salam...
dulu lecturer saya pernah ajar kalau nak cepat dipertemukan jodoh amalkanlah 
surah yasin..insyaAllah berkesan..lagipun ayat2 quran kan yang paling mujarab...
erm, satu lagik..saya xingat dari surah aper..ayat dia cam nie 'qul in kuntum 
tuhibbu nalllah. fattabbiuni yuhbib kumullah'...saya luper sgt2 surah 
aper..rasanya surah al imran...amalkanlah...
i just share apa yg saya tahu...
parents saya pun dah risau saya xkawen2 lagik in fact saya cakap saya xnak 
kawen..saya pening nagn perangai lelaki..hehhe saya xniat nak lukakan hati 
mereka tapi saya xsampai hati nak susahkan hati dorg nanti bile saya ada 
problem nagn suami..lagipun saya mcm nak balas jasa mereka dulu...tapi saya 
ngeri kalau saya xkawen maksudnye iman saya belum sempurnalah kan...
xper, xper...to kak maimunah dunt worry setiap wanita nie dijadikan dari tulang 
rusuk seorg lelaki and for sure kiter nie ada partnernye..mungkin belum 
jumper..kiter doa sama ngan Allah semoga dia dekatkan hati pasanagn kiter 
tue...u have everything and i think i jeles wif u..hehhe ..i want to be great 
like u..:...kadang2 parents nie dia malu sebba org asyik ckp2..tapi kalu kiter 
explain dekat dor, sure dorg faham...yerlah parents kiiter riso nanti takut 
bile tua xder org jaga kiter...
hehe...
sibuk jer saya memberi pendapat..it just my opinion..
saya doakan semua org mendapat keredhaan Allah selalu..peace


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, July 16, 2008 1:50:17 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?


betul apa yg mas ckp tu...ant perkara yg Allah rahsiakan dari kita hambaNya - 
jodoh pertemuan.cepat atau lambat bkn urusan kita, yg pentingnya sejauh mana 
kita menjaga diri dan maruah keluarga supaya tidak tercemar dgn pekara2 yg 
dlarang agama...
 
berkenaan isi hati ibu ayah -
wang ringgit bln ukuran...
pada saya apa yg mereka harapkan ilalah perhatian + kasih sayang kita sbg 
anak...
wang ringgit tu sampingan je
bantu mereka mengikut kemampuan kita la kan...
cam saya sendiri  dari segi kewangann bkn la stabil sgt pn tp bantu setakat yg 
mampu...
menyelamai hati seorang ibu terlalu sukar, terutamanya dlm keadaan beliau yg 
uzur, klo nk dibanding masa sihatnya mak saya bkn seorang yg sensitif tp skg 
bertukar menjadi sensitif dlm segala segi...
mengajar sya erti kesabaran sebenarnya.. .
suatu pengalaman yg terindah ddan tak ternilai menemani dan mengurus beliau yg 
dlm keadaan uzur...Alhamdulilla h skg beliau semakin +ve...cumanya sensitif 
skit je...
terlalu byk yg saya belajar dari mula mak sya uzur sampai skg...
org kata klo kita berkorban utk mak ayah kita (tak kira dari segi apapun) Insya 
Allah rezki kita diberkati dan perjalanan hidup kita diberkati wallahuaklam. ..
apapun kita perlu ssabar, redha dan syukur atas ujianNya...

--- On Sun, 7/13/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Sunday, July 13, 2008, 10:37 AM


melampau la awak ni...sedapnya bahasa yang awak gunakan. bawa-bawalah mengucap.
jodoh itu di tangan tuhan. jika Allah s.w.t tidak mengizinkan ianya berlaku, 
ianya tidak
akan berlaku. segala2nya telah tertulis di Loh Mahfuz... tidak layak bagi kita 
untuk 
mempersoal ketentuan Illahi.

 
On 7/10/08, kamarul bahrin <[EMAIL PROTECTED] ups.com> wrote: 
Apsal ko tak kawin ek? Kesian keluarga ko. Jangan emotional sangat.  Mana ada 
keluarga tak sayang  tambah tambah ko dah duduk  oversea. Sekali2 boleh 
melancung kesana  dh  dapat tmpat duduk free. jimat tu. Aku pun nak jadi sedara 
ko. he he 

--- On Mon, 7/7/08, maimunah ismail <[EMAIL PROTECTED] ups.com> wrote:

From: maimunah ismail <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Monday, July 7, 2008, 11:46 AM


asalamualaikum
 
Saya tertarik dgn tulisan saudara.Saya adalah salah seorang perantau yg 
merantau di luar negara utk  mencari rezeki.Hasil dari titik peluh saya ini 
mampu saya menghantar ibubapa saya mengerjakan haji. Kalau ditunggu pemberian 
dari anak2 yang lain mereka semua lepas tangan pentingkan keluarga sendiri. 
Saya masih bujang dan belum bekeluarga. Hasil rezeki yang diperolehi saya 
gunakan untuk membantu adik beradik dan anak2 buah saya melanjutkan 
pelajaran dan memberikan kelesaan dan kemewahan pada keluarga.  Tahun demi 
tahun sudah 17 tahun saya berada diluar negara. Saya pulang ketanah air setahun 
sekali. Kepulangan saya dianggap beban kerana umur saya yang dah lanjut dan 
masih bujang memberi aib dan beban kepada keluarga. Saya kecewa dgn sikap 
keluarga saya dan berazam akan terus menetap diluar negara krn keluarga saya 
malu untuk menerima saya yang dah dianggap anak dara tua. Malu pada jiran2 dan 
masyarakat sekeliling. Sayakah yang bersalah. Saya dah
 berkorban untuk keluarga ini balasan yang saya terima.
 
Kepada allah swt saya berdoa untuk diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup 
ini. 

--- On Mon, 6/16/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Monday, June 16, 2008, 1:41 AM






Assalamualaikum
Tuan Puan Budiman

Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu 
menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. 
Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu… 


"Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek. 
"Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang 
sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. 
Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga 
dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang 
besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia…  Hidup makcik 
taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah 
esok, entah lusa, makcik tak de".  Ibu tua itu terdiam lama…

Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan 
sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan 
akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan hal 
anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab, kini 
sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga, punya 
isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri. Namun, 
mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, 
ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh 
dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan  
perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan 
terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain 
nak faham. 

Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih hebat 
sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang kita 
terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua dah ok. Makan minum 
ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus…kira ok dah…Tetapi jauh di sudut 
jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi dgn perkara makan dan minum, 
mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka…


Bagaimana Sikap Kita?

Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal ini. 
Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal ini 
amat penting kerana :


        1. Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha 
Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya di 
bawah tapak kaki ibu. 
        2. Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia 
tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil tempat 
kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada d tempat mereka. 
        3. Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja. 
Tak payah diajar, mereka akan copy semuanya dan install dalam memori mereka. 
Waktu kita dah tua nanti, mereka repeat saja.
Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini 
jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan 
tanggungjawab yang perlu kita buat…Tegasnya, selagi ada nyawa, ada kesempatan, 
ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan sesuatu…


Wasalam
Hub Islami

P/S
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai Ibu! 
Wahai Ayah!, 
Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam. 

Sila Klik Link Di bawah untuk Naskah Wahai Ibu! Wahai Ayah!
http://www.hubislam i.info/promosi- buku-2.html


 
  
 

 
 


      

Kirim email ke