Saya tidak digolongkan dalam keluarga melayu yang lemah ini. Saya hanya seorang 
hamba ALLAH, yang melaksanakan kerja kerja ALLAH, untuk menyebarkan kata kata 
benar, tanpa menyebelahi sesiapa dengan amanah saya menyampaikannya, hasil dari 
sedikit kebijaksanaan yang ALLAH anugerahkan ini.Saya rasa terpanggil untuk 
memaklumkan dan sekadar membawa kesedaran kepada makhluk yang lain sebagaimana 
amanah NYA. Saya berkata demikian kerana timbul rasa kasihan, rasa marah dimana 
makhluk ALLAH ini berpuak puak dengan berlandaskan ajaran Islam yang mereka 
sendiri tidak benar benar memahami atau yang telah di pusing terbalikkan atas 
rasa dendam kesumat yang amat sangat kononnya untuk membetulkan negara ini dari 
cengkaman pemimpin yang hanya bisa membesarkan temboloknya sahaja. Dalam 
tulisan saya terdahulu, jika diteliti, tidak sedikit pun mengarah kepada 
pemimpin atau yang di pimpin. Disisi ALLAH semuanya pemimpin iaitu khalifah 
diatas muka bumi dirinya sendiri. Apa yang saya serukan
 kepada kaum tersebut adalah saling bekerjasama, hormat menghormati diantara 
satu dan lain, bersatulah atas kasihkan ALLAH. Saya juga mengesyurkan supaya 
bersatu dibawah satu kepimpinan tidak kiralah siapa yang memimpin, supaya 
ujudnya kekuatan. Sekiranya Melayu hendak terus relevan dalam dunia melayu. 
Jika tidak, berperang sajalah sesama sendiri seperti di palestine hingga negara 
sedikit demi sedikit diambil orang pun tidak terbela. Melayu tidak relevan 
disisi ALLAH kerana ia satu kaum dari berjuta kaum makhluk ciptaannya. Bahasa 
Melayu juga tidak relevan disisi ALLAH, DEB dan ekonomi melayu juga tidak 
relevan disisi ALLAH. Apa yang relevan adalah suhudnya makhluk kehadrat ILLAHI. 
Bagaimana makhluk ini berusaha atas kasihkan ALLAH, berbincang atas kasihkan 
ALLAH, saling menghormati atas kasihkan ALLAH. Jika ALLAH berkehendakkan 
sesuatu, bukan sekadar pemimpin UMNO ditukar gantikan, negara Malaysia sendiri 
boleh dihapuskan dari muka bumi ini. Sedangkan semasa tempiasan
 tsunami pun sudah cukup menjadikan manusia manusia di sini kelam kalibut, 
tempiasan gempa bumi juga telah menyebabkan mereka bercicitan meninggalkan 
bangunan terbilang di putrajaya, untuk menyelamatkan nyawa masing masing. Hari 
ini, tidak usahlah bilang pemimpin UMNO, pemimpin mana pun kalau sudah 
berkuasa, jika gila keduniaan akan hanyut dalam ombak kesesatan. Mereka yang 
belum berkuasa ibarat peminta sedekah dipinggir jalan, senantiasa waspada, 
sentiasa beringat, sentiasa berdoa sambil menadah tangan. Itu sebabnya ALLAH 
wajibkan umat Islam berpuasa agar dapat merasai keistimewaan ini yang mungkin 
sudah dilupai atas sebab kealpaan atau kerana kewajipan dunia. Saya gembira 
kerana ada manusia yang marah dengan tulisan saya ini, dan memang itulah 
tujuannya untuk memberi kesedaran kepada semua yang boleh berubah, sebab kuasa 
itu bukan ditangan saya, sebaliknya di tangan ALLAH swt. Saya tau, tuan pun 
tau. Cuma yang tidak taunya, mengapa jadi begitu, dan apa yang boleh
 dilakukan untuk memperbaiki keadaan ini, biar sedikit zarah jua, kalau boleh 
berubah, alhamdulillah saya ucapkan. 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:            Aswt,
     Apa yang istimewa sangat dengan Melayu sapa yang kisah dengan Melayu? UMNO 
kisah sangat ka? Apa jadi dengan Bahasa Melayu sampai pejuang bahasa pun dah 
tak taruh harapan lagi!! DEB yang nak mertabatkan ekonomi Melayu apa jadi? 
Bukan kerana Melayu tak mampu tapi kerana pemimpin Melayu yang lebih pentingkan 
tembolok mereka maka sasaran 30% itu entah yang tinggal mungkin 3%?? Tapi 
apalah sangat yang nak dipertahankan Melayu? Memang saya tidak taruh harapan 
dengan Melayu tapi bukan dengan semua orang Melayu cuma pemimpin dikalangan 
mereka. Tak ada salah tak perjuang Melayu pun, apa adakah mana-mana ayat dalam 
al Quran perintah supaya perjuangkan Melayu?? Tapi kalau membiarkan puak-puak 
ini bermaharajalela apakah kita akan diselamatkan oleh Allah swt?? 
   
