Aswt, Apa yang istimewa sangat dengan Melayu sapa yang kisah dengan Melayu? UMNO kisah sangat ka? Apa jadi dengan Bahasa Melayu sampai pejuang bahasa pun dah tak taruh harapan lagi!! DEB yang nak mertabatkan ekonomi Melayu apa jadi? Bukan kerana Melayu tak mampu tapi kerana pemimpin Melayu yang lebih pentingkan tembolok mereka maka sasaran 30% itu entah yang tinggal mungkin 3%?? Tapi apalah sangat yang nak dipertahankan Melayu? Memang saya tidak taruh harapan dengan Melayu tapi bukan dengan semua orang Melayu cuma pemimpin dikalangan mereka. Tak ada salah tak perjuang Melayu pun, apa adakah mana-mana ayat dalam al Quran perintah supaya perjuangkan Melayu?? Tapi kalau membiarkan puak-puak ini bermaharajalela apakah kita akan diselamatkan oleh Allah swt?? Saudara sendiri pun tak kurang dok kutuk Melayu tapi kutukan saudara hanya ditujukan kepada yang dibawah sana macam juga bila saya tengok forum perdana ehwal Islam. Semua yang mereka ajak umat Islam buat memang itulah yang Islam perintahkan tapi yang diajaknya hanya makcik pakcik dikampung, budak-budak kat sekolah!! mengapa tak ajak pak pak menteri Melayu, pemimpin-pemimpin UMNO ikut buat apa yang Islam suruh?? Memang ada pak menteri suruh rakyat jadi baik tapi mereka pula?? Islam memang anggap keji orang seperti ini yang ajak orang lain buat baik tapi dia pula tidak buat apa yang dia suruh orang lain buat!! Suruh rakyat berjimat tapi adakah mereka turut berjimat?? Kalau nak selamat ikut saja jalan Islam insyaAllah Melayu akan selamat!! Melayu kena kembali kepada Islam baru akan jadi bangsa yang selamat kalau tidak Allah sendiri akan memusnahkan bangsa Melayu. Tak perlu sapa nak laknatkan bangsa Melayu nak hapuskan Melayu itu kerja Allah keatas mana-mana saja kaum yang engkar!! Isunya Melayu bukan bangsa lain, adakah kerana ada bangsa lain kacau bilau kita tak perlu sangat nak persoalkan bila Melayu jadi kacau bilau?? Ini cakap orang yang dah putus asa dan putus asa ni bukan ciri orang Islam. Wallahu'alam. ibnuAli kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Bila saya membaca tulisan tulisan saudara, saya pun kekadang kasihan juga melihatkan apa yang terjadi dengan bangsa melayu ni. keresahan demi keresahan, diluahkan seperti tidak ada yang hendak mendengarnya. Hari hari buka dan baca e mel dalam laman ini saja, terlihat keluhan. Terpancar seperti bangsa yang telah tiada harapan. Terasa seperti nak jadi apa, jadilah. Seperti orang yang tiada harapan kepada bangsa sendiri, pemimpin sendiri. Terasa seperti bangsa melayu ini bangsa paling bangsat dalam strata kaum kaum didunia. Harapkan memegang amanah, dia mungkir. Harapkan dia membantu, dia meminta. Teruk sangat ke bangsa ini, sehinggakan para menterinya tidak boleh dipercayai. Kalau sudah tidak boleh dipercayai, baik kita hapuskan saja bangsa laknat ini daripada berada di muka bumi ALLAH. Kerana ini yang dikatakan malaikat kepada ALLAH TAALA pada masa lalu, kebimbangan mereka bahawa manusia akan berbunuh bunuhan dan melakukan kehuru haraan dimuka bumi ini, sambil berbuat mungkar dan zalim sesema sendiri. Adakah manusia itu bangsa Melayu? Leon. [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Aswt, Inilah cara Melayu menjadi mainan bangsa sendiri. Segalanya mesti diberi imej baik. Biar ianya tembearang asalkan nampak cemerlang dan terbilang!! Macam juga laporan Ketua Audit Negara yang memeranjatkan. Pemutar screw dibeli dengan vot kerajaan RM200 lebih untuk satu sedangkan kalau beli secara tunai dalam RM30 saja, Mengapa begitu? Saya rasa sistem sebut harga digunapakai supaya yang murah tapi agak berkualiti dibeli tapi tak taulah mungkin pembelian dibawah RM10 ribu tak payah pakai sebut harga. Lebih ?RM20 ribu baru kena melalui sebut harga. Lebih RM100 ribu baru kena tender terbuka? Tapi kalau yang berjuta atau berbilion dengan kuasa yang ada pada Pak Pak Menteri tak perlu tender, cukup dengan cara anugerah saja? Bila anugerah takkan nak beri kepada yang tak kenal kut biar pun dia Melayu. Yang layak mungkin Patrick Badawi macm kat Terengganu. Maka nak kena tutuplah cerita ni. Biar orang luar Terengganu saja tau tapi orang dekat-dekat Batu Buruk tak boleh dibagitau. Silap-silap bulan boleh mengambang semula kat Terengganu kalau cerita ni pakat tau belaka!! Prinsip puak ni ialah cakap lain buat lain. Yang dibawah kena ikut aturan, yang diatas ikut pandai mereka. Tabiaat ni bukan saja yang memimpin lakukan yang kena pimpin pun dah ikut jejak pemimpin. Kedai Melayu kalau gerai makan atau restoran tak bimbang ramai Melayu masuk sebab dia ambil kira juga halal haram tapi kalau kedai lain-lain barangan payah Melayu nak masuk.Kat Kelantan pun masih susah nak ubah mentaliti ini. Bengkel baiki kenderaan saya rasa budak-budak mekanik Melayu pun ramai dah yang cekap-cekap tapi saya tengok dalam lima bengkel satu saja yang dimiliki orang Melayu/ Islam kita tu pun boleh bilang berapa buah kereta saja dalam sehari melanggan khidmat mereka!! Saya dah 10 tahun kat Kelantan tak tukar mekanik tetap dengan mekanik Melayu yang sama walau pun ada pelanggan lain kata agak mahal sikit. Dia orang UMNO tapi dia kata dia tak undi BN, Wallahua'lam. Maka memang betul Melayu akan terus terpinggir kerana Melayu sendiri tak percaya dengan Melayu tapi ada juga Melayu yang memang menipu apabila berurusan. Anggaplah itu secara peribadi. Yang berat nya ialah orang yang kita beri kuasa beri amanah dan dia pun berjanji bersih cekap amanah dan mai la ni pula cemerlang terbilang rupanya temberang. Apa tidaknya dia buat negeri ni macam bapa dia punya. Itulah yang terjadi kat Terangganu tapi umumnya cerita ni berlaku kat Malaysia sama lamanya dengan 50 tahun merdeka cuma yang parahnya ialah sejak dua PM yang terakhir ni. Bahkan yang la ni lagi parah, agama yang Allah dah sempurnakan melalui kitabnNya al Quran pun diberi jenama semula - Islam Hadhari. Agama pun sanggup dipermainkan. Dua tiga hari lepas Presiden Bush pun puji Islam Hadhari anjuran PM Malaysia ni bagus maka tentu kembanglah punggung UMNO kalau dah bapa segala orang kafir pun puji Islam Hadhari!! Buatlah kampung Hadhari, pendidikan Hadhari tapi janganlah Islam pun nak letak Hadhari juga!! Agama Allah tu dah sempurna!!! Yang tak sempurna ialah kita mengapa agama jadi mangsa?? Allahuakabar! ibnuAli kota jembal [EMAIL PROTECTED] wrote: 1)Ada agenda di sebalik soalan ramalan yang 100% tepat itu......................bila keputusan UPSR akan keluar???ada agenda politik disebalik yg berlaku ini untuk di gunakan sebagai modal temberang betapa sistem dan perubahan pendidikan telah mencaapai kejayaan.....kesian bangsa melayu pemimpin mereka hanya untuk berkuasa saja bukannya utk berkuasa demi merubah nasib melayu yang kian terpinggir... 2)Apa nak di herankan ibubapa sepatutnya gembira anak mereka mendapat 5A atas segala usaha pelbagai pihak...........kan usaha juga tu. Bukankah sistem pendidikan dan pemikiran kita hanya mementingkan keputusan saja...bagaimana dicapai tak menjadi kisah!!! Kita di telah di didik belajar pandai dapat result bagus boleh dapat kerja bagus sepatutnya sistem perlu melahirkan manusia melayu yg mampu hidup bukan hanya bergantung makan gaji sahaja.... 3) penguasa yang berkuasa bukan di kalangan org ingin bertanggungjawab pada bangsanya tapi kerna gaji yg diterima utk terus hidup tanpa ada rasa "apa nak jadi anak bangsa ku 20 tahun akan datang" 4)Umat Melayu sedarlah kita minda di telah di belenggu oleh kata kata pemimpin" kita harus bersatu untuk terus kekal berkuasa....kerna itu saja kekuatan kita sekarang..........bla bla bla" .kita ditakutkan atau di provokan supaya kuasa melayu melalui terus kekal tapi melayu terus tertipu atas semangat muhibbah yang di laung oleh pemimpin demi sayang pada kuasa utk mudah hidup.Hakikatnya bangsa lain tak pernah fikir pasal muhibbah...."gua apa paluli janji gua bole dapat banyak wang......".Lihat suasana sekitar sekarang bangsa asing boleh berniaga mudah di kawasan melayu tapi di kawasan mereka sukar melayu nak bertapak... hampassssssssssssssssss.....fikirkanlah.biarlah kerajaan sekarang tak dapat 2/3 bila kita sokong org yg ikhlas berparti kerana bangsa melayunya...baru kita akan saksikan hati perut sebenar bangsa yg di bawa penjajah masuk ke tanah melayu ini maka kita akan tahu pemimpin sebenar di kalangan org melayu...... muhammad haleem Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com 05/09/2007 07:37 PM Please respond to hidayahnet@yahoogroups.com To hidayahnet@yahoogroups.com cc Subject Help Palestine [hidayahnet] UPSR... Bangga Dan Seronok Bangga dan seronok. Tahun depan anak saya yang akan masuk tahun 6, tak mahu masuk kelas di sekolahnya. Katanya beliau akan ikuti beberapa kursus bahasa arab dan Quran, dan akan ambil tusyen UPSR sebulan saja. Dengan yakin dia kata dia akan dapat 5 A !!. Masakan tidak ! Katanya hampir semua kawan tahun 5 nya yang ditanya tentang UPSR, KACANG ! 5 A. . Guru-guru nya banyak tersenyum walaupun ada yang malu nak bercakap tentang kertas fotokopi dan soalan ramalan yang berbetulan sama 100 peratus dengan kertas soalan UPSR harini dan dua hari sebelumnya. Saya sempat bertanya dengan ketua pengawal peperiksaan UPSR di sebuah sekolah semalam. Kata pegawai tersebut, kertas BM memang bocor, kertas Matematik memang sebijik keluar di banyak tempat. '" Tak da apa-apa tindakan ? Mungkin tak ada ulangan peperiksaan ? Mana ada ulangan, SPM pun tak ulang...! Petang itu (semalam ) di tv heboh tentang kertas soalan bahasa Inggeris dan format jawapan (yang disediakan oleh guru ) dah beredar di tempat awam. Ramailah yang berjaya mendapatkannya. Hampir-hampir semua murid darjah 6 dah dapat soalan tersebut. Dengan penuh keyakinan saya mengatakan tentu pihak berkuasa terlibat akan menggunakan set soalan lain esok sebab kebocoran itu dilaporkan oleh Media TV semalam.. Namun tekaan saya meleset. Syabas Lembaga Peperiksaan ! Syabas Persatuan Guru-Guru Syabas Masyarakat Merdeka Setengah Abad ! Nilai Murni dan Jati Diri yang semakit tertinggkat ! Anak saya dengan yakin dapat menggondol 5 A tahun depan dengan peningkatan nilai murni masyarakat Cemerlang dan Tembelang yang akan diWarisi sehimgga tahun depan. Beliau bercita-cita mendapatkan salinan UPSR 2008, mungkin 2 ,3 bulan sebelum peperiksaan tersebut....... Malaysia Boleh !!! --------------------------------- Yahoo! Answers - Get better answers from someone who knows. Try it now. --------------------------------- Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the Yahoo! Auto Green Center. --------------------------------- Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! FareChase. --------------------------------- Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. Yahoo! Answers - Check it out. --------------------------------- Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows. Yahoo! Answers - Check it out.