melampau la awak ni...sedapnya bahasa yang awak gunakan. bawa-bawalah
mengucap.
jodoh itu di tangan tuhan. jika Allah s.w.t tidak mengizinkan ianya berlaku,
ianya tidak
akan berlaku. segala2nya telah tertulis di Loh Mahfuz... tidak layak bagi
kita untuk
mempersoal ketentuan Illahi.


On 7/10/08, kamarul bahrin <hidayahnet@yahoogroups.com> wrote:
>
>     Apsal ko tak kawin ek? Kesian keluarga ko. Jangan emotional sangat.
> Mana ada keluarga tak sayang  tambah tambah ko dah duduk  oversea. Sekali2
> boleh melancung kesana  dh  dapat tmpat duduk free. jimat tu. Aku pun nak
> jadi sedara ko. he he
>
> --- On *Mon, 7/7/08, maimunah ismail <hidayahnet@yahoogroups.com>* wrote:
>
> From: maimunah ismail <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Date: Monday, July 7, 2008, 11:46 AM
>
>     asalamualaikum
>
>
>
> Saya tertarik dgn tulisan saudara.Saya adalah salah seorang perantau yg
> merantau di luar negara utk  mencari rezeki.Hasil dari titik peluh saya ini
> mampu saya menghantar ibubapa saya mengerjakan haji. Kalau
> ditunggu pemberian dari anak2 yang lain mereka semua lepas tangan pentingkan
> keluarga sendiri. Saya masih bujang dan belum bekeluarga. Hasil rezeki yang
> diperolehi saya gunakan untuk membantu adik beradik dan anak2 buah saya
> melanjutkan pelajaran dan memberikan kelesaan dan kemewahan pada
> keluarga.  Tahun demi tahun sudah 17 tahun saya berada diluar negara. Saya
> pulang ketanah air setahun sekali. Kepulangan saya dianggap beban kerana
> umur saya yang dah lanjut dan masih bujang memberi aib dan beban kepada
> keluarga. Saya kecewa dgn sikap keluarga saya dan berazam akan terus menetap
> diluar negara krn keluarga saya malu untuk menerima saya yang dah dianggap
> anak dara tua. Malu pada jiran2 dan masyarakat sekeliling. Sayakah yang
> bersalah. Saya dah berkorban untuk keluarga ini balasan yang saya terima.
>
>
>
> Kepada allah swt saya berdoa untuk diberikan kekuatan untuk meneruskan
> hidup ini.
>
> --- On *Mon, 6/16/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?
> To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
> Date: Monday, June 16, 2008, 1:41 AM
>
>
>
> *Assalamualaikum*
> Tuan Puan Budiman
>
> Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu
> menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita.
> Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu…
>
> *"Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek.
> "Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang
> sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang
> dia. Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang.
> Tak juga dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja
> besar, orang besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia…
> Hidup makcik taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap
> macamana. Entah esok, entah lusa, makcik tak de".  Ibu tua itu terdiam lama…
> *
>
> Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan
> sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati,
> terkilan akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan
> hal anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab,
> kini sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga,
> punya isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri.
> Namun, mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan
> kehidupan kini, ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat
> cela yang tumbuh dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan
> itu, hati dan  perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu
> ayah seakan terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang
> sukar orang lain nak faham.
>
> Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih
> hebat sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga.
> Kadang-kadang kita terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua
> dah ok. Makan minum ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus…kira ok
> dah…Tetapi jauh di sudut jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi
> dgn perkara makan dan minum, mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang
> kita abaikan pada mereka…
>
>
> Bagaimana Sikap Kita?*
>
> *Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal
> ini. Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal
> ini amat penting kerana :
>
>
>    1. Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha
>    Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya
>    di bawah tapak kaki ibu.
>    2. Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia
>    tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil
>    tempat kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada d
>    tempat mereka.
>    3. Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja.
>    Tak payah diajar, mereka akan *copy* semuanya dan *install* dalam
>    memori mereka. Waktu kita dah tua nanti, mereka *repeat* saja.
>
>
> Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini
> jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan
> tanggungjawab yang perlu kita buat…Tegasnya, selagi ada nyawa, ada
> kesempatan, ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan
> sesuatu…
>
>
> Wasalam
> Hub Islami
>
> P/S
> Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku *Wahai
> Ibu! Wahai Ayah!*,
> Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam.
>
>
> Sila Klik Link Di bawah untuk Naskah Wahai Ibu! Wahai Ayah!
> http://www.hubislam i.info/promosi- 
> buku-2.html<http://www.hubislami.info/promosi-buku-2.html>
>
>
>
>
>
>
>
>
> 
>

Kirim email ke