assalamualaikum...
sy x nmpk sebrg mslh dlm perkara mengasingkan pelajar lelaki d
perempuan.xtau plk kenapa ada ibubapa yang tak setuju dan merasa
kesal.eloklah kalu diasingkan dari awal lg supaya dpt mengelak sesuatu yang
tak elok.kalau ikiut agama islam pn dikira harus jgk tu...
ai...dunia skrg...sy pn x pasti sbnrnya ibubapa yg tak setuju ataupn
kementerian yg tak setuju dgn pendekatan sekolah tersebut.lgpn laporan
akhbar bknnya blh dipercayai sgt stgh2nya...
wallahu a'lam

2008/1/10 <wakafan>:

>   Sekolah asingkan pelajar perempuan dan lelaki
>
> SEREMBAN 9 Jan. – Sebuah sekolah menengah di Taman Seremban Jaya di sini
> mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa kerana mengasingkan
> pelajar perempuan dan lelaki dalam semua aktiviti termasuk ketika membeli
> makanan di kantin.
>
> Perkara itu akhirnya dibawa ke pengetahuan Menteri Besar Negeri Sembilan,
> Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera
> menyiasat dakwaan itu.
>
> "Kita tidak mahu ada sekolah buat dasar baru. Dasar kita ialah sekolah
> bercampur, kalau nak asing-asingkan murid baik tidak payah buat sekolah
> campur," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.
>
> Katanya, amalan mengasingkan pelajar bukan merupakan satu amalan biasa di
> Negeri Sembilan dan sekolah berkenaan telah membuat satu dasar baru yang
> bertentangan dengan dasar pendidikan sedia ada.
>
> "Saya tidak mahu sentuh soal boleh atau tidak, cuma kalau sebuah sekolah
> sudah buat dasar baru, bayangkan kalau sekolah-sekolah lain juga buat dasar
> masing-masing. Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal... buatlah tindakan
> sekarang," katanya.
>
> Sumber:
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0110&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive
>
> MB arah sekolah asing pelajar disiasat
> Oleh Ahmad Naim Tahir
>
> SEREMBAN: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
> (JPNS) menyiasat sebuah sekolah menengah di Senawang dekat sini yang dilapor
> mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan mengikut kelas.
>
> Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu turut
> dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam, yang memutuskan
> siasatan terperinci perlu dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan itu
> selari dengan dasar Kementerian Pelajaran.
>
> "Kita mahu tahu kenapa peraturan demikian dibuat dan adakah ia
> bertentangan dengan dasar Kementerian Pelajaran. Saya tidak ingin berdebat
> sama ada peraturan itu betul atau salah, tetapi saya hanya mahu tahu adakah
> ia selari dengan dasar kementerian," katanya di sini, semalam.
>
> Mohamad berkata, beliau sudah meminta pengarah JPNS menyerahkan laporan
> lengkap mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri secepat mungkin.
>
> Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seremban Jaya
> (SMKSJ), pagi semalam, mendapati peraturan itu yang dilapor dilaksanakan
> sejak hari pertama sesi persekolahan 2008, Khamis lalu, hanya membabitkan
> proses pembelajaran dalam kelas.
>
> Beberapa pelajar yang ditemui berkata, peraturan itu tidak tertakluk di
> luar kelas, termasuk waktu rehat dan mereka tidak mempunyai masalah
> mematuhinya walaupun tidak dimaklumkan sebab ia dilaksanakan.
>
> Ibu bapa yang ditemui pula berkata, mereka juga tidak dimaklumkan mengenai
> peraturan itu dan menyuarakan kebimbangan berhubung pelaksanaannya yang
> dilihat tidak praktikal kerana sudah wujud sekolah khas untuk pelajar lelaki
> dan perempuan di negara ini.
>
> Seorang ibu yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau yang mempunyai
> seorang anak lelaki di Tingkat Dua di sekolah itu bimbang jika hanya pelajar
> lelaki ditempatkan dalam satu kelas, ia akan menimbulkan masalah antara
> mereka.
>
> "Jika ada pelajar perempuan, pelajar lelaki mungkin akan lebih beradab.
> Apa yang dikesalkan ialah pihak sekolah tidak memaklumkan mengenai peraturan
> baru ini kepada ibu bapa. Saya hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan
> anak," katanya.
>
> Pengurusan sekolah itu ketika ditemui enggan mengulas, manakala
> pengetuanya pula sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah dan dijadual
> pulang ke tanah air minggu depan.
>
> Sementara itu, Pengarah JPNS, Abdullah Mohammad, ketika dihubungi berkata
> pihaknya tidak dimaklumkan oleh pengurusan sekolah terbabit mengenai
> peraturan itu dan sudah mengarahkan ia ditarik balik.
>
> Sumber:
>
> http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080109224842/Article/index_html
>
> Saya ingin bertanya..
>
> 1) Adakah ia BERTENTANGAN dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
> Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
> memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
> mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
> dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
> adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
> berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
> keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara?
>
> 2) Adakah ia BERTENTANGAN dengan Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan
> dan Kesusilaan?
>
> 3) Adakah ia BERTENTANGAN dengan 10 Prinsip Islam Hadhari antaranya ialah
> (1) Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah dan (8) Keutuhan Budaya dan Moral?
>
> 4) Adakah ia BERTENTANGAN dengan 6 Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan
> Pendidikan (PIPP) 2006-2010, antaranya ialah:
>
> -Membina Negara Bangsa: KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari
> awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara
> serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat
> membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,
> meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk
> Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi
> membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
>
>
> -Membangunkan Modal Insan: KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai,
> aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga
> berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi,
> inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem
> pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi
> penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
>
> Jika jawapannya TIDAK BERTENTANGAN, jadi.. APA MASALAHNYA?
>
> Nazri Samsudin,
> www.mendidik.blogspot.com
>
> __________________________________________________________
> Be a better friend, newshound, and
> know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
> http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
>
>  
>

Kirim email ke