Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan" dengan 'penampilan
khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah tajuk itu kerana penulis
tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat rakyat yang menyokong
golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa atau kemenangan dalam
pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu menunjukkan yang memang itulah
satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk berkuasa dan untuk
menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan ke mana arah rakyat
hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama, bangsa dan negara juga
bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal menang! Penulis
menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya bangsa Melayu
terpedaya oleh mereka.

Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal politik sepanjang
perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke dalam kepala
penulis selama beberapa minit (terutama bila terlihat bendera UMNO lebih
banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding beberapa jam
perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.

Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang menyapa penulis di
sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian penulis. Ini kerana
loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan dengan penampilan
dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju kurung lusuhnya dan
tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil berbual dengannya dan
juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu yang dia berbangsa
Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta dengan lelaki
Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus menetap di sini.

Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang penulis ingin kongsi di
sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa wanita
Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea untuk mereka berniaga,
membuka chalet dan juga menjual pakaian selain mengusahakan batik di
kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong - sekadar untuk perubahan
dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis terkenang betapa
bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan taraf hidup sendiri
tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya datang dari
pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari pembelajaran,
pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita tidak suka belajar,
membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu bagaimana mungkin
akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh mengubah keadaan hidup dan
pemikiran?

Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis berjumpa dengan
sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin untuk mengumpul wang
untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan mereka dengan wang yang
hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang, adalah sekadar
mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat negara orang. Penulis
memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini, iaitu mengambil
risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan rapi, tetapi sehingga
kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis lihat ini penulis
ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka bertanya apa penulis
buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun, cerita penulis
tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya mengundang pendapat
bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk akal.

Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi kebanyakan bangsa
Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka tidak ingin mencari
pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka impikan yang
hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua, ingin sentiasa dalam
keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana mencari pengalaman
seperti sepasang pelancong tadi adalah gila. Meneroka hutan belantara,
melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari tentulah lebih gila
lagi.

Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu mempunyai minat yang
sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini jugalah yang
diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama serta politik kita.
Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan hebat.

Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan menghafal apa yang
di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan segala sesuatu yang
terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber pembelajaran juga.
Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak ada di dalam buku
teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di dalam pelajaran,
tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan, kehidupan dan
pekerjaan.

Dalam pekerjaan, orang Melayu inginkan yang mudah dan ingin menjadi
ketua hatta kadangkala sijaga atau sikerani di jabatan kerajaan juga.
Asal ada sedikit kuasa, sudah bongkak hingga tiada tara. Yang sudah
menjawat jawatan tinggi tentulah lebih hebat lagi bongkaknya. Sedangkan
hasil kerja tidaklah sampai ke mana. Inisiatif dan kreativiti juga tidak
ada kerana terlalu sibuk menjadi ketua dan tidak mahu bekerja jauh
sekali belajar melalui pekerjaan.

Dalam agama, semua ingin terus mencapai ketinggian tanpa melalui asas
pemahaman melalui mengkaji dan menganalisa. Semua ingin menghafal
Al-Quran, tanpa melalui disiplin memahami wahyu. Akibatnya, ada yang
berserban tetapi pengotor atau kaki perempuan atau ada yang hafal
Al-Quran tetapi menjadi haruan makan anak.

Dalam politik pula, semua inginkan wang atau kuasa tanpa ingin bekerja
dan tanpa memahami dan menghayati apa-apa. Jiwa yang kosong itu langsung
tidak memahami perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Susah payah dan
penat lelah perjuangan pemimpin dahulu bukan cara kita kononnya. Itu
cerita dulu, kata bangsa Melayu. Berjuang harus selesa, kononnya.
Pejuang harus berada, kononnya. Tanpa keselesaan, tanpa jaminan, tiada
siapa akan bertungkus lumus membantu dalam mempertahankan pemimpin
negara dan juga negara. Padahal, perjuangan politik di zaman ini tak
semestinya mahal dan susah. Yang menjadikan ia mahal ialah mentality
seperti yang disebut tadi iaitu ingin kelihatan hebat, ingin selesa dan
ingin ambil mudah.

Inilah reality mentality kebanyakan Melayu, walaupun tak semua. UMNO dan
PAS, sama saja. Dan perjalanan melalui 5 negeri di Malaysia itu
memperlihatkan pemikiran bangsa kita dengan jelas sekali. Apabila
memikirkan semua ini, penulis tertanya-tanya sendiri, apakah bangsa kita
sudah tiada harapan lagi?

--
No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.322 / Virus Database: 267.3.3 - Release Date: 5/31/2005









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Take a look at donorschoose.org, an excellent charitable web site for
anyone who cares about public education!
http://us.click.yahoo.com/o5B0yD/8WnJAA/a8ILAA/wDNolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

Disclaimer:-

The contents expressed in this eGroup are those of the person named and are not those of Mahligai. The person named on Mahligai has, as a condition of contributing to this eGroup, agreed to and hereby indemnifies Mahligai against all liability at law for the material contained therein.

Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam eGroup Mahligai ini adalah pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

eGroup Mahligai tidak bertanggungjawab keatas pencerobohan akta hakcipta.

*********************************************
Silakan forward email ini ke teman Anda, dan ajaklah mereka untuk turut menyertai Mahligai

Sila hantarkan sumbangan anda ke alamat: [EMAIL PROTECTED]

Untuk melanggan secara percuma di Mahligai, sila hantarkan satu e-mail kosong ke alamat: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/mahligai/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/




Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links


Discover Yahoo!
Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it out!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke