Aku ni bukan pandai sangat. Betulkan aku kalau aku salah. Kita tahu riba tu 
haram, Tapi kenapa Majlis Fatwa tak haramkan orang islam daripada bekerja di 
seven eleven(ada jual arak), di bank-bank konvensional(bunga), dan macam-macam 
lagilah. Kerajaan kita pun ambik cukai minuman keras. Hasil cukai tu 
disumbangkan ke mana ? ke rumah anak-anak yatim atau ke jabatan kebajikan 
masyarakat? atau buat bayar gaji kaitangan kerajaan?
   
  TOLONG BETULKAN AKU KALAU AKU SALAH. TERIMA KASIH.
  
"Azman Hussien"@yahoo.com wrote:
          Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Sumber Utusan Malaysia 
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 )

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai 
dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, 
aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam. 
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah 
pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 
orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan 
Datuk. 

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet 
termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund 
kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba. 
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang 
dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis 
pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan 
sehingga 300 peratus. 

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan 
hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang 
menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 
12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang 
ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang 
menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram. 

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam 
segala bentuk pelaburan seumpama itu.
''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan 
Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya. 

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat 
Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi 
seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti 
mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa 
perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM). 
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet 
ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham 
luar negara. 

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil 
dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang 
setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 
pelabur Malaysia. 

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi 
berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan 
pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi 
undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram. 
Teknologi 

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan 
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang 
menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet. 
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; 
www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; 
www.Arabic.com ; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan 
www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai 
keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali 
sebagai High Yield Investment Programme (HYIP). 
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) 
berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan 
lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada 
para pelabur selama 100 hari. 

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar 
pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi 
deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di 
Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan 
berjaya mengabui mata para pelabur.


Azman Hussien
[EMAIL PROTECTED]
http://www.hartanah-bumiputera.com
Hartanah-Bumiputera adalah laman percuma untuk sesiapa sahaja mengiklankan 
rumah, pangsapuri, banglo,apartment, kondominium, flat, tanah lot atau ruang 
pejabat/kedai atau ladang/kebun. Anda boleh mengiklankan hartanah anda sama ada 
untuk dijual atau disewakan secara percuma selama 365 hari. 



         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke