Salam. Saya juga menjalankan pengubatan