Telah ada beberapa / pelbagai comment yang dah disebut. 

Saya minta lindung kita mengutarakan pandangan peribadi semata terutamanya 
dalam perkara yang melibatkan aqidah dan syirik (khafi) dan tersebunyi, kalau 
lah kita bukan ahli dalam bidang. Ilmu aqidah bukan boleh dibicarakan mengikut 
pandangan terbuka semata malah yang penting kefahaman & ketentutan yang Allah 
minta hendaklahdi letakkan di hadapan.


Tak dapat dinafikan memang yang mati adalah Islam/Melayu, dan yang sentiasa 
meletakkan kalungan bunga pun adalah Melayu/Islam dan sebahagian pemimpin besar 
negara kita, pun Islam.

Atas dasar itu (sila rujuk penjelasan Mufti dalam website) maka diwartakan 
tindakan itu adalah HARAM di sokong dengan ramai Mufti tanpa bantahan. Tindakan 
tersebut dibahaskan dengan amat luas. Sudah lama, dan sudah beberapa kali juga 
tindakan itu dah tak dilakukan kerana memahami tindakan mufti itu.

Persoalannya... saya tak kata niat mencukupi, itu salah sebab Islam bukan 
tertegak dengan niat sahaja. Iman perlu dipelihara & dijaga, dan Iman seorang 
Imam atau Pemimpin melangkaui jauh lebih penting dari iman orang-orang bawahan 
pengikut sebab sedikit silap di atas akan membawa bencana kehancuran akidah di 
bawahan. Perkara harus pada pengikut boleh jatuh wajib pada pemimpin dalam 
beberapa hal mengikut kaedah fiqh...

Saya masih tak nampak mengapa suatu yang digazetkan haram tersebut perlu di 
bantah oleh seorang pemimpin negara Islam yang dikatakan faham agama, seolahnya 
tak pernah pentingnya wujud fatwa keharaman tersebut.

Baik tak payah lantik mufti jika tidak dihormati institusi itu. Boleh teruskan 
buat sure heboh yang aktivitinya telah dinyatakan haram, dan apabila pemerintah 
telah dengan berani melakukan perkara yang bertentangan dengan gazet fatwa, 
apatah lagi yang kita harapkan pada ummat sekarang...?

Itulah permasalahan kita sekarang apabila pemikiran terbuka telah tidak dikawal 
oleh iman dan aqidah telah menjadi perkara enteng.


Wallahu'alam.





  ----- Original Message ----- 
  From: abu samah 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Monday, 06 August, 2007 8:17 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Haram Perdana Menteri meletak 
kalungan bunga di tugu!



     Part nii...saya rasa lebih kepada nawaitu kita...
     kalau hanya letakkan tapi hati tetap pada Allah SWT 
     walaupun bertafakur sebentar sebagai mengingati 
     penjuangan mereka....saya rasa tak menjejaskan akidah
     kita....bukannya disembah patung tuu...
     Tapi mungkin cara begini tak harus dibuat lagi kerana
     fitnah manusia tambahan masih banyak cara cara yang
     digalakkan oleh Islam...Mengapa tidak kita turuti dan perhebahkan.

     Maafkan saya jika tersalah...
     Fikir fikirkan
     
    ----- Original Message ----- 
    From: [EMAIL PROTECTED] 
    To: Ikhwanul Muslimun 
    Sent: Friday, August 03, 2007 10:11 AM
    Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Haram Perdana Menteri meletak 
kalungan bunga di tugu!



    apa bezanya memberi bunga kepada org?? 
    apa bezanya kalung bunga kat leher org?? 
    apa bezanya kalung bunga kat gambar?? 
    apa bezanya menatap gambar ??? 

    soal akidah  hanya Allah sahaja yg tahu.... 

    pendapat ku shaja 



          Eddy Izwan Musa 
          Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com 
          02/08/2007 07:38 AM Please respond to
                hidayahnet@yahoogroups.com 


         To hidayahnet@yahoogroups.com  
                cc  
                Subject Help Palestine [hidayahnet] Haram Perdana Menteri 
meletak kalungan bunga di tugu! 

                

         



          Haram Perdana Menteri meletak kalungan bunga di tugu!  


          Azamin Amin Wed | Aug 01, 07 | 10:25:00 AM  
          KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - 
            
          Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan 
perbuatan yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti 
berhubung perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari 
Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam. 
          Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun 
lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang 
melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang 
jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati 
hukum tersebut. 
          "Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari 
hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi 
Harakahdaily.net sebentar tadi. 
          "Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas 
dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh 
para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya. 
          Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat 
Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa 
oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri 
yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya. 
          Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa 
bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan 
Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama 
seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri. 
          "Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita 
mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara 
ini sebuah negara Islam," soalnya lagi. 
          "Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa 
yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau 
sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari 
segi hukum agama," katanya. 
          Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya 
menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan 
segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata. 
          Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu 
perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan 
seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati 
Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan 
agama. 
          "Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk 
menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan 
mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman 
jahiliyah dahulu," katanya. 
          Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan 
melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada 
ketika ang lain pula melanggari secara terang-terangan. 
          Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara 
          "Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan 
perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN 
dan Islam Hadhari ini," katanya. 
          Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, 
bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 
saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh 
menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak 
dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak. 
          Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen 
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa 
Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : 
¡°Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari 
Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.¡± 
          Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu 
peringatan adalah ditegah oleh syara¡¯ dan hukumnya haram kerana perbuatan 
seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 
90. 
          Ayat itu bermaksud:¡±Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya 
arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) 
adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya 
moga-moga kamu berjaya¡±. 
          Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa ¡°Al-Ansab¡± 
merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat 
kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama 
seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam 
ayat 90 itu. - mks.  




----------------------------------------------------------------------------
    Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links. 




   
/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/

Kirim email ke