Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya juga bersetuju dengan pendapat tuan Abu Samah ini. Bila saya mendengar 
berita dari pelbagai akhbar, tv dan di internet terasa tercabarnya dan 
terpanggilnya saya sebagai seorang Islam. Sanggup Teressa menyatakan makanan di 
dalam tahanan seperti makanan anjing sedangkan dia dapat makan dengan nasi, 
ikan goreng, telur rebus dan juga hanya seketul daging ayam. Itupun dia sudah 
merungut sebab hanya makan dengan tangan tanpa chopstick, sudu atau garfu. 
Sudah menjadi adat kalau di dalam tahanan, makanan tentulah tidak begitu sedap, 
tidak seenak makanan kita seharian. Mungkin dia makan ayam golek, itik rebus 
seekor.

Saya bekas seorang pelajar asrama di salah sebuah institusi pengajian tinggi. 
Makanan kami di asrama juga tidaklah sehebat mana. Kadang - kadang dalam satu 
minggu makanan kami disaji dengan lauk sambal telur rebus (sambal tiada ikan 
bilis, bawang. Seperti masak cili merah semata), kobis rebus dan sebiji buah 
limau. Itu adalah makanan tengahhari. Sebelah petang pula kadang - kadang ikan 
masak kicap dengan goreng kacang panjang. Tapi makanan itu sudah mencukupi 
untuk kami terus berjuang dalam menuntut ilmu. Ada juga pelajar yang merungut 
tapi ada yang kata alhamdulillah sebab Allah memberikan rezeki pada setiap 
hari. Kita sebenarnya beruntung di Malaysia. Kadang - kadang makanpun terlebih. 
Sampai lebihan makanan, diberi kucing, anjing makan. Tak seperti negara yang 
melarat kadar kemiskinannya. Terpaksa menunggu bantuan berhari -hari. Mencari 
air jauh di pinggir hutan. Allah masih memberi nikmat yang mencukupi di 
Malaysia. Tak pernah dengar ada yang mati
 sebab kebuluran. Tetapi mati sebab terlebih makan. Bezanya antara kita dan 
'dia' sebab kita adalah orang Islam yang tahu bersyukur tapi 'dia' adalah orang 
kafir yang satu hari nanti menjadi kayu api di dalam Neraka Jahannam!

Apa yang ingin saya perkatakan disini, beruntunglah kita di Bumi Allah ini yang 
beragama Islam, tinggal di Malaysia sejak dari nenek monyang lagi. Semua ini 
saya fikirkan sebagai umat Islam dan orang Melayu dan tinggal di Malaysia 
khususnya patut bersyukur dengan segala kurniaan, rahmat yang telah Allah 
berikan. Kita tidak dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan besar dan 
Allah hanya menguji kita dengan banjir besar, ribut kecil dan tempias dari 
tsunami. Seharusnya saudara saudari sekalian, bersyukurlah sebab Allah uji 
umatnya di Malaysia dengan kesusahan dan bukan kenikmatan yang melampau. Kalau 
kita diuji dengan kenikmatan melampau sudah tentu susah untuk kita kembali 
jalan pulang kepada Allah sebab kita terlalu gah dengan kekuasaan, kekayaan dan 
kesenangan yang diberi. Sebaliknya Allah uji dengan kesusahan, dengan masalah 
ekonomi, politik dan sebagainya supaya kita bersatu dan memperbetulkan keadaan. 
Dan sebenarnya adalah buta tuli bagi
 mereka yang hanya mengikut hawa nafsu dan hanya memikirkan keduniaan semata - 
mata, sanggup bersekongkol dengan orang yang akan memusnahkan Islam, Melayu dan 
Malaysia.

Saya melihat beberapa dokumentari perjuangan orang Islam di luar negara seperti 
di Russia, Kosova, Albania, Romania dan Itali. Rata - rata orang Islam di sana 
memperjuangkan Islam melalui peperangan dan pertumpahan darah. Adakah kita mahu 
perjuangkan nasib bangsa sendiri dengan peperangan dan pertumpahan darah? 
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Tapi adalah tidak 
mustahil akan berlaku di Malaysia jika orang Islam dan Melayu tidak perjuangkan 
nasib mereka sendiri. Kita masih beruntung kerana banyaknya masjid - masjid 
terbina di mana - mana tempat, tak kira di pendalaman. Tapi sayangnya orang 
Islam jarang untuk hadiri beberapa agenda di masjid. Sedangkan umat Islam di 
Russia sendiri saya mendengar kisah dari beberapa orang pelajar perubatan di 
Volgograd, Russia masjid mereka tidak seperti di Malaysia yang serba indah dan 
serba lengkap. Tiada tempat mengambil air sembahyang, pembesar suara. Masjid 
mereka hanya boleh buat 50 orang
 jemaah sahaja, kecil dan seperti sebuah rumah papan. Tapi mereka tetap teguh 
dengan Islam.

Akhir sekali fikirkanlah bahawa kita seharusnya sensitif dengan hal ini dan 
juga bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana jika kita kufur, kita juga 
seperti orang kafir yang sepanjang hidupnya tidak pernah bersyukur dengan 
nikmat yang diberi. Fikir - fikirkanlah.

--- On Wed, 9/24/08, abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, September 24, 2008, 5:43 PM














Assallamualaikum. ...
 
Inilah dia salah satu wakil pujaan
pembangkang. ....sehingga orang Melayu
sendiri sanggup " membodohkan " kaum sendiri
kerana dia...masyaallah. ..
Akhir beliau terpaksa mengaku bahawa kenyataannya
" seperti makanan
anjing " dibuktikan melalui video rakaman
bukannya " baik sikit dari
makanan anjing ".
 
Kita tak tau apakah beliau terlibat juga tentang
bantahan azan.....walaupun
beliau menafikannya. Biasalah apakah dia ada kira
tentang dosa atau pahala ?.
Apa yang ada dalam kepalanya... .ya mungkin, MESTI
HENTAM BN tanpa
kira tentang perpaduan kaum dan
ugama.
Kaum Melayu dan pembangkang terusan menyokong
beliau walaupun secara
halus ianya menikam kaum Melayu dan Islam sendiri
secara jarak jauh.
 
Secara peribadi saya amat menyesal dengan
tindakan PAS yang terus bersekongkol
dengan Pakatan Rakyat sehingga kini. Perjuangan
menegakkan Islam telah lari
jauh dari prinsip asal PAS. Sekarang ini yang ada
perjuangan merebut kuasa melalui
pintu belakang " WALAUPUN SEHINGGA KINI PINTU
BELAKANG ITU
SI NUAR BERAHIM MASIH TAK JUMPA-JUMPA ". Berbagai
jawapan dan angan
angan terus diperkatakan sehinggakan dak TIAN
CHUA cakap rundingan peralihan
kuasa sedang dijalankan.. ....ORANG BODOH DAN DAH
MABUK NAK BERKUASA
AJE BUAT BEGITU . Mereka terus cuba membohongi
rakyat sepertimana BN lakukan.
 
Ayuh PAS sedarlah dari lamunan indah yang
dinyanyikan oleh PELAKON NUAR
BERAHIM dan sekutunya... berbaliklah pada asas
perjuangan kita.
 
Wassallam
 
























      

Kirim email ke