      Saudara sendiri pun tak kurang dok kutuk Melayu tapi kutukan saudara 
hanya ditujukan kepada yang dibawah sana macam juga bila saya tengok forum 
perdana ehwal Islam. Semua yang mereka ajak umat Islam buat memang itulah yang 
Islam perintahkan tapi yang diajaknya hanya makcik pakcik dikampung, 
budak-budak kat sekolah!! mengapa tak ajak pak pak menteri Melayu, 
pemimpin-pemimpin UMNO ikut buat apa yang Islam suruh??  Memang ada pak menteri 
suruh rakyat jadi baik tapi mereka pula?? Islam  memang anggap keji orang 
seperti ini yang ajak orang lain buat baik tapi dia pula tidak buat apa yang 
dia suruh orang lain buat!! Suruh rakyat berjimat tapi adakah mereka turut 
berjimat?? Kalau nak selamat ikut saja jalan Islam insyaAllah Melayu akan 
selamat!! Melayu kena kembali kepada Islam baru akan jadi bangsa yang selamat 
kalau tidak Allah sendiri akan memusnahkan bangsa Melayu. Tak perlu sapa nak 
laknatkan bangsa Melayu nak hapuskan Melayu itu kerja Allah keatas mana-mana 
saja kaum
 yang engkar!!  Isunya Melayu bukan bangsa lain, adakah kerana ada bangsa lain 
kacau bilau kita tak perlu sangat nak persoalkan bila Melayu jadi kacau bilau?? 
Ini cakap orang yang dah putus asa dan putus asa ni bukan ciri orang Islam. 
Wallahu'alam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Bila saya membaca tulisan tulisan saudara, saya pun kekadang kasihan 
juga melihatkan apa yang terjadi dengan bangsa melayu ni. keresahan demi 
keresahan, diluahkan seperti tidak ada yang hendak mendengarnya. Hari hari buka 
dan baca e mel dalam laman ini saja, terlihat keluhan. Terpancar seperti bangsa 
yang telah tiada harapan. Terasa seperti nak jadi apa, jadilah. Seperti orang 
yang tiada harapan kepada bangsa sendiri, pemimpin sendiri. Terasa seperti 
bangsa melayu ini bangsa paling bangsat dalam strata kaum kaum didunia. 
Harapkan memegang amanah, dia mungkir. Harapkan dia membantu, dia meminta. 
Teruk sangat ke bangsa ini, sehinggakan para menterinya tidak boleh dipercayai. 
Kalau sudah tidak boleh dipercayai, baik kita hapuskan saja bangsa laknat ini 
daripada berada di muka bumi ALLAH. Kerana ini yang dikatakan malaikat kepada 
ALLAH TAALA pada masa lalu, kebimbangan mereka bahawa manusia akan berbunuh 
bunuhan dan melakukan kehuru haraan dimuka bumi ini, sambil
 berbuat mungkar dan zalim sesema sendiri. Adakah manusia itu bangsa Melayu?
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Aswt,
      Inilah cara Melayu menjadi mainan bangsa sendiri. Segalanya mesti diberi 
imej baik. Biar ianya tembearang asalkan nampak cemerlang dan terbilang!! Macam 
juga laporan Ketua Audit Negara yang memeranjatkan. Pemutar screw dibeli dengan 
vot kerajaan RM200 lebih untuk satu sedangkan kalau beli secara tunai dalam 
RM30 saja, Mengapa begitu? Saya rasa sistem sebut harga digunapakai supaya yang 
murah tapi agak berkualiti dibeli tapi tak taulah mungkin pembelian dibawah 
RM10 ribu tak payah pakai sebut harga. Lebih ?RM20 ribu baru kena melalui sebut 
harga. Lebih RM100 ribu baru kena tender terbuka? Tapi kalau yang berjuta atau 
berbilion dengan  kuasa yang ada pada Pak Pak Menteri tak perlu tender, cukup 
dengan cara anugerah saja? Bila anugerah takkan nak beri kepada yang tak kenal 
kut biar pun dia Melayu. Yang layak mungkin Patrick Badawi macm kat Terengganu. 
Maka nak kena tutuplah cerita ni. Biar orang luar Terengganu saja tau tapi 
orang dekat-dekat Batu Buruk tak boleh
 dibagitau. Silap-silap bulan boleh mengambang semula kat Terengganu kalau 
cerita ni pakat tau belaka!!
   
     Prinsip puak ni ialah cakap lain buat lain. Yang dibawah kena ikut aturan, 
yang diatas ikut pandai mereka. Tabiaat ni bukan saja yang memimpin lakukan 
yang kena pimpin pun dah ikut jejak pemimpin. Kedai Melayu kalau gerai makan 
atau restoran tak bimbang ramai Melayu masuk sebab dia ambil kira juga halal 
haram tapi kalau kedai lain-lain barangan payah Melayu nak masuk.Kat Kelantan 
pun masih susah nak ubah mentaliti ini. Bengkel baiki kenderaan saya rasa 
budak-budak mekanik Melayu pun ramai dah yang cekap-cekap tapi saya tengok 
dalam lima bengkel satu saja yang dimiliki orang Melayu/ Islam kita tu pun 
boleh bilang berapa buah kereta saja dalam sehari melanggan khidmat mereka!! 
Saya dah 10 tahun kat Kelantan tak tukar mekanik tetap dengan mekanik Melayu 
yang sama walau pun ada pelanggan lain kata agak mahal sikit. Dia orang UMNO 
tapi dia kata dia tak undi BN, Wallahua'lam. 
   
      Maka memang betul Melayu akan terus terpinggir kerana Melayu sendiri tak 
percaya dengan Melayu tapi ada juga Melayu yang memang menipu apabila 
berurusan. Anggaplah itu secara peribadi. Yang berat nya ialah orang yang kita 
beri kuasa beri amanah dan dia pun berjanji bersih cekap amanah dan mai la ni 
pula cemerlang terbilang rupanya temberang. Apa tidaknya dia buat negeri ni 
macam bapa dia punya. Itulah yang terjadi kat Terangganu tapi umumnya cerita ni 
berlaku kat Malaysia sama lamanya dengan 50 tahun merdeka cuma yang parahnya 
ialah sejak dua PM yang terakhir ni. Bahkan yang la ni lagi parah,  agama yang 
Allah dah sempurnakan melalui kitabnNya al Quran pun diberi jenama semula - 
Islam Hadhari. Agama pun sanggup dipermainkan. Dua tiga hari lepas Presiden 
Bush pun puji Islam Hadhari anjuran PM Malaysia ni bagus maka tentu kembanglah 
punggung UMNO kalau dah bapa segala orang kafir pun puji Islam Hadhari!! 
Buatlah kampung Hadhari, pendidikan Hadhari tapi janganlah Islam
 pun nak letak Hadhari juga!! Agama Allah tu dah sempurna!!! Yang tak sempurna 
ialah kita mengapa agama jadi mangsa?? Allahuakabar!
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED] wrote:
      
1)Ada agenda di sebalik soalan ramalan yang 100% tepat 
itu......................bila keputusan UPSR akan keluar???ada agenda politik 
disebalik yg berlaku ini 
   untuk di gunakan sebagai modal temberang betapa sistem dan perubahan 
pendidikan telah mencaapai kejayaan.....kesian bangsa melayu 
   pemimpin mereka hanya untuk berkuasa saja bukannya utk berkuasa demi merubah 
nasib melayu yang kian terpinggir... 

2)Apa nak di herankan ibubapa sepatutnya gembira anak mereka mendapat 5A atas 
segala usaha pelbagai pihak...........kan usaha juga tu. 
    Bukankah sistem pendidikan dan pemikiran kita hanya mementingkan keputusan 
saja...bagaimana dicapai tak menjadi kisah!!! 
    Kita di telah di didik belajar pandai dapat result bagus boleh dapat kerja 
bagus 
    sepatutnya sistem perlu melahirkan manusia melayu yg mampu hidup bukan 
hanya bergantung makan gaji sahaja.... 

