Assalamualaikum..
Knp bunyi mcm org putus asa jer? Wlu mcmana hebat ujian Allah tu, IBU Ayah
tetap pernah berkorban utk kita. Betapa tergurisnya hati awk sebegini rupa?
Takla seteruk ujian IBU kehilangan ank dek terjahan tsunami. Takla seteruk
mangsa ISA. Ayah saya berpisah dgn IBU dan tinggalkn kami adik beradik utk
'org baru' tanpa nafkah. IBU berkerja bertungkus lumus, ape je yg tak pernah
buat? Keje kat kilang ikan baja, jadi kuli cina petik lada dibwh terik
matahari, Lepas balik sekolah, masa tu saya baru tingkatn 1 dah keje ikut IBU
kat kebun cina petik sayur, muka sy yg come lote garing, nasib baik tak rentung
dek UV,penatnya Allah jer yg tau, nk sekolah punya pasal, ambik upah solak
kelapa, tgn smpi berbirat2 mcm org tua. apa yg IBU boleh buat? Tak sek,
kemiskinan menghimpit, tak mampu nak bela adik bongsu kami, terpaksa kasi atuk
bela, tinggal saya bersama dua org adik lagi, itupun kdg2 kami tak cukup mkn,
lauk yg paling mhl ikan bilis ngn kicap, lebih baik dr azabnya lapar! Susah
betul la masa tu, nak dibandingkan dgn hidup awk memang jauh beza, nak tunaikan
umrah memang niat ajelah apalagi nak gi Haji. Tak bersyukur lg ke? Senangnya
awk memutuskn persaudaraan. Setakat terguris perasaan dah nk putus kasih. Lg2
dgn family, bukannya kena derapun, kami kdg dtg menjengok adik bongsu, tp
dimaki hamun sebab hina betul jadi org yg papa harta, mentang2 kami kecik lg
waktu tu senang2 diherdik dipukul tak tau salah apa, IBU klu dtg dgn tgn kosong
habislah kena sembur dgn atuk. Boleh dikata hidup kami anak beranak berendam
air mata. Byk kali juga IBU bwk kami pegi pejabat kebajikan masyrkt,tp tiap
kali IBU tinggalkn dua adik, diorg meluru dan meraung nk ikut balik. Ya Allah,
berat sungguh ujianMu. Walau mcmana susah dan luka hati, tak cukup mkn, pakai,
kami lalui bersama.Namun Allah tu maha adil, oleh sebab kelaparan kami mmg
suka pegi sekolah, duit takde tp sebab masa tu kami dpt RMT, rcngn mknn tambahn
la.. Kami berjaya habis sekolah dgn berkat sabar dn pengorbnn Ibu, Ayah tak
tau kemana hala. Nak harapkn sedara mara jauh sekali, org miskin takde sedara!
Namun kami tetap tabah menghadapi takdela smpi bermusuh dgn Ayah dan Atuk. IBU
tak pernah beli pakaian utk kami semua ihsan dr jiran. Tapi pengorbnn IBU
saya ni mmg tak terbalas, saya masih teringt lg masa IBU mengandung adik
bongsu, TENGAH sarat tapi dok terbongkok2 kerja kat bendang padi,masa tu tak
terpikir pulak mana Ayah? Betapa tergurisnya hati IBU.. Hish sedih betul la..
Masa tu org kg semua dah ada elektrik cuma kami jer, kami masih pakai dapur
kayu dan pelita minyak tnh, bila mlm menjelma kami berkerumun kat pelita' bila
esok pegi sek cikgu tnya apesal lubang hidung hitam? Tulah sumbngn asap pelita
yg dihidu tnp mengetahui kesan buruk utk kesihtn. Namun semua dah berlalu,
kami ' tak lapar' lg sebab IBU, dan Sekurang2nya kami dpt keluar dr kemelut
kemiskinan. dan Ayah, kami tak pernah marah Ayah, sebab Ayah pun tak berilmu
takde peluang mcm awk, atuk pun tak sekolah, buta huruf mengaji pun tak tau,
takkan nk salahkn diorg kita yg diberi peluang Allah nilah yg patut mengalah,
bkn bererti putus asa, kami tetap hormat dan maafkan kesilapan mrk,
senangnya? Itulah betapa ajaibnya pendidikan seorg IBU hingga mampu maafkan
Ayah malah hormat org baru tu yg dah jadi org lama. Atuk, harap2 insaf,
Itulah hikmahnya jadi pemaaf.. Memang pernah tergurisnya hati kami sebab Ayah.
Tiada dikala diperlukn dan ada kini dikala kami diperlukan. Saya pasti awk fhm
mesej sy ni! Saya pasti ramai lg kat luar sana tu yg tertekan lagi2 dgn zmn
duniawi yg menggila ni, awak mmg untung ada ilmu, duk kat mekah pulak tu! org
yg tkde peluang, duduk terperuk kt kebun getah,HDtv? ipod? Internet pun tak
pernah dgr, dah la susah pastu jahil pulak ilmu agama, dek krn kejahilan ramai
org kita jd penagih, kelas iqra pun berbayar skrg, Ada ke free? Ustaz ustazah
kat sekolah tu cuba tk dpt gaji setahun, mampus serang pengetua ngan parang.
awk dah sahlah serbi cukup melainkan jodoh yg tak ketemu lg, saya amat
bersyukur wlupun hidup tak senang mana, takde harta, kami menyayangi sesama
keluarga. Mslh tu sudah pasti ada utk stp yg bernyawa! pasti ada hikmah yg
cukup hebat disebalik mslh awk, dan mslh kita semua, pernah tak awk bygkn Jika
ahli keluarga awk ada yg kemalangn pastu koma 15 thn sampai skrg? Bolehkh awk
bertoleransi dgn ujian ni? Saya pernah diketemukn dgn seorg wanita andartu,
masyaAllah, hidup dahla susah,tak sekolah, lepas tu diuji pulak mukanya dgn
jerawat batu yg serius sepenuh2 muka. klu pandang mmg nk menangis rasa, manalah
mampu nk beli ubat jerawat, duduk kt kg, bkn kg baru kl, terperuk kt hulu, klu
baik pun jerawat, tinggalkn parut lopak2 besar mcm bulan purnama, mknn dh tak
cukup zat, klu awk boleh la tentu ada duit nk g facial dan mampu pki alat
cosmetic. Manala nak cari lelaki yg tak pandang paras rupa, ini bkn epilogue
duka cuma berkongsi reality kehidupn org yg sepah2 mcm sy bkn pak lah. saya
cuma nak awk renung kembali berat sgtkah ujian awk sampai nk putus hubungn ngn
family lg2 IBU! Setakat kecik hati tu biasala, hormone pun dah low. Hidup
bknnya lama, Hanya krn lelaki yg belum tentu baik hati budi jgn ingt awk dah
kenal dia, hanya Allah je yg tau! Ingat la pesan Nabi, IBUmu IBUmu ibumu!
Apapun mesej saya ni hanya didedikasi utk maimunah Ismail yg kat Mecca jer!
Buat IBU Ayah dn ahli keluarga saya Jika terbaca mesej ni ampun maaf bukn
ungkit kisah lama, terima kasih atas pengorbnn dulu dan terkini . Hulur2 la
kuih raya. Salam dr perantauan,
3M,
USA.
Sent from my Verizon Wireless BlackBerry