Kisah Anak Cermelang  Melayu Sekarang.(Harap tak kesemua mcm ni)
 
Ramai anak anak melayu sekarang CEMERLANG. tapi sedih bila baca harian metro 
hari ini. Anak cemerlang tapi diletakkan ibu atau bapa dirumah orang2 tua.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20070418095040/Article/indexm_html

Ada yang berjaya akedemik sampai ke tahap yang tinnggi belajar sampa luar 
negara.Kenapa terjadi sampai macam tu Tepuk Dada Tanya Iman.

Tak sedarkah kita semua, Ibubapa siang malam menjaga kita, Ibu dan bapa tidur 
pun tidur2 ayam menjaga kita masa kecil memastikan takde seekor nyamuk yang 
menghisap darah atau menggangu tidur nyenyak kita.......

Kalau kelaurga yang susah sanggup berlapar utk beri anak2  membesar Dashatkan 
betapa sayangnya dia terhadap anaknya. Bila kita besar dan berjaya.......Apa 
pengorbanan kita kepadanya 

ADAKAH  hantar beliau kerumah orang2 tua....... Sedihkan,,.....

Oleh itu carilah ilmu agama, carilah bakal suami atau isteri yang ada didikan 
agama supaya patuh pada agama dan hormat orang tua.

Kepada yang dah terjadi, masih belum terlambat cepat2 minta ampun dan maaf 
selagi mereka masih ada.....

Jagalah mereka sepertimana mereka menjaga kita semasa kecil.


maaf andai coretan ini menguris jiwa dan perasaan.......




"Hang Jebat"@yahoo.com wrote:                                  Assalamualaikum 
kepada semua
 
 Ini adalah artikal saya yang pertama sekali semenjak menyertai Hidayah
 Group ini.
 
 Dari pandangan saya... semua ini berpunca dari diri kita sendiri.
 Melayu sekarang tak sensetif langsung mengenai Islam. Cth satu parti
 politik menggesa memecat Dato' Mufti Perak. Apa tindakan kita...
 Yang saya tahu hanya PAS saja yang berjuang mempertahankan perkara
 ini. Bagi saya, ini bukan isu politik ini mengenai Islam dan saya
 percaya demontrasi aman yang di lakukan oleh PAS, tak semua orang PAS
 dan saya percaya ada juga orang Umno yang menyertainya. Buangkan
 perbezaan politik... Kalau itu menyentuh sentiviti Islam...
 Insyaallah...
 
 Untuk pengetahuan semua, saya juga telah menghantar surat bantahan
 kepada PM mengenai masalah ini melalui Persatuan/Pertubuhan yang saya
 sertai.
 
 Bandingkan orang Melayu dulu dan sekarang.....
 
 Saya dulu masa kanak-kanak di kampung kalau sebut nama Pak Amin (bukan
 nama sebenar) saya dah takut sebab dia garang. Walau pun dia tuu bukan
 bapa saya TETAPI saya takut.
 Orang Melayu dulu kalau nampak anak Melayu yang buat salah pasti dia
 akan marah (dengan bengis atau menakutkan) kerna dia menganggap anak
 Melayu itu sebagai anak dia sendiri. Tak kira anak siapa pun pasti
 kena. Curi jambu ka, curi rambutan ka, mandi dalam sungai ka, cakap
 perkataan kotor kaa...pasti akan kena marah punya.Hinggakan sampai
 satu tahap kanak-kanak Melayu itu sendiri akan membenci padanya. Bila
 jumpa, kanak-kanak ini akan lari. Takut.... tapi bila dah dewasa kita
 akan terkenangkan beliau...teringat masa kita kanak-kanak... teringat
 nama Pak Amin yang secara tak langsung pernah mendidik kita menjadi
 manusia berguna kepada masyarakat. Menangis bila tahu dia dah
 meninggal dunia...
 
 TETAPI MELAYU SEKARANG....
 
 ahhhhh... biarlah bukan kat tempat kita...
 ahhhhh... bukan kat kampung kita...
 ahhhhh... bukan anak kita...
 
 dan banyak lagi AHHH ..............
 
 Ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak sehinggakan tak boleh di tegur
 oleh orang lain. Kalau orang lain tegur pasti akan bergaduh
 punyalah...
 
 Hooii.. itu bukan nak kau... kau peduli apa....!!!!!
 Kalau anak aku nak jadi apa pun punya pasallah....jangan nak masuk
 campur...!!!!!
 
 Itulah salah satu dialog yang mungkin pernah anda dengar. Anak yang
 akan mewarisi kita di masa depan... Tengoklah apa dah jadi dengan anak
 muda sekarang???? Ada yang tak hormat orang tua...
 
 Saya pun tak nak tulis panjang-panjang. Jadi ini sekadar renungan untuk kita.
 Ubahlah diri kita dari sekarang dan ingat kita akan di tanya satu hari
 nanti apa yang telah kita lakukan.
 
 Yang baik itu dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari diri saya sendiri...
 
 Sekian
 
 Wasalam WBT.
 
 -= Azzam =-
 
 *** Kritik membina dan teguran dari anda semua saya dialu-alukan untuk
 membaiki diri ini...
 
     
                       

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke