Kawan-kawan tolong bezakan antara halal dengan yang dibenarkan. Kedai
arak dan kedai judi juga rumah urut yang dibenarkan dengan mengeluarkan
lesen bukan bermakna halal. Jadi janganlah dikatakan halal. Orang islam
tetap haram. Orang islam yang perlukan khidmat itu semuanya melakukan
kerja haram walaupun ditempat yang ada lesen. Kerajaan tidak
menghalalkan tetapi membenarkan beroperasi untuk orang bukan islam.
Jangan kelirukan fikiran orang yang orang lemah iman dan pengetahuan
tentang islam.


Ahmad Baei Jaafar
Editor Agama 
Sinar Harian
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]

 

Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran
Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel:
03-51013829, Faks: 03-51013605, H/P: 017-8844013. Laman sesawang:
www.karangkraf.com


-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of "Jamaludin Hashim"
Sent: Saturday, April 21, 2007 1:35 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelaburan saham melalui
Internet haram - Majlis Fatwa

Saye setuju dgn pendapat kwn awk tu......di Msia sumer nyer haram kalau
tak de lesen Jual no ekor, kalau tak lesen pun Haram, cube kalau ade
lesen, rumah pelacur pun boleh HALAL..
dan segale mcm mak nenk lagi boleh Halal, asalkan ade lesen dan
kepentingan pihak tertentu...,

 
On 4/16/07, AzwanMuhamad <AzwanMuhamad> wrote: 

        
        Salam...
         
        Semalam saya ada menghubungi penghantar email yang bertujuan
menarik pelabur baru untuk sertai swiss cash bertarikh 15 April 2007.
Bersama email tersebut beliau sertakan sekali nombor telefonnya. Saya
terus menghantar sms "Tak baca paper ke pelaburan internet haram".
Sejurus itu dia terus menghubungi saya dan mengatakan "Siapa yang kata
haram?". Saya kata Majlis Fatwa. Dia mempertahankan dgn mengatakan dia
di Singapore (padahal nombor telefon yg keluar jelas menunjukkan dia di
Malaysia). Dia kata Malaysia sahaja yang haramkan. Singapore tak
haramkan. Arab Saudi pun tak haramkan. Saya pun malas nak berdebat
panjang kerana tahu DUIT telah menguasai dirinya hinggakan dia sanggup
untuk mencari jalan dan alasan menghalalkan apa yang diharamkan. Semoga
Allah SWT beri taufik dan hidayat kepada saya dan kita semua untuk
hindarkan diri dalam perkara tersebut. (Peringatan untuk diri sendiri) 
        
        
        "Azman Hussien"@yahoo.com wrote:
        

                Pelaburan saham melalui Internet haram - Majlis Fatwa
                
                Sumber Utusan Malaysia
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm>  
                (
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Ma
laysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm> )
                
                Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI
ABDUL KARIM
                
                KUALA LUMPUR 12 April - Ketika wujud gelombang besar
penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang
menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan
sebagai haram di sisi Islam. 
                Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di
Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan
melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan
dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk. 
                
                Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua
bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang
kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas
mengandungi unsur riba. 
                Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk
kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim
SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi
orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus. 
                
                Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru
yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever
menerusi laman web www.iluf.biz <http://www.iluf.biz/>  yang menjanjikan
pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12
bulan dan www.ugifund.com <http://www.ugifund.com/> yang dilancarkan
hari ini.
                Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr.
Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu
memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap
seperti ditawarkan SwissCash adalah haram. 
                
                Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan
umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.
                ''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada
pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,''
katanya. 
                
                Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet
pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam
pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
                Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang
mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak
tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia
(BNM). 
                Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti
skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur
dalam pasaran-pasaran saham luar negara. 
                
                Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya
SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan
keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira
RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia. 
                
                Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi
dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di
bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.
                Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash
adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara
haram. 
                Teknologi 
                
                Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya
menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi
beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan
menerusi alam maya Internet. 
                Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz
<http://www.abfund.biz/> ; www.WinliFund.com <http://www.winlifund.com/>
; www.empay.com <http://www.empay.com/> ; www.buyebarrel.us
<http://www.buyebarrel.us/> ; www.eaindex.com <http://www.eaindex.com/>
; www.fical.us <http://www.fical.us/> ; www.GlobalForex.us
<http://www.globalforex.us/> ; www.Arabic.com <http://www.arabic.com/> ;
www.eracapital.com <http://www.eracapital.com/> ; www.e-investpro.com
<http://www.e-investpro.com/> ; www.GG-trade.com
<http://www.gg-trade.com/>  dan www.smartindex.net
<http://www.smartindex.net/> .
                
                Dengan membuka laman web www.jutawan.com
<http://www.jutawan.com/> , pelayar boleh mendapatkan senarai
keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali
sebagai High Yield Investment Programme (HYIP). 
                Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang
Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
                Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu
menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus
sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari. 
                
                Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika
dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan
iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi
pasaran modal.
                Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman
web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya
didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.
                
                
                Azman Hussien
                [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
                http://www.hartanah-bumiputera.com
<http://www.hartanah-bumiputera.com/> 
                Hartanah-Bumiputera adalah laman percuma untuk sesiapa
sahaja mengiklankan rumah, pangsapuri, banglo,apartment, kondominium,
flat, tanah lot atau ruang pejabat/kedai atau ladang/kebun. Anda boleh
mengiklankan hartanah anda sama ada untuk dijual atau disewakan secara
percuma selama 365 hari. 
                
                 


        
________________________________

        Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the
answer. Try it now
<http://uk.answers.yahoo.com/;_ylc=X3oDMTEydmViNG02BF9TAzIxMTQ3MTcxOTAEc
2VjA21haWwEc2xrA3RhZ2xpbmU> . 

        

        

        


 

Kirim email ke