Wslm wbt, Inilah puak-puak yang berpegang kepada Islam Hadhari tapi bila nanti dah jadi macam-macam gejala sosial dan "fitnah" maka mereka pun dok kata macam ni macam tu pada hal sikap macam ni lah sebenarnya yang jadi pemangkin kepada gejala sosial. Mengapa harus jadi isu jika sekolah asingkan pelajar lelaki dan perempuan? Kalau begitu mengapa perlu wujud sekolah untuk perempuan sahaja?? Mengasingkan pelajar lelaki dengan yang perempuan adalah satu usaha yang murni demi mengelakkan pelajar terjerumus kedalam amalan-amalan tidak sihat dan tidak selaras dengan ajaran Islam. Nampaknya sistem pelajaran dan persekolahan di negara kita semakin porak poranda. Isu kaedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran hari ini pun tidak dipersetujui oleh Prof Diraja Ungku Aziz dan entah berapa banyak sudah pihak menyuarakan bantahan tapi pemimpin UMNO buat pekak saja. Kalau kita dalam perjalanan menuju kesesuatu distinasi tapi bila sampai separuh jalan asyik dok ubah arah halatuju akhirnya kita berlegar-legar di tengah jalan tidak akan sampai kedistinasi yang ditujui. Cukup dan cukuplah wahai para menteri dan pemimpin UMNO. Kembalilah kelandasan manusia yang bertamadun. Bukan semua yang dicedok dari Barat itu adalah tamaddun. Ambillah Hadhari berdasarkan Islam dalam apa juga bidang. Letaklah pendidikan hadhari, pembangunan hadhari dan macam-macam lagi hadhari tapi bukan Islam Hadhari kerana agama disisi Allah hanyalah Islam. Jangan dok pandai-pandai ubah apa yang Allah dan Rasul Nya ajar dan tetapkan kepada kita. Hadhari berlandaskan Islam tidak salah, yang salah nya ialah Islam berlandaskan Hadhari (Islam Hadhari). Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
"Chemical Romance"@yahoo.com wrote: assalamualaikum... sy x nmpk sebrg mslh dlm perkara mengasingkan pelajar lelaki d perempuan.x tau plk kenapa ada ibubapa yang tak setuju dan merasa kesal.eloklah kalu diasingkan dari awal lg supaya dpt mengelak sesuatu yang tak elok.kalau ikiut agama islam pn dikira harus jgk tu... ai...dunia skrg...sy pn x pasti sbnrnya ibubapa yg tak setuju ataupn kementerian yg tak setuju dgn pendekatan sekolah tersebut.lgpn laporan akhbar bknnya blh dipercayai sgt stgh2nya... wallahu a'lam 2008/1/10 <wakafan>: Sekolah asingkan pelajar perempuan dan lelaki SEREMBAN 9 Jan. Sebuah sekolah menengah di Taman Seremban Jaya di sini mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa kerana mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki dalam semua aktiviti termasuk ketika membeli makanan di kantin. Perkara itu akhirnya dibawa ke pengetahuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera menyiasat dakwaan itu. "Kita tidak mahu ada sekolah buat dasar baru. Dasar kita ialah sekolah bercampur, kalau nak asing-asingkan murid baik tidak payah buat sekolah campur," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini. Katanya, amalan mengasingkan pelajar bukan merupakan satu amalan biasa di Negeri Sembilan dan sekolah berkenaan telah membuat satu dasar baru yang bertentangan dengan dasar pendidikan sedia ada. "Saya tidak mahu sentuh soal boleh atau tidak, cuma kalau sebuah sekolah sudah buat dasar baru, bayangkan kalau sekolah-sekolah lain juga buat dasar masing-masing. Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal... buatlah tindakan sekarang," katanya. Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0110&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive MB arah sekolah asing pelajar disiasat Oleh Ahmad Naim Tahir SEREMBAN: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat sebuah sekolah menengah di Senawang dekat sini yang dilapor mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan mengikut kelas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam, yang memutuskan siasatan terperinci perlu dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan itu selari dengan dasar Kementerian Pelajaran. "Kita mahu tahu kenapa peraturan demikian dibuat dan adakah ia bertentangan dengan dasar Kementerian Pelajaran. Saya tidak ingin berdebat sama ada peraturan itu betul atau salah, tetapi saya hanya mahu tahu adakah ia selari dengan dasar kementerian," katanya di sini, semalam. Mohamad berkata, beliau sudah meminta pengarah JPNS menyerahkan laporan lengkap mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri secepat mungkin. Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seremban Jaya (SMKSJ), pagi semalam, mendapati peraturan itu yang dilapor dilaksanakan sejak hari pertama sesi persekolahan 2008, Khamis lalu, hanya membabitkan proses pembelajaran dalam kelas. Beberapa pelajar yang ditemui berkata, peraturan itu tidak tertakluk di luar kelas, termasuk waktu rehat dan mereka tidak mempunyai masalah mematuhinya walaupun tidak dimaklumkan sebab ia dilaksanakan. Ibu bapa yang ditemui pula berkata, mereka juga tidak dimaklumkan mengenai peraturan itu dan menyuarakan kebimbangan berhubung pelaksanaannya yang dilihat tidak praktikal kerana sudah wujud sekolah khas untuk pelajar lelaki dan perempuan di negara ini. Seorang ibu yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau yang mempunyai seorang anak lelaki di Tingkat Dua di sekolah itu bimbang jika hanya pelajar lelaki ditempatkan dalam satu kelas, ia akan menimbulkan masalah antara mereka. "Jika ada pelajar perempuan, pelajar lelaki mungkin akan lebih beradab. Apa yang dikesalkan ialah pihak sekolah tidak memaklumkan mengenai peraturan baru ini kepada ibu bapa. Saya hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan anak," katanya. Pengurusan sekolah itu ketika ditemui enggan mengulas, manakala pengetuanya pula sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah dan dijadual pulang ke tanah air minggu depan. Sementara itu, Pengarah JPNS, Abdullah Mohammad, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak dimaklumkan oleh pengurusan sekolah terbabit mengenai peraturan itu dan sudah mengarahkan ia ditarik balik. Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080109224842/Article/index_html Saya ingin bertanya.. 1) Adakah ia BERTENTANGAN dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara? 2) Adakah ia BERTENTANGAN dengan Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan? 3) Adakah ia BERTENTANGAN dengan 10 Prinsip Islam Hadhari antaranya ialah (1) Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah dan (8) Keutuhan Budaya dan Moral? 4) Adakah ia BERTENTANGAN dengan 6 Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, antaranya ialah: -Membina Negara Bangsa: KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. -Membangunkan Modal Insan: KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Jika jawapannya TIDAK BERTENTANGAN, jadi.. APA MASALAHNYA? Nazri Samsudin, www.mendidik.blogspot.com __________________________________________________________ Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.