Part nii...saya rasa lebih kepada nawaitu kita...
   kalau hanya letakkan tapi hati tetap pada Allah SWT
   walaupun bertafakur sebentar sebagai mengingati
   penjuangan mereka....saya rasa tak menjejaskan akidah
   kita....bukannya disembah patung tuu...
   Tapi mungkin cara begini tak harus dibuat lagi kerana
   fitnah manusia tambahan masih banyak cara cara yang
   digalakkan oleh Islam...Mengapa tidak kita turuti dan perhebahkan.

   Maafkan saya jika tersalah...
   Fikir fikirkan

  ----- Original Message -----
  From: [EMAIL PROTECTED]
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Friday, August 03, 2007 10:11 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Haram Perdana Menteri meletak 
kalungan bunga di tugu!



  apa bezanya memberi bunga kepada org??
  apa bezanya kalung bunga kat leher org??
  apa bezanya kalung bunga kat gambar??
  apa bezanya menatap gambar ???

  soal akidah  hanya Allah sahaja yg tahu....

  pendapat ku shaja



        Eddy Izwan Musa
        Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
        02/08/2007 07:38 AM Please respond to
              hidayahnet@yahoogroups.com


       To hidayahnet@yahoogroups.com
              cc
              Subject Help Palestine [hidayahnet] Haram Perdana Menteri meletak 
kalungan bunga di tugu!







        Haram Perdana Menteri meletak kalungan bunga di tugu!


        Azamin Amin Wed | Aug 01, 07 | 10:25:00 AM
        KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) -

        Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan 
perbuatan yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti 
berhubung perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari 
Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam.
        Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu, 
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang 
melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang 
jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati 
hukum tersebut.
        "Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari 
hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi 
Harakahdaily.net sebentar tadi.
        "Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas 
dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh 
para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.
        Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat 
Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa 
oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri 
yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.
        Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa 
bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan 
Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama 
seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri.
        "Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita 
mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara 
ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.
        "Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa 
yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau 
sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari 
segi hukum agama," katanya.
        Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya 
menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan 
segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.
        Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu 
perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan 
seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati 
Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.
        "Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk 
menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan 
mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman 
jahiliyah dahulu," katanya.
        Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana 
tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika 
ang lain pula melanggari secara terang-terangan.
        Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara
        "Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan 
syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam 
Hadhari ini," katanya.
        Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa 
adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat 
dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh 
menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak 
dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
        Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen 
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa 
Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : 
¡°Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari 
Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.¡±
        Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan 
adalah ditegah oleh syara¡¯ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu 
termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.
        Ayat itu bermaksud:¡±Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, 
judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah 
najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya 
moga-moga kamu berjaya¡±.
        Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa ¡°Al-Ansab¡± 
merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat 
kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama 
seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam 
ayat 90 itu. - mks.





------------------------------------------------------------------------------
  Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.



   

Kirim email ke