Waalaikumusalam wbt,
   
      Melayu sekarang atau Melayu baru yang mau dinobatkan pemerintah yang 
kononnya berjuang untuk Melayu tetapi sebenarnya mau menghancurkan Melayu. 
Mereka sebenarnya berjuang untuk mengisi RM sebanyak-banyaknya dalam poket 
mereka. Kalau ada yang tercicir jadilah habuan orang lain. Bila nak pilihanraya 
tak kiralah pilihanraya kecil kah besar kah pemimpin UMNO kata tak ada dah 
orang lain dari UMNO mampu berjuang untuk Melayu. 
   
      UMNO berjaya ubah minda orang Melayu supaya berjuang untuk pembangunan 
tapi sayang hanya pembangunan material bukan spiritual. Sebab itu kalau ada 
orang UMNO yang marahkan Gerakan yang gesa pecat Mufti Perak, tak ada yang 
berani marah secara terbuka apatah lagi nak HUNUSKAN KERIS. Pendekar Bujang 
Lapuk lebih berani dari pemimpin UMNO !! Macam mana nak hunuskan keris terhadap 
lawan kalau dah dok dalam satu saf, dalam satu BARISAN, susah nak hunus keris 
kepada musuh yang dok sebelah kiri atau sebelah kanan dan bahu bersentuh bahu. 
Kalau musuh dok depan dan kenal dengan jelas barulah senang nak hunus keris.
   
      Pemimpin yang menerajui Melayu sekarang atau Melayu baru iaitu UMNO ajak 
Melayu jadi orang Islam baik-baik. Mereka ajak orang Melayu jangan dok amal 
rasuah, rasuah haram dan adalah musuh negara dan musuh Islam. Masa pilihanraya 
takpalah berilah apa pun ?SUNAT. Pemimpin yang tua ka yang muda ka itulah 
amalan mereka, masa tu tak timbul dah rasuah tu haram rasuah tu musuh negara. 
Macam tulah baru boleh jadi Melayu Baru !! Pemimpin nombor satu kata dia akan 
berjuang hapuskan rasuah tapi apa yang jadi? Hasil perjuangan nya lagi banyak 
rasuah berlaku bukan berkurangan. Bila nak pilihanraya puak Melayu Baru ni lupa 
dah yang ketua dia ajak hapuskan rasuah. Ketua dia sendiri pun lupa !! Bukan 
beri kat budak-budak tapi beri kat yang dah dewasa yang dah tua-tua (pengundi). 
Projek bejuta-juta dalam sekelip mata. Lihatlah di DUN Ijok yang 10 hari lagi 
nak pilihanraya. Jadi apa nak diharap kepada orang-orang yang macam ni untuk 
nak nasihat dan bimbing budak-budak atau para remaja
 agar menjadi insan berguna?    
   
      Setiap yang mereka labur masa pilihanraya bukan percuma walau pun harta 
rakyat yang diguna untuk melabur. Bila dah menang rakyat kena bayar balik tak 
kiralah cara yang bagaimana. Kalau yang dok rumah setinggan kena serah lah 
tanah untuk nak buat perojek. Tak pindah kena robohlah rumah panggil FRU 
panggil jentolak untuk sodok rumah-rumah papan sampai ranap. Kalau tak bagi 
projek kat tauke-tauke tu macam mana nak dapat apa yang dah dilabur!! Setinggan 
kena pindah kecuali kalau tiba-tiba saja tok wakil rakyat kawasan tu mati. Jadi 
penghuni rumah setinggan agaknya kena doakan agar wakil rakyat mati barulah 
rumah mereka selamat !! Bukan takat selamat mungkin dapat buat rumah lebih 
besar !!! Begitulah semangat Melayu Baru yang berkobar-kobar, tindas sama-sama 
Melayu tapi tidur sebantal dengan musuh Islam. Wallahua'lam.
   
      Ibnuali
      Kota Jembal
  

"Hang Jebat"@yahoo.com wrote:
          Assalamualaikum kepada semua

Ini adalah artikal saya yang pertama sekali semenjak menyertai Hidayah
Group ini.

Dari pandangan saya... semua ini berpunca dari diri kita sendiri.
Melayu sekarang tak sensetif langsung mengenai Islam. Cth satu parti
politik menggesa memecat Dato' Mufti Perak. Apa tindakan kita...
Yang saya tahu hanya PAS saja yang berjuang mempertahankan perkara
ini. Bagi saya, ini bukan isu politik ini mengenai Islam dan saya
percaya demontrasi aman yang di lakukan oleh PAS, tak semua orang PAS
dan saya percaya ada juga orang Umno yang menyertainya. Buangkan
perbezaan politik... Kalau itu menyentuh sentiviti Islam...
Insyaallah...

Untuk pengetahuan semua, saya juga telah menghantar surat bantahan
kepada PM mengenai masalah ini melalui Persatuan/Pertubuhan yang saya
sertai.

Bandingkan orang Melayu dulu dan sekarang.....

Saya dulu masa kanak-kanak di kampung kalau sebut nama Pak Amin (bukan
nama sebenar) saya dah takut sebab dia garang. Walau pun dia tuu bukan
bapa saya TETAPI saya takut.
Orang Melayu dulu kalau nampak anak Melayu yang buat salah pasti dia
akan marah (dengan bengis atau menakutkan) kerna dia menganggap anak
Melayu itu sebagai anak dia sendiri. Tak kira anak siapa pun pasti
kena. Curi jambu ka, curi rambutan ka, mandi dalam sungai ka, cakap
perkataan kotor kaa...pasti akan kena marah punya.Hinggakan sampai
satu tahap kanak-kanak Melayu itu sendiri akan membenci padanya. Bila
jumpa, kanak-kanak ini akan lari. Takut.... tapi bila dah dewasa kita
akan terkenangkan beliau...teringat masa kita kanak-kanak... teringat
nama Pak Amin yang secara tak langsung pernah mendidik kita menjadi
manusia berguna kepada masyarakat. Menangis bila tahu dia dah
meninggal dunia...

TETAPI MELAYU SEKARANG....

ahhhhh... biarlah bukan kat tempat kita...
ahhhhh... bukan kat kampung kita...
ahhhhh... bukan anak kita...

dan banyak lagi AHHH ..............

Ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak sehinggakan tak boleh di tegur
oleh orang lain. Kalau orang lain tegur pasti akan bergaduh
punyalah...

Hooii.. itu bukan nak kau... kau peduli apa....!!!!!
Kalau anak aku nak jadi apa pun punya pasallah....jangan nak masuk
campur...!!!!!

Itulah salah satu dialog yang mungkin pernah anda dengar. Anak yang
akan mewarisi kita di masa depan... Tengoklah apa dah jadi dengan anak
muda sekarang???? Ada yang tak hormat orang tua...

Saya pun tak nak tulis panjang-panjang. Jadi ini sekadar renungan untuk kita.
Ubahlah diri kita dari sekarang dan ingat kita akan di tanya satu hari
nanti apa yang telah kita lakukan.

Yang baik itu dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari diri saya sendiri...

Sekian

Wasalam WBT.

-= Azzam =-

*** Kritik membina dan teguran dari anda semua saya dialu-alukan untuk
membaiki diri ini...


         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke