Bila saya membaca tulisan tulisan saudara, saya pun kekadang kasihan juga 
melihatkan apa yang terjadi dengan bangsa melayu ni. keresahan demi keresahan, 
diluahkan seperti tidak ada yang hendak mendengarnya. Hari hari buka dan baca e 
mel dalam laman ini saja, terlihat keluhan. Terpancar seperti bangsa yang telah 
tiada harapan. Terasa seperti nak jadi apa, jadilah. Seperti orang yang tiada 
harapan kepada bangsa sendiri, pemimpin sendiri. Terasa seperti bangsa melayu 
ini bangsa paling bangsat dalam strata kaum kaum didunia. Harapkan memegang 
amanah, dia mungkir. Harapkan dia membantu, dia meminta. Teruk sangat ke bangsa 
ini, sehinggakan para menterinya tidak boleh dipercayai. Kalau sudah tidak 
boleh dipercayai, baik kita hapuskan saja bangsa laknat ini daripada berada di 
muka bumi ALLAH. Kerana ini yang dikatakan malaikat kepada ALLAH TAALA pada 
masa lalu, kebimbangan mereka bahawa manusia akan berbunuh bunuhan dan 
melakukan kehuru haraan dimuka bumi ini, sambil berbuat
 mungkar dan zalim sesema sendiri. Adakah manusia itu bangsa Melayu?
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Aswt,
      Inilah cara Melayu menjadi mainan bangsa sendiri. Segalanya mesti diberi 
imej baik. Biar ianya tembearang asalkan nampak cemerlang dan terbilang!! Macam 
juga laporan Ketua Audit Negara yang memeranjatkan. Pemutar screw dibeli dengan 
vot kerajaan RM200 lebih untuk satu sedangkan kalau beli secara tunai dalam 
RM30 saja, Mengapa begitu? Saya rasa sistem sebut harga digunapakai supaya yang 
murah tapi agak berkualiti dibeli tapi tak taulah mungkin pembelian dibawah 
RM10 ribu tak payah pakai sebut harga. Lebih ?RM20 ribu baru kena melalui sebut 
harga. Lebih RM100 ribu baru kena tender terbuka? Tapi kalau yang berjuta atau 
berbilion dengan  kuasa yang ada pada Pak Pak Menteri tak perlu tender, cukup 
dengan cara anugerah saja? Bila anugerah takkan nak beri kepada yang tak kenal 
kut biar pun dia Melayu. Yang layak mungkin Patrick Badawi macm kat Terengganu. 
Maka nak kena tutuplah cerita ni. Biar orang luar Terengganu saja tau tapi 
orang dekat-dekat Batu Buruk tak boleh
 dibagitau. Silap-silap bulan boleh mengambang semula kat Terengganu kalau 
cerita ni pakat tau belaka!!
   
     Prinsip puak ni ialah cakap lain buat lain. Yang dibawah kena ikut aturan, 
yang diatas ikut pandai mereka. Tabiaat ni bukan saja yang memimpin lakukan 
yang kena pimpin pun dah ikut jejak pemimpin. Kedai Melayu kalau gerai makan 
atau restoran tak bimbang ramai Melayu masuk sebab dia ambil kira juga halal 
haram tapi kalau kedai lain-lain barangan payah Melayu nak masuk.Kat Kelantan 
pun masih susah nak ubah mentaliti ini. Bengkel baiki kenderaan saya rasa 
budak-budak mekanik Melayu pun ramai dah yang cekap-cekap tapi saya tengok 
dalam lima bengkel satu saja yang dimiliki orang Melayu/ Islam kita tu pun 
boleh bilang berapa buah kereta saja dalam sehari melanggan khidmat mereka!! 
Saya dah 10 tahun kat Kelantan tak tukar mekanik tetap dengan mekanik Melayu 
yang sama walau pun ada pelanggan lain kata agak mahal sikit. Dia orang UMNO 
tapi dia kata dia tak undi BN, Wallahua'lam. 
   
      Maka memang betul Melayu akan terus terpinggir kerana Melayu sendiri tak 
percaya dengan Melayu tapi ada juga Melayu yang memang menipu apabila 
berurusan. Anggaplah itu secara peribadi. Yang berat nya ialah orang yang kita 
beri kuasa beri amanah dan dia pun berjanji bersih cekap amanah dan mai la ni 
pula cemerlang terbilang rupanya temberang. Apa tidaknya dia buat negeri ni 
macam bapa dia punya. Itulah yang terjadi kat Terangganu tapi umumnya cerita ni 
berlaku kat Malaysia sama lamanya dengan 50 tahun merdeka cuma yang parahnya 
ialah sejak dua PM yang terakhir ni. Bahkan yang la ni lagi parah,  agama yang 
Allah dah sempurnakan melalui kitabnNya al Quran pun diberi jenama semula - 
Islam Hadhari. Agama pun sanggup dipermainkan. Dua tiga hari lepas Presiden 
Bush pun puji Islam Hadhari anjuran PM Malaysia ni bagus maka tentu kembanglah 
punggung UMNO kalau dah bapa segala orang kafir pun puji Islam Hadhari!! 
Buatlah kampung Hadhari, pendidikan Hadhari tapi janganlah Islam
 pun nak letak Hadhari juga!! Agama Allah tu dah sempurna!!! Yang tak sempurna 
ialah kita mengapa agama jadi mangsa?? Allahuakabar!
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED] wrote:
      
1)Ada agenda di sebalik soalan ramalan yang 100% tepat 
itu......................bila keputusan UPSR akan keluar???ada agenda politik 
disebalik yg berlaku ini 
   untuk di gunakan sebagai modal temberang betapa sistem dan perubahan 
pendidikan telah mencaapai kejayaan.....kesian bangsa melayu 
   pemimpin mereka hanya untuk berkuasa saja bukannya utk berkuasa demi merubah 
nasib melayu yang kian terpinggir... 