 3) penguasa yang berkuasa  bukan di kalangan org ingin bertanggungjawab pada 
bangsanya tapi kerna gaji yg diterima utk terus hidup 
      tanpa ada rasa "apa nak jadi anak bangsa ku 20 tahun akan datang" 

4)Umat Melayu sedarlah kita minda di telah di belenggu oleh kata kata pemimpin" 
kita harus bersatu untuk terus kekal berkuasa....kerna 
    itu saja kekuatan kita sekarang..........bla bla bla" .kita ditakutkan atau 
di provokan supaya kuasa melayu melalui terus kekal tapi melayu 
    terus tertipu atas semangat muhibbah yang di laung oleh pemimpin demi 
sayang pada kuasa utk mudah hidup.Hakikatnya 
    bangsa lain tak pernah fikir pasal muhibbah...."gua apa paluli janji gua 
bole dapat banyak wang......".Lihat suasana sekitar 
    sekarang bangsa asing boleh berniaga mudah di kawasan melayu tapi di 
kawasan mereka sukar melayu nak bertapak... 
   hampassssssssssssssssss.....fikirkanlah.biarlah  kerajaan sekarang  tak 
dapat 2/3 bila kita sokong org yg ikhlas berparti 
  kerana bangsa melayunya...baru kita akan saksikan hati perut sebenar bangsa 
yg di bawa penjajah masuk ke tanah melayu ini 
  maka kita akan tahu pemimpin sebenar di kalangan org melayu...... 






        muhammad haleem 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com   05/09/2007 07:37 PM           Please 
respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


            To
  hidayahnet@yahoogroups.com       cc
        Subject
  Help Palestine [hidayahnet] UPSR... Bangga Dan Seronok
          



Bangga dan seronok.   Tahun depan anak saya yang akan masuk  tahun 6, tak mahu 
masuk 
kelas di sekolahnya. Katanya beliau akan ikuti beberapa kursus bahasa arab dan 
Quran, dan akan ambil tusyen UPSR sebulan saja. 
  
Dengan yakin dia kata dia akan dapat 5 A !!. 
  
Masakan tidak !  Katanya hampir semua kawan tahun 5 nya yang ditanya tentang 
UPSR, 
KACANG !   5 A. . 
Guru-guru nya banyak tersenyum walaupun  ada yang malu nak bercakap tentang 
kertas fotokopi dan soalan ramalan yang  berbetulan sama 100 peratus dengan 
kertas soalan UPSR harini dan dua hari sebelumnya. 
  
Saya sempat bertanya dengan ketua pengawal peperiksaan UPSR di sebuah sekolah 
semalam. Kata pegawai tersebut, kertas BM memang bocor, kertas Matematik memang 
sebijik keluar di banyak tempat. '" Tak da apa-apa tindakan ? Mungkin tak ada 
ulangan peperiksaan ? Mana ada ulangan, SPM pun tak ulang...! 
  
Petang itu (semalam ) di tv heboh tentang kertas soalan bahasa Inggeris dan 
format jawapan (yang disediakan oleh guru ) dah beredar di tempat awam. 
Ramailah yang berjaya mendapatkannya. Hampir-hampir semua murid darjah 6 dah 
dapat soalan tersebut. Dengan penuh keyakinan saya mengatakan tentu pihak 
berkuasa terlibat akan menggunakan set soalan lain esok sebab kebocoran itu 
dilaporkan oleh Media TV  semalam.. 
Namun tekaan saya meleset. 
  
Syabas Lembaga Peperiksaan ! 
Syabas Persatuan Guru-Guru 
Syabas Masyarakat Merdeka Setengah Abad ! 
       Nilai Murni dan Jati Diri yang semakit tertinggkat ! 
  
Anak saya dengan yakin dapat menggondol 5 A tahun depan dengan peningkatan 
nilai murni masyarakat Cemerlang dan Tembelang yang akan diWarisi sehimgga 
tahun depan. Beliau bercita-cita mendapatkan salinan UPSR 2008, mungkin 2 ,3 
bulan sebelum peperiksaan tersebut....... 
  
Malaysia Boleh !!!             
---------------------------------
  Yahoo! Answers - Get better answers from someone who knows. Try it now.   






    
---------------------------------
  Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.     
---------------------------------
  Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.   





    
---------------------------------
  Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who 
knows.
Yahoo! Answers - Check it out.   




    
---------------------------------
  Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.   

                         

       
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.

Kirim email ke