Menarik juga cerita sebegini. Saya taklah nak komen banyak. Banyak yang 
saya setuju cuma sedikit tentang ketidaksenangan kepada sistem demokrasi dan 
isme-isme. Isme yang bercanggah dengan Islam memang jelas ianya wajib ditolak 
kerana isme-isme ini adalah sistem hidup dan falsafah yang lahir hasil dari 
pemikiran manusia yang serba lemah sedangkan sistem atau syariat Islam ialah 
sistem yang lengkap dibekalkan oleh Allah yang mencipta manusia itu sendiri. 
Demokrasi pun sewajarnya ditolak kerana untuk nak laksanakan atau tidak 
melaksanakan sistem Islam, orang Islam tiada hak di sisi Allah untuk membuat 
pilihan. Maka memilih parti yang jelas tiada kesungguhan 
melaksanakan (? menolak) walaupun sebahagian yang ditetapkan oleh Allah dan 
Rasul Nya boleh menjejaskan aqidah. Namun oleh kerana Perlembagaan 
negara mengatasi segalanya maka sistem demokrasi mahu tidak mahu harus diterima 
dan ruang ini digunakan oleh PAS untuk perjuangan bagi
 mencapai cita-cita (sesuai dengan perintah Allah swt ) dalam penegakan syariat 
Islam sepenohnya atau sekurang-kurangnya bagi digunakan untuk "menyeru" semua 
kepada Islam kerana Islam bukan agama yang hanya dikhususkan kepada sesuatu 
bangsa sebagaimana di negara kita Islam seolah-olah milik Melayu sahaja. 
Anggaplah demokrasi macam kita naik kapalterbang milik orang kafir untuk pergi 
ke Mekah menunaikan ibadah Haji sahaja.
 
       Oleh kerana BN (khususnya UMNO yang menjadi tulang belakang kepada 
Perikatan/BN) dah lebih 50 tahun diberi peluang memerintah namun masih banyak 
yang perlu dilakukan bahkan orang Melayu dibawa kembali untuk terus berjuang 
menegakkan bangsa Melayu maka jelaslah UMNO gagal dalam usahanya 
untuk hindarkan politik perkauman di negara kita. Dalam akhbar Watan (21-27 
Sept) sebuah artikel yang bertajuk "Perjuangan DAP bercanggah" ditulis oleh 
Ezam Mohd Nor dan disiarkan apa yang diperkatakan oleh Prof Ibrahim Abu 
Shah ketika wacana Artikel 153 di Shah Alam (yang Datuk Zahid Hamidi, Ezam, 
Prof Ibrahim adalah panelmya) yang saya ingin petik sebahagian darinya. 
Beliau mempertikai tindakan MB Selangor yang meluluskan kandang babi dan 
bertanya apakah polisi-polisi didalam pakatan yang betul-betul memperjuangkan 
Melayu ? Ulas beliau lagi "kalau Melayu memang telah kaya kita monopoli kita 
pegang kekayaan, segala bangunan gudang-gudang besar kita
 punya, yang Genting Highland kita punya, bukit tinggi kita punya, pulau 
perhentian kita punya I don't mind". Maka amat menghairankan saya mengapa ini 
semua boleh berlaku sedangkan UMNO sudah diberi kepercayaan lebih 50 tahun tapi 
masih terlalu banyak yang bukan Melayu punya ??!! Berapa lama lagi hujah ini 
perlu digunakan ??
 
     Beliau mempertikai tindakan MB Selangor lulus kandang babi. Yang 
menghairankan saya adakah KM Melaka tidak meluluskan kandang babi 
sampai bilangan babi itu sendiri melebihi bilangan rakyat Melaka ?? Takkan 
negeri sebesar Melaka KM sendiri tak tahu betapa banyaknya babi di negeri itu 
??!! TV pun tak henti-henti siarkan betapa busuk nya kawasan-kawasan tertentu 
di negeri bersejarah itu ?? Barangkali beliau ? tidak meluluskan cuma beliau 
pejamkan mata sahaja demi survival politik beliau. Inilah masalah dengan 
pemimpin UMNO. Yang "haram" pada orang lain tidak "haram" pada mereka dan yang 
tidak "haram" pada orang lain "haram" pula kata mereka.
 
     Maka saya rasa setelah UMNO diberi masa yang cukup lama untuk 
memperjuangkan Melayu jadi usahlah terus mendabik dada seolah-olah tidak ada 
orang lain yang mampu perjuangkan Melayu. Jika keadilan itu benar-benar 
diamalkan oleh Pakatan Rakyat maka orang Melayu yang ketinggalan itu seharusnya 
terus dibela tapi janganlah sampai kita tidak berlaku adil kepada kaum-kaum 
lain !! PAS pastinya akan berjuang untuk meletakkan kedudukan Islam lebih baik 
dan dihormati dan insyaAllah Melayu pun akan terangkatlah sedikit mertabatnya. 
Maka sangat bersetujulah saya agar janganlah dilebihkan perjuangan Melayu dari 
perjuangan Islam !! Wallahualam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 9/23/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, September 23, 2008, 6:55 PM






Salam~

Syukur Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan berbuka puasa dengan ayahnda 
saya dikampong. Bukan main ceria wajahnya dan nampak segar dalam usia 60an. 
Hidangan sederhana saja, mee goreng dan bandung cincau. Buah mempelam raja dan 
jambu batu (seedless) asam sebagai aksesori tambahan. Tak de kuih muih. Bubur 
lambuk masjid juga ada, yang ni memang tiap-tiap hari abah ambil dimasjid. 
Prinsip melayu, rezeki jangan ditolak, kata abah.

