Salam, 

Kenapa harus pergi jauh? Kat kompleks PKNS Shah Alam ada rawatan bekam. 
Kat ground floor. Or you pergi kat Bandar SG. Emas Banting ada tempat 
bekam yang diusahakan oleh AZR Agro . Ianya diusahakan oleh penternak 
cacing tu . Pernah mereka ni keluar kat Majalah 3. No tel saya tak 
tahulah. tapi kat sebelah TEsco Banting.



capthalim 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
12/15/2008 10:11 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam







Saya telah beberapa kali cuba untuk menghubungi Ustaz Abdul Hadi di no. 
HP: 019-3-6697374 tetapi gagal "Nombor yang anda dail tidak dapat 
dihubungi". Ada nombor lain ke? 

Ab. Halim bin Muhamad
F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd
National Logistics & Distribution Dept.
DID : 03-51014332
HP  : 013-3424198
Fax : 03-51014333 


Rozmal; bin; Malakan 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com 
04/12/2008 21:58 

Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> 
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam








Kawan saya Ustaz Abdul Hadi di Seremban Jaya adalah merupakan pengamal 
rawatan bekam. Bekam adalah merupakan kaedah perubatan yang diamalkan dan 
disarankan oleh Rasulullah saw. Tempat rawatan bekam beliau ialah di rumah 
teres setingkat jalan bertentangan dengan stesen minyak Petronas di Taman 
Seremban Jaya. Untuk wanita akan dibuat oleh isteri beliau atau sahabat 
isteri beliau. No tel Ust Hadi untuk temujanji 013-6697374 , atau boleh 
hubungi sahabat saya lagi seorang Sdr Sharizal 017-2218189.

Kalau dari Lebuhraya keluar di Tol Senawang. Lepas keluar tol jumpa lampu 
isyarat pertama masuk kanan. Terus dalam lebih kurang 2 km akan jumpa 
stesen Petronas sebelah kiri. Tempat rawaran bekam Ustaz Hadi deret rumah 
teres sebelah kanan.

********************* 
Berbekam makin popular

Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan 
tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara 
berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang 
menghadapi pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, 
sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan 
oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.

Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan 
mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan 
tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit 
kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah 
wujud sejak beribu tahun dahulu.

''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan 
oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan 
teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari 
ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 
al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk 
Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan 
bekam untuk tujuan kesihatan. 

Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang 
mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. 
Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, 
pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat 
seperti merokok dan menagih dadah.

''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling 
sesuai. Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam 
basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.

''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah 
untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan 
perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.

''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," 
katanya lagi.

Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang 
perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan 
jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air 
mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. 
Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.

Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan 
bayaran sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah 
saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar 
setakat mereka mampu," tambahnya.

Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki 
sebuah pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja 
menyediakan rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan 
alternatif yang lain yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam boleh 
menghubunginya di talian 013-6697374.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive
 


 

<<image/gif>>

<<image/gif>>

Reply via email to