TAHUKAH ANDA ?

¾ daripada pendapatan / gaji anda dihabiskan untuk

[image: *]      Pembayaran bil-bil elektrik, telefon, air, astro.

[image: *]      Pembayaran pinjaman perumahan dan kenderaan

[image: *]      Pembelian makanan & minuman seharian

[image: *]      Pembelian barangan keperluan bulanan diri, isteri dan anak

[image: *]      Pembelian barangan keperluan rumah.



MAMPUKAH ANDA ?

[image: *]      Menampung kos sara hidup yang semakin tinggi

[image: *]      Menanggung kos kenaikan harga minyak dan tol setiap tahun.

[image: *]      Berbelanja mengikut keinginan anda bukan mengikut kemampuan
anda.



MAHUKAH ANDA ?

Berbelanja dengan membeli barangan keperluan harian anda sambil mendapat
PULANGAN WANG anda kembali. Ikuti langkah mudah ini semudah ABC.



  *Contoh Barang Keperluan Asas*



  1. Berus gigi
  2. Ubat gigi
  3. Sabun mandi
  4. Syampoo
  5. Bedak
  6. Deodorant
  7. Minyak rambut
  8. Sabun basuh
  9. Pelembut kain
  10. Pencuci tandas
  11. Pencuci lantai
  12. Pencuci pinggan
  13. Bedak baby
  14. Mandian baby
  15. Syampoo baby
  16. Tuala wanita (isteri)
  17. Jus minuman
  18. Kopi
  19. The
  20. Perfume





*Di manakah anda berbelanja untuk membeli barangan keperluan ini ?*



Mungkin di : -

Ø       Kedai runcit

Ø       Pasaraya Giant

Ø       Jaya Jusco

Ø       Macro

Ø       Carrefour atau

Ø       Tesco













































Anda telah membelanjakan RM150 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas
diri dan keluarga. Ini bermakna, anda telah habiskan sebanyak :



1 bulan                                     = RM150

1 tahun (12 bulan)                     = RM1800

2 tahun                                     = RM3600

3 tahun                                     = RM5400

4 tahun                                     = RM7200

5 tahun                                     = RM9000

Bermakna jika 10 tahun anda membeli barangan keperluan asas anda ini di
supermarket dan hypermarket tersebut, anda telah menghabiskan sebanyak
RM18000.



APAKAH YANG ANDA DAPAT ?

Hanya ucapan *"terima kasih encik, sila datang lagi"*.



*Adakah anda ingin menjadi pengguna bijak ?*

Membeli barangan keperluan asas diri dan keluarga seperti biasa, tetapi anda
mendapat BONUS berupa wang ringgit setiap bulan.



ü      Perbelanjaan anda RM150 sebulan, *ANDA (pengguna bijak)* akan
dapat *BONUS
*bulanan lebih kurang* RM20 setiap bulan.* Jangan lihat pada nilai RM20 ini
kecil kerana daripada RM20 akan jadi RM200 dan daripada RM200 akan jadi
RM2000. Setidak-tidaknya RM20 ini boleh dibelanjakan untuk isi minyak petrol
anda setiap bulan. Tanpa nilai RM20 anda tidak akan dapat RM2000, SETUJU?



Sekiranya anda dapat  bonus / pulangan wang anda RM20 sebulan, maka pada

*Bulan ke-2*                  = RM 40

*Bulan ke-3*                  = RM 60

*Bulan ke-12    *            = RM 240 dan jika 5 tahun anda menjadi pengguna
bijak, ANDA sudahpun dapat wang anda berjumlah RM 1200. *Adakah ini BERBALOI
?*

* *

*JANGAN BERLENGAH LAGI, AYUH SAUDARAKU AMBIL PELUANG INI UNTUK MENJADI
PENGGUNA BIJAK. TINGKATKAN EKONOMI ANDA DENGAN BERBELANJA SECARA BIJAK. *

* *

*Langkah mudah ini semudah ABC.*

*1)      **A = Ahli*

*2)      **B = Beli Barangan Keperluan ANDA melalui kaedah PENGGUNA BIJAK*

*3)      **C = Ceritakan kehebatan kaedah ini kepada orang yang anda kenal.*

* *

Keterangan lanjut, sila hubungi :

*KU SYAMSUL IZWAN BIN KU YAHYA*

*019-2727068*

(Perunding ekonomi anda dan rakan kongsi anda)



* Bersedia melatih anda menjadi usahawan BERJAYA.








On 4/17/07, AzwanMuhamad <AzwanMuhamad> wrote:

   Salam...

Semalam saya ada menghubungi penghantar email yang bertujuan menarik
pelabur baru untuk sertai swiss cash bertarikh 15 April 2007. Bersama email
tersebut beliau sertakan sekali nombor telefonnya. Saya terus menghantar sms
"Tak baca paper ke pelaburan internet haram". Sejurus itu dia terus
menghubungi saya dan mengatakan "Siapa yang kata haram?". Saya kata Majlis
Fatwa. Dia mempertahankan dgn mengatakan dia di Singapore (padahal nombor
telefon yg keluar jelas menunjukkan dia di Malaysia). Dia kata Malaysia
sahaja yang haramkan. Singapore tak haramkan. Arab Saudi pun tak haramkan.
Saya pun malas nak berdebat panjang kerana tahu DUIT telah menguasai dirinya
hinggakan dia sanggup untuk mencari jalan dan alasan menghalalkan apa yang
diharamkan. Semoga Allah SWT beri taufik dan hidayat kepada saya dan kita
semua untuk hindarkan diri dalam perkara tersebut. (Peringatan untuk diri
sendiri)

*"Azman Hussien"@yahoo.com* wrote:

 Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Sumber Utusan 
Malaysia<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm>
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
)

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang
ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat
ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu
sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang
500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat
Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan
Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss
Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta
yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50
jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji
pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat
sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web
www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan
pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan
hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin
yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan
yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah
haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam
segala bentuk pelaburan seumpama itu.
''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang
berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat
Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan
komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya
aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang
kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan
Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam
pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang
tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih
meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada
lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus
operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank
tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi
undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang
menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz <http://www.abfund.biz/>;
www.WinliFund.com <http://www.winlifund.com/>; www.empay.com;
www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; 
www.GlobalForex.us<http://www.globalforex.us/>;
www.Arabic.com <http://www.arabic.com/>; www.eracapital.com;
www.e-investpro.com; www.GG-trade.com <http://www.gg-trade.com/> dan
www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan
senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya
dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD)
berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan
lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar
kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan
kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus
sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di
Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan
berjaya mengabui mata para pelabur.


Azman Hussien
[EMAIL PROTECTED]
http://www.hartanah-bumiputera.com
Hartanah-Bumiputera adalah laman percuma untuk sesiapa sahaja mengiklankan
rumah, pangsapuri, banglo,apartment, kondominium, flat, tanah lot atau ruang
pejabat/kedai atau ladang/kebun. Anda boleh mengiklankan hartanah anda sama
ada untuk dijual atau disewakan secara percuma selama 365 hari.




 ------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Try
it 
now<http://uk.answers.yahoo.com/;_ylc=X3oDMTEydmViNG02BF9TAzIxMTQ3MTcxOTAEc2VjA21haWwEc2xrA3RhZ2xpbmU>.




Kirim email ke