2)Apa nak di herankan ibubapa sepatutnya gembira anak mereka mendapat 5A atas 
segala usaha pelbagai pihak...........kan usaha juga tu. 
    Bukankah sistem pendidikan dan pemikiran kita hanya mementingkan keputusan 
saja...bagaimana dicapai tak menjadi kisah!!! 
    Kita di telah di didik belajar pandai dapat result bagus boleh dapat kerja 
bagus 
    sepatutnya sistem perlu melahirkan manusia melayu yg mampu hidup bukan 
hanya bergantung makan gaji sahaja.... 

 3) penguasa yang berkuasa  bukan di kalangan org ingin bertanggungjawab pada 
bangsanya tapi kerna gaji yg diterima utk terus hidup 
      tanpa ada rasa "apa nak jadi anak bangsa ku 20 tahun akan datang" 

4)Umat Melayu sedarlah kita minda di telah di belenggu oleh kata kata pemimpin" 
kita harus bersatu untuk terus kekal berkuasa....kerna 
    itu saja kekuatan kita sekarang..........bla bla bla" .kita ditakutkan atau 
di provokan supaya kuasa melayu melalui terus kekal tapi melayu 
    terus tertipu atas semangat muhibbah yang di laung oleh pemimpin demi 
sayang pada kuasa utk mudah hidup.Hakikatnya 
    bangsa lain tak pernah fikir pasal muhibbah...."gua apa paluli janji gua 
bole dapat banyak wang......".Lihat suasana sekitar 
    sekarang bangsa asing boleh berniaga mudah di kawasan melayu tapi di 
kawasan mereka sukar melayu nak bertapak... 
   hampassssssssssssssssss.....fikirkanlah.biarlah  kerajaan sekarang  tak 
dapat 2/3 bila kita sokong org yg ikhlas berparti 
  kerana bangsa melayunya...baru kita akan saksikan hati perut sebenar bangsa 
yg di bawa penjajah masuk ke tanah melayu ini 
  maka kita akan tahu pemimpin sebenar di kalangan org melayu...... 






        muhammad haleem 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com   05/09/2007 07:37 PM           Please 
respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


            To
  hidayahnet@yahoogroups.com       cc
        Subject
  Help Palestine [hidayahnet] UPSR... Bangga Dan Seronok
          



Bangga dan seronok.   Tahun depan anak saya yang akan masuk  tahun 6, tak mahu 
masuk 
kelas di sekolahnya. Katanya beliau akan ikuti beberapa kursus bahasa arab dan 
Quran, dan akan ambil tusyen UPSR sebulan saja. 
  
Dengan yakin dia kata dia akan dapat 5 A !!. 
  
Masakan tidak !  Katanya hampir semua kawan tahun 5 nya yang ditanya tentang 
UPSR, 
KACANG !   5 A. . 
Guru-guru nya banyak tersenyum walaupun  ada yang malu nak bercakap tentang 
kertas fotokopi dan soalan ramalan yang  berbetulan sama 100 peratus dengan 
kertas soalan UPSR harini dan dua hari sebelumnya. 
  
Saya sempat bertanya dengan ketua pengawal peperiksaan UPSR di sebuah sekolah 
semalam. Kata pegawai tersebut, kertas BM memang bocor, kertas Matematik memang 
sebijik keluar di banyak tempat. '" Tak da apa-apa tindakan ? Mungkin tak ada 
ulangan peperiksaan ? Mana ada ulangan, SPM pun tak ulang...! 
  
Petang itu (semalam ) di tv heboh tentang kertas soalan bahasa Inggeris dan 
format jawapan (yang disediakan oleh guru ) dah beredar di tempat awam. 
Ramailah yang berjaya mendapatkannya. Hampir-hampir semua murid darjah 6 dah 
dapat soalan tersebut. Dengan penuh keyakinan saya mengatakan tentu pihak 
berkuasa terlibat akan menggunakan set soalan lain esok sebab kebocoran itu 
dilaporkan oleh Media TV  semalam.. 
Namun tekaan saya meleset. 
  
Syabas Lembaga Peperiksaan ! 
Syabas Persatuan Guru-Guru 
Syabas Masyarakat Merdeka Setengah Abad ! 
       Nilai Murni dan Jati Diri yang semakit tertinggkat ! 
  
Anak saya dengan yakin dapat menggondol 5 A tahun depan dengan peningkatan 
nilai murni masyarakat Cemerlang dan Tembelang yang akan diWarisi sehimgga 
tahun depan. Beliau bercita-cita mendapatkan salinan UPSR 2008, mungkin 2 ,3 
bulan sebelum peperiksaan tersebut....... 
  
Malaysia Boleh !!!             
---------------------------------
  Yahoo! Answers - Get better answers from someone who knows. Try it now.   






    
---------------------------------
  Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.    
---------------------------------
  Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.  

                         

       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Kirim email ke