Selepas solat maghrib, kami berbual. Abah tiba-tiba memulakan perbualan dengan 
isu 16 Sept Pakatan Rakyat. Bukan dia tak tahu anak dia yang ini memang suka 
sembang bab politik. Mungkin dah lama dia tak dengar leteran politik saya. Tak 
pe lah, saya pun layan dia bersembang. Sampai ke point penutup, saya katakan 
bahawa politik yang berlaku hari ini tidak akan langsung menguntungkan Islam. 
Samada BN terus memerintah atau Pakatan Rakyat (DSAI). Yang untung, Amerika 
Syarikat dan barat! Kerana sekurang-kurangnya, kita masih tersepit dengan 
agenda politik kufur mereka yakni demokrasi, kapitalisme, liberalisme dan 
segala isme lahiran kepala otak mereka.

Bayangkan, betapa lama umat ini terpecah belah melalui penerapan sistem politik 
barat. Umat Islam disini, bagai hilang pedoman tatkala mendukung agenda politik 
masing-masing. Tak kalah, ada pula serpihan umat ini yang tidak mahu langsung 
berpolitik, sebahagiannya terus mengisytihar, "Mujur saya bukan ahli politik!" 
Konon semacam bangga menyebut demikian, padahal, politik merupakan tuntutan 
syarak, dalilnya;

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah ia 
mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka (cegahlah) dengan 
lidahnya (perkataan), jika ia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan 
hatinya (membenci), demikian itulah selemah-lemah iman" [HR Muslim]

Begitu pula sebuah hadis dengan maksud,

"Barangsiapa yang tidak memperhatikan (mengambil peduli) tentang urusan umat 
Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka" [HR Hakim]

Dan beberapa hadis yang lain sebagai pengkhususan kepada beberapa keumuman ayat 
Al-Quran berkaitan penerapan hukum Allah diatas mukabumi ini. Ini 
tugas politik. Yang membezakannya, politik Islam memperjuangkan penerapan 
syariah sedangkan politik barat sibuk dengan maslahat diri seperti takhta 
(kuasa), harta, wanita etc. Ada juga pihak yang berpolitik mencari maslahat 
parti bukan selainnya, dan pelbagai aksi politik yang mempunyai agenda selain 
penerapan syariah diatas mukabumi ini.

Berbalik kepada perbualan kami, saya katakan kepada abah (bekas ketua cawangan 
sebuah parti politik), agenda yang penting kita dukung dalam politik adalah 
Islam, bukan selainnya. Jika agenda lain yang dipentingkan, maka inilah 
kebinasaan yang kita tempa. Selagi kita tak mendukung aspirasi penegakkan 
syariah, selagi itulah barat terus menjajah pemikiran dan aktiviti politik 
kita. Bayangkan racun barat yang telah meresap masuk ke tubuh kita seperti 
assobiyah, maslahat parti, permusuhan dan lain-lain, menyebabkan kita dirundung 
polemik perjuangan yang tak berpenghujung. Setiap kali PRU tiba, itulah masa 
kemuncak barat menguji kita, apakah kita masih taat dengan budaya politik 
mereka atau sebaliknya. Jika kita masih berpecah, mereka pasti gembira.

Saya teringat satu fenomena yang berlaku sekarang tatkala abah membuahkannya. 
Ada semacam satu seruan agar setiap melayu memperjuangkan kemelayuan atas 
sentimen perkauman. Kata abah, "Kita sekarang tak peduli, PAS atau UMNO, 
asalkan sekarang melayu terus memerintah.. " Saya tersenyum dan terus mencelah. 
Ini 'bola tanggung' bagi saya. Saya terus 'melibas'. "Inilah masalahnya abah. 
Dalam keadaan tersepit, melayu (bangsa) pula yang dijadikan agenda. Ini bahaya 
dan terus menyempitkan lagi keadaan! Kita tak mahu lagi duduk dalam kepompong 
politik barat. Assobiyah tu mainan barat! Kita kena keluar dan melaksanakan 
perjuangan politik untuk Islam. Biarpun kita ni berbangsa melayu, tetapi agenda 
perjuangan kita adalah Islam sebab kita orang Islam yang berbangsa melayu. Biar 
melayu yang tumpang Islam, jangan Islam pulak yang tumpang melayu.."

Saya rasa mesej saya jelas. Harapnya abah mengerti. Dia mengangguk aje. 
Perjuangan selain Islam memang mengundang kemungkaran. Hanya perjuangan 
mendaulatkan syariah yang wajib kita laksanakan kerana dalam syariah pasti 
terdapat maslahat buat kita. Jika ia memuliakan kita, maka itu adalah kerana 
kita seorang muslim, bukan kita sebagai orang melayu. Jika kita dihancurkan, 
biarlah kita terkubur sebagai seorang pejuang Islam. Memang berbaloi! Negeri 
akhirat itu lebih baik dan kekal..

Wassalam
















      

Kirim email ke