Kenapa ada tanah cina,tanah arab,tanah india,tanah melayu,tanah 
majusi,tanah tinggi,tanah rendah....tanah lembah
tanah merah,tanah hitam,tanah liat,tanah gambut,tanah 
pasir,tanah?????????????................................................pelbagai
 
tanah lagi...lu fikirlah sendiri.

yang mana dulu Wujud di bumi ini...agama atau bangsa...?

Jika cerita agama kenapa tarikh raya Umat Islam pun tak sama....?Bulan 
islam di sempadani kaum...agaknyalah

Pesan dan kesan....bila  kita lupa atau lalai atau tidak berada di Jalan 
Allah....makanya Islam terus aib begini...


Baik Pas,UMNO atau akan ditanya.....kenapa kamu berpecah belah?tak kira 
lah samada dikatakan
pas  itu cerita islam atau umno itu cerita bangsa...tanggungjawab itu 
sama....iaitu bersatu...lu fikirlah sendiri

Falsafah atau teori atau org kafir yg dipelajari di U semua nya diciplak 
dari kitab atau penulis,cendikiawan Islam dahulu....
dirompak,diterjemah,di ubah....disebarkan ke serata 
dunia..........akhirnya kita kagum dan kata kafir itu pandai...kita bodoh.




shafie alip 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
11/10/2008 07:16 PM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah







Salam utk semua,
 
Aku selalu dapat email dari korng semua tentang pelbagai perkara. Tapi 
yang ini aku terpanggil utk reply. Mungkin atas dasar kesedaran yang Allah 
campak dalam hati kita.
wallahualam.
 
Kita nampak pergolakan politik negara kita. Pergolakan yg politikus2 yg 
buat, bukan rakyat jelata. Kita hanya bersorak, bertempik tepi padang tapi 
politikus2 ini yg sedang 'bermain', 
sedang kerja sebenar yg mereka patut buat, dibuat sekadar cukup saja tapi 
yang mereka 
lebih 'seronok' melihat pihak lawan mereka tumbang.
 
Yang lebih 'menggelikan hati' tu pertandingan dan habis tapi pihak yang 
kalah masih tetap 
'menjerit tgh padang' suruh pihak yang satu lagi bertempur. Refri dah tiup 
wisel, masa dah tamat, penonton dah angkat punggung tapi si kalah ni tadi 
masih tercegat ajak berlawan.
 
Kenapa tak boleh ke tunggu perlawanan yang dijadualkan akan datang? Kenapa 
suruh 'para hakim' duduk utk menghakimi perlawanan tu? Kan dah habis?
 
Inilah dia yang En Radio Malaya tu cerita ngan Abah beliau, demokrasi 
acuan barat, 
acuan orang orang kafir yang mmg termaktub dalam Quran, meraka takkan 
bersenang,
berlapang dada dgn Islam selagi kita tak ikut cara mereka.
 
Yang bangsa kita pula, bangsa Melayu ni, yang tak habis habis bangga 
sesangat dgn 
kemelayuannya, langsung terlupa atau sengaja lupa, dasar perjuangan kita 
adalah ISLAM,
bukan Melayu..biar melayu menumpang Islam bukan sebaliknya seperti kata En 
Radio tadi.
 
Apa perasaan orang Islam yang bukan berbangsa melayu? Ramai India Muslim, 
Cina Muslim, Iban Muslim, Dayak Muslim dan ramai lagi orang Islam yang 
pelbagai bangsa
kat Malaysia ni...kenapa kita dok cerita orang melayu, orang melayu, orang 
melayu?
Seolah olah orang bangsa lain menumpang kat Malaysia ni. Orang bangsa lain 
tu 
takde contribute apa  apa ke kat tanahair kita sampai begitu angkuh kita 
ni?
 
Apa masalahnya kalau pemimpin kita orang cina tapi dia Islam? Atau orang 
india tapi Islam? Ikhlas ke kita nak terima dia? Boleh ke kita terima dia 
berbangsa lain tapi dia ORANG BERAGAMA ISLAM? Mesti ada yang berkata "ah! 
kalau dah bangsa **** tu, 
tak kira la dia Islam ke tak..sama jek!" Itu menunjukkan kita masih lagi 
letak BANGSA mengatasi AGAMA ALLAH swt.
 
Tepuk dada tanya selera kita.
 
Apa sebenarnya masalah kita ya?
 
Apa sebenarnya yang kita mahukan?
 
Apa sebenarnya yang kita perlukan?
 
Wallahualam.
 
*patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki tetap kudaki...
 
 
 


<a rel="nofollow" target="_blank" href="http://tinypic.com/";><img 
style="WIDTH:213px;HEIGHT:166px;" height="375" alt="Image and video 
hosting by TinyPic" src="http://i3.tinypic.com/w0t9gn.jpg"; width="407" 
border="0"></a>

--- On Thu, 9/25/08, Md [EMAIL PROTECTED] <Md [EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Md [EMAIL PROTECTED] <Md [EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, September 25, 2008, 11:49 PM

Takbir syeikh. Utamakan hukum Islam dulu (Al Quran & Sunnah) baru 
lain-lain.
Sebenarnya umat Islam yang merosakkan agama sendiri bukannya Islam itu...
Banyak komen yang saya terima dari kalangan orang bukan Islam inginkan 
kepastian mengapa banyak 
kes keruntuhan akhlak umat sekarang ini begitu sinonim dengan umat islam.
Banyak sangat kes sampai kepala naik bengang.
Apapun kita kena kembali kepada Kitabullah dan As Sunah baru boleh 
selesai. 
Untuk kearah itu kita kena belajar seperti orang bukan Islam yang tukar 
agama kepada Islam. Mereka mencari Islam itu tapi kita dapat dari 
keturunan. Tu yang macam hampeh...yang kaya dengan sombongnya, yang miskin 
dengan masalah jenayahnya dan macam-macam lagi...Pernah jumpa dengan kes 
seperti ini... takut tapi kena hadapi juga sebab kita hidup dalam 
masyarakat yang begitu tertekan sekarang ini.
Sikit-sikit masalah timbul anak bini jadi mangsa. Kesian anak yang tak 
berdosa disepak terajang kerana memikirkan masalah ekonomi keluarga yang 
begitu constrain. 
Satu lagi doa banyak-banyak semoga hutang jangan menyelebungi hidup 
kita.....bunyi simple tapi itulah permainan hidup. Nak barang hutang dulu 
bayar kemudian. Setuju sign aggrement dengan bank bermakna kita setuju 
dengan riba' (konvensional) . Allah tak redha. Tu... yang hidup tak 
berkat. Ini sebagai satu contoh saja. Banyak lagi kes yang lain.
 
Wallahualam.
 
 
 
----- Original Message ----- 
From: Radio Malaya 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Wednesday, September 24, 2008 6:55 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah

Salam~

Syukur Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan berbuka puasa dengan 
ayahnda saya dikampong. Bukan main ceria wajahnya dan nampak segar dalam 
usia 60an. Hidangan sederhana saja, mee goreng dan bandung cincau. Buah 
mempelam raja dan jambu batu (seedless) asam sebagai aksesori tambahan. 
Tak de kuih muih. Bubur lambuk masjid juga ada, yang ni memang tiap-tiap 
hari abah ambil dimasjid. Prinsip melayu, rezeki jangan ditolak, kata 
abah.

Selepas solat maghrib, kami berbual. Abah tiba-tiba memulakan perbualan 
dengan isu 16 Sept Pakatan Rakyat. Bukan dia tak tahu anak dia yang ini 
memang suka sembang bab politik. Mungkin dah lama dia tak dengar leteran 
politik saya. Tak pe lah, saya pun layan dia bersembang. Sampai ke point 
penutup, saya katakan bahawa politik yang berlaku hari ini tidak akan 
langsung menguntungkan Islam. Samada BN terus memerintah atau Pakatan 
Rakyat (DSAI). Yang untung, Amerika Syarikat dan barat! Kerana 
sekurang-kurangnya, kita masih tersepit dengan agenda politik kufur mereka 
yakni demokrasi, kapitalisme, liberalisme dan segala isme lahiran kepala 
otak mereka.

Bayangkan, betapa lama umat ini terpecah belah melalui penerapan sistem 
politik barat. Umat Islam disini, bagai hilang pedoman tatkala mendukung 
agenda politik masing-masing. Tak kalah, ada pula serpihan umat ini yang 
tidak mahu langsung berpolitik, sebahagiannya terus mengisytihar, "Mujur 
saya bukan ahli politik!" Konon semacam bangga menyebut demikian, padahal, 
politik merupakan tuntutan syarak, dalilnya;

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah ia 
mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka (cegahlah) dengan 
lidahnya (perkataan), jika ia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan 
hatinya (membenci), demikian itulah selemah-lemah iman" [HR Muslim]

Begitu pula sebuah hadis dengan maksud,

"Barangsiapa yang tidak memperhatikan (mengambil peduli) tentang urusan 
umat Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka" [HR Hakim]

Dan beberapa hadis yang lain sebagai pengkhususan kepada beberapa keumuman 
ayat Al-Quran berkaitan penerapan hukum Allah diatas mukabumi ini. Ini 
tugas politik. Yang membezakannya, politik Islam memperjuangkan penerapan 
syariah sedangkan politik barat sibuk dengan maslahat diri seperti takhta 
(kuasa), harta, wanita etc. Ada juga pihak yang berpolitik mencari 
maslahat parti bukan selainnya, dan pelbagai aksi politik yang mempunyai 
agenda selain penerapan syariah diatas mukabumi ini.

Berbalik kepada perbualan kami, saya katakan kepada abah (bekas ketua 
cawangan sebuah parti politik), agenda yang penting kita dukung dalam 
politik adalah Islam, bukan selainnya. Jika agenda lain yang dipentingkan, 
maka inilah kebinasaan yang kita tempa. Selagi kita tak mendukung aspirasi 
penegakkan syariah, selagi itulah barat terus menjajah pemikiran dan 
aktiviti politik kita. Bayangkan racun barat yang telah meresap masuk ke 
tubuh kita seperti assobiyah, maslahat parti, permusuhan dan lain-lain, 
menyebabkan kita dirundung polemik perjuangan yang tak berpenghujung. 
Setiap kali PRU tiba, itulah masa kemuncak barat menguji kita, apakah kita 
masih taat dengan budaya politik mereka atau sebaliknya. Jika kita masih 
berpecah, mereka pasti gembira.

Saya teringat satu fenomena yang berlaku sekarang tatkala abah 
membuahkannya. Ada semacam satu seruan agar setiap melayu memperjuangkan 
kemelayuan atas sentimen perkauman. Kata abah, "Kita sekarang tak peduli, 
PAS atau UMNO, asalkan sekarang melayu terus memerintah.. " Saya tersenyum 
dan terus mencelah. Ini 'bola tanggung' bagi saya. Saya terus 'melibas'. 
"Inilah masalahnya abah. Dalam keadaan tersepit, melayu (bangsa) pula yang 
dijadikan agenda. Ini bahaya dan terus menyempitkan lagi keadaan! Kita tak 
mahu lagi duduk dalam kepompong politik barat. Assobiyah tu mainan barat! 
Kita kena keluar dan melaksanakan perjuangan politik untuk Islam. Biarpun 
kita ni berbangsa melayu, tetapi agenda perjuangan kita adalah Islam sebab 
kita orang Islam yang berbangsa melayu. Biar melayu yang tumpang Islam, 
jangan Islam pulak yang tumpang melayu.."

Saya rasa mesej saya jelas. Harapnya abah mengerti. Dia mengangguk aje. 
Perjuangan selain Islam memang mengundang kemungkaran. Hanya perjuangan 
mendaulatkan syariah yang wajib kita laksanakan kerana dalam syariah pasti 
terdapat maslahat buat kita. Jika ia memuliakan kita, maka itu adalah 
kerana kita seorang muslim, bukan kita sebagai orang melayu. Jika kita 
dihancurkan, biarlah kita terkubur sebagai seorang pejuang Islam. Memang 
berbaloi! Negeri akhirat itu lebih baik dan kekal..

Wassalam


 

Kirim email ke