setiap manusia tidak terlepas dari membuat dosa..., jadi diri sendiri yang 
harus tahu membezakan yg mana satu betul atau tidak.
   kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir.Disebabkan itu Islam 
menegaskan jangan sesekali mendekatkan diri dengan zina,kerana nafsu pasti akan
menguasai diri apabila kita menghampiri  zina dan maksiat.


  Sila beri pendapat bukan beli.....



  ----- Original Message ----- 
  From: Lynn ; Zarina 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Tuesday, November 04, 2008 1:20 PM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 94 bayi luar nikah setiap hari di 
Malaysia


        1- adakah dengan memberi condom percuma berkesan untuk mencegah 
kelahiran anak luar nikah?
        2-  apakah dengan bersolat jemaah dapat mengurangkan kelahiran anak 
luar nikah? sebab ada juga ahli jemaah masjid yang juga merupakan bapa kepada 
anak luar nikah ini.
        3- adakah dengan memberi pengetahuan mengenai seks selamat dapat 
membantu mengurangkan jumlah kelahiran anak luar nikah?


        sila beli pendapat anda.


        --- Pada Khm, 30/10/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

          Daripada: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
          Subjek: Help Palestine [hidayahnet] 94 bayi luar nikah setiap hari di 
Malaysia
          Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Tarikh: Khamis, 30 Oktober, 2008, 9:29 PM


          Itulah angkanya jika 257,411 bayi luar nikah dari 2000 hingga Julai 
2008, bermakna 94 bayi luar nikah setiap hari. Setiap negeri purata 7 orang 
bayi luar nikah setiap hari. Setiap pihak mesti bertafakkur sebentar fikirkan 
perkara ini. Banyak tindakan boleh dilakukan baik di pihak kerajaan mahu pun 
individu. Semua harus bertindak.

          Masjid-masjid mesti dipenuhkan dengan solat jemaah. Hiburan melampau 
di tempat awam, di media elektronik mesti dikawal. Aktiviti alternatif mesti 
disediakan. Perkahwinan harus dipermudahkan. Majlis perkahwinan yang eksklusif 
(grand) jangan dihebohkan. Rumah urut harus dikawal. Usaha dakwah mesti 
diperhebatkan. Akhir sekali semua kita mesti berdoa agar generasi kita 
diselamatkan dari bala dan musibah yang berterusan akibat maksiat yang semakin 
tidak terkawal.

          ************ *********
          257,411 bayi luar nikah
          Kosmo 30 Oktober 2008
          KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

          Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa 
dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

          Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed 
Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi 
soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

          Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara 
(JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak 
luar nikah.

          "Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi 
anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu 
dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

          "Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran 
dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

          Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar 
berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang 
sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

          http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2008&dt= 1030&pub= 
Kosmo&sec= Negara&pg= ne_12.htm 


       




------------------------------------------------------------------------------
  Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
  Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.

   

Kirim email ke