Imam Hadari tu pembohong besar..tak pulak ade yg berani nak komen
lebih2....Dah Imam pembohong..
Makmum bohong ikut sape???

2008/9/27 <AlifAl-Hafiz>

>     Assalamualaikum dan salam sejahtera...
>
> Saya juga bersetuju dengan pendapat tuan Abu Samah ini. Bila saya mendengar
> berita dari pelbagai akhbar, tv dan di internet terasa tercabarnya dan
> terpanggilnya saya sebagai seorang Islam. Sanggup Teressa menyatakan makanan
> di dalam tahanan seperti makanan anjing sedangkan dia dapat makan dengan
> nasi, ikan goreng, telur rebus dan juga hanya seketul daging ayam. Itupun
> dia sudah merungut sebab hanya makan dengan tangan tanpa chopstick, sudu
> atau garfu. Sudah menjadi adat kalau di dalam tahanan, makanan tentulah
> tidak begitu sedap, tidak seenak makanan kita seharian. Mungkin dia makan
> ayam golek, itik rebus seekor.
>
> Saya bekas seorang pelajar asrama di salah sebuah institusi pengajian
> tinggi. Makanan kami di asrama juga tidaklah sehebat mana. Kadang - kadang
> dalam satu minggu makanan kami disaji dengan lauk sambal telur rebus (sambal
> tiada ikan bilis, bawang. Seperti masak cili merah semata), kobis rebus dan
> sebiji buah limau. Itu adalah makanan tengahhari. Sebelah petang pula kadang
> - kadang ikan masak kicap dengan goreng kacang panjang. Tapi makanan itu
> sudah mencukupi untuk kami terus berjuang dalam menuntut ilmu. Ada juga
> pelajar yang merungut tapi ada yang kata alhamdulillah sebab Allah
> memberikan rezeki pada setiap hari. Kita sebenarnya beruntung di Malaysia.
> Kadang - kadang makanpun terlebih. Sampai lebihan makanan, diberi kucing,
> anjing makan. Tak seperti negara yang melarat kadar kemiskinannya. Terpaksa
> menunggu bantuan berhari -hari. Mencari air jauh di pinggir hutan. Allah
> masih memberi nikmat yang mencukupi di Malaysia. Tak pernah dengar ada yang
> mati sebab kebuluran. Tetapi mati sebab terlebih makan. Bezanya antara kita
> dan 'dia' sebab kita adalah orang Islam yang tahu bersyukur tapi 'dia'
> adalah orang kafir yang satu hari nanti menjadi kayu api di dalam Neraka
> Jahannam!
>
> Apa yang ingin saya perkatakan disini, beruntunglah kita di Bumi Allah ini
> yang beragama Islam, tinggal di Malaysia sejak dari nenek monyang lagi.
> Semua ini saya fikirkan sebagai umat Islam dan orang Melayu dan tinggal di
> Malaysia khususnya patut bersyukur dengan segala kurniaan, rahmat yang telah
> Allah berikan. Kita tidak dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan
> besar dan Allah hanya menguji kita dengan banjir besar, ribut kecil dan
> tempias dari tsunami. Seharusnya saudara saudari sekalian, bersyukurlah
> sebab Allah uji umatnya di Malaysia dengan kesusahan dan bukan kenikmatan
> yang melampau. Kalau kita diuji dengan kenikmatan melampau sudah tentu susah
> untuk kita kembali jalan pulang kepada Allah sebab kita terlalu gah dengan
> kekuasaan, kekayaan dan kesenangan yang diberi. Sebaliknya Allah uji dengan
> kesusahan, dengan masalah ekonomi, politik dan sebagainya supaya kita
> bersatu dan memperbetulkan keadaan. Dan sebenarnya adalah buta tuli bagi
> mereka yang hanya mengikut hawa nafsu dan hanya memikirkan keduniaan semata
> - mata, sanggup bersekongkol dengan orang yang akan memusnahkan Islam,
> Melayu dan Malaysia.
>
> Saya melihat beberapa dokumentari perjuangan orang Islam di luar negara
> seperti di Russia, Kosova, Albania, Romania dan Itali. Rata - rata orang
> Islam di sana memperjuangkan Islam melalui peperangan dan pertumpahan darah.
> Adakah kita mahu perjuangkan nasib bangsa sendiri dengan peperangan dan
> pertumpahan darah? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya
> ini. Tapi adalah tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika orang Islam
> dan Melayu tidak perjuangkan nasib mereka sendiri. Kita masih beruntung
> kerana banyaknya masjid - masjid terbina di mana - mana tempat, tak kira di
> pendalaman. Tapi sayangnya orang Islam jarang untuk hadiri beberapa agenda
> di masjid. Sedangkan umat Islam di Russia sendiri saya mendengar kisah dari
> beberapa orang pelajar perubatan di Volgograd, Russia masjid mereka tidak
> seperti di Malaysia yang serba indah dan serba lengkap. Tiada tempat
> mengambil air sembahyang, pembesar suara. Masjid mereka hanya boleh buat 50
> orang jemaah sahaja, kecil dan seperti sebuah rumah papan. Tapi mereka tetap
> teguh dengan Islam.
>
> Akhir sekali fikirkanlah bahawa kita seharusnya sensitif dengan hal ini dan
> juga bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana jika kita kufur, kita
> juga seperti orang kafir yang sepanjang hidupnya tidak pernah bersyukur
> dengan nikmat yang diberi. Fikir - fikirkanlah.
>
> --- On *Wed, 9/24/08, abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> From: abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Date: Wednesday, September 24, 2008, 5:43 PM
>
>   Assallamualaikum. ...
>
> Inilah dia salah satu wakil pujaan pembangkang. ....sehingga orang Melayu
> sendiri sanggup " membodohkan " kaum sendiri kerana dia...masyaallah. ..
> Akhir beliau terpaksa mengaku bahawa kenyataannya " seperti makanan
> anjing " dibuktikan melalui video rakaman bukannya " baik sikit dari
> makanan anjing ".
>
> Kita tak tau apakah beliau terlibat juga tentang bantahan azan.....walaupun
> beliau menafikannya. Biasalah apakah dia ada kira tentang dosa atau pahala
> ?.
> Apa yang ada dalam kepalanya... .ya mungkin, MESTI HENTAM BN tanpa
> kira tentang perpaduan kaum dan ugama.
> Kaum Melayu dan pembangkang terusan menyokong beliau walaupun secara
> halus ianya menikam kaum Melayu dan Islam sendiri secara jarak jauh.
>
> Secara peribadi saya amat menyesal dengan tindakan PAS yang terus
> bersekongkol
> dengan Pakatan Rakyat sehingga kini. Perjuangan menegakkan Islam telah lari
> jauh dari prinsip asal PAS. Sekarang ini yang ada perjuangan merebut kuasa
> melalui
> pintu belakang " WALAUPUN SEHINGGA KINI PINTU BELAKANG ITU
> SI NUAR BERAHIM MASIH TAK JUMPA-JUMPA ". Berbagai jawapan dan angan
> angan terus diperkatakan sehinggakan dak TIAN CHUA cakap rundingan
> peralihan
> kuasa sedang dijalankan.. ....ORANG BODOH DAN DAH MABUK NAK BERKUASA
> AJE BUAT BEGITU . Mereka terus cuba membohongi rakyat sepertimana BN
> lakukan.
>
> Ayuh PAS sedarlah dari lamunan indah yang dinyanyikan oleh PELAKON NUAR
> BERAHIM dan sekutunya... berbaliklah pada asas perjuangan kita.
>
> Wassallam
>
>
>
> 
>

Kirim email ke