Haram Perdana Menteri meletak kalungan bunga di tugu!         Azamin Amin 
Wed | Aug 01, 07 | 10:25:00 AM       KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) -      Perdana 
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan perbuatan yang 
melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti berhubung perbuatan 
meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di 
Tugu Peringatan Negara semalam.   Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata 
hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa 
berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan 
seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu 
menghindari dan menghormati hukum tersebut.   "Tindakan ini selain membelakangi 
fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam," 
katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net sebentar tadi.   "Tetapi tiada 
hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan
 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh 
para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.   Perbuatan 
ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan 
celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana 
telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut 
mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.   Katanya adalah sesuatu yang 
ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah 
negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan 
perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu 
sendiri.   "Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita 
mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara 
ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.   "Jadi, sekali lagi kita mahu 
penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan
 perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan 
mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama," katanya.   
Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan 
Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala 
perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.   Katanya 
mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik 
dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, 
aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan 
daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.   "Islam 
juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan 
semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung 
bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah 
dahulu," katanya.   Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan
 melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan 
pada ketika ang lain pula melanggari secara terang-terangan.   Fatwa-fatwa yang 
mengharamkan kalungan bunga di tugu negara   "Malam berdoa dan melakukan ibadat 
tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas 
ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini," katanya.   Menurut satu 
laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan 
dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan 
kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat 
kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan 
tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.   Manakala Fatwa Mufti 
Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 
setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut 
subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : ¡°Meletakkan kalungan bunga di
 Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara 
lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.¡±   Begitu juga dengan Fatwa 
Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara¡¯ dan 
hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman 
Allah dalam surah al Maidah ayat 90.   Ayat itu bermaksud:¡±Wahai orang-orang 
yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al 
azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah 
kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya¡±.   Dan keterangan kepada ayat 
itu memberi maksud bahawa ¡°Al-Ansab¡± merupakan batu orang-orang jahiliyah 
sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah 
ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah 
beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu. - mks. 

       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke