Salam,

Kenyataan pertama => No Komen
Kenyataan Ketiga => No Komen
Kenyataan Kedua => Ya, dengan bersolat (jemaah lebih afdal) dapat
mengurangkan kelahiran anak luar nikah. Malah banyak lagi perkara maksiat
dapat di kurangkan kerana Al-Quran menjelaskan maksud "
Al-'Ankabuut(29:45)". Masalahnya yg perlu di tanya kenapa dah buat tapi
masih lagi tak dapat mencegah...Fahamilah apakah solat kita itu sudah sampai
ke tahap khusyuk...ini yg menjadi masalah pada semua orang termasuk saya.

 "sebab ada juga ahli jemaah masjid yang juga merupakan bapa kepada anak
luar nikah ini."Pada saya sekurang-kurangnya ada penginsafan pada diri yg
tahu dan mahu berjemaah di masjid dari tidak mahu sembahyang langsung...

Salam

2008/11/4 <LynnZarina>

>     1- adakah dengan memberi condom percuma berkesan untuk mencegah
> kelahiran anak luar nikah?
> 2-  apakah dengan bersolat jemaah dapat mengurangkan kelahiran anak luar
> nikah? sebab ada juga ahli jemaah masjid yang juga merupakan bapa kepada
> anak luar nikah ini.
> 3- adakah dengan memberi pengetahuan mengenai seks selamat dapat membantu
> mengurangkan jumlah kelahiran anak luar nikah?
>
>
> sila beli pendapat anda.
>
>
> --- Pada *Khm, 30/10/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>* menulis:
>
> Daripada: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] 94 bayi luar nikah setiap hari di
> Malaysia
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Tarikh: Khamis, 30 Oktober, 2008, 9:29 PM
>
>  Itulah angkanya jika 257,411 bayi luar nikah dari 2000 hingga Julai 2008,
> bermakna 94 bayi luar nikah setiap hari. Setiap negeri purata 7 orang bayi
> luar nikah setiap hari. Setiap pihak mesti bertafakkur sebentar fikirkan
> perkara ini. Banyak tindakan boleh dilakukan baik di pihak kerajaan mahu pun
> individu. Semua harus bertindak.
>
> Masjid-masjid mesti dipenuhkan dengan solat jemaah. Hiburan melampau di
> tempat awam, di media elektronik mesti dikawal. Aktiviti alternatif mesti
> disediakan. Perkahwinan harus dipermudahkan. Majlis perkahwinan yang
> eksklusif (grand) jangan dihebohkan. Rumah urut harus dikawal. Usaha dakwah
> mesti diperhebatkan. Akhir sekali semua kita mesti berdoa agar generasi kita
> diselamatkan dari bala dan musibah yang berterusan akibat maksiat yang
> semakin tidak terkawal.
>
> ************ *********
> 257,411 bayi luar nikah
> Kosmo 30 Oktober 2008
> KUALA LUMPUR - Mengejutkan!
>
> Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa
> dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.
>
> Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid
> Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal
> jawab Dewan Rakyat, semalam.
>
> Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
> ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak
> luar nikah.
>
> "Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi
> anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama
> ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.
>
> "Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan
> Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.
>
> Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar
> berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang
> sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.
>
> http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2008&dt= 1030&pub=
> Kosmo&sec= Negara&pg= 
> ne_12.htm<http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm>
>
>
> ------------------------------
> Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
>
> 
>

Kirim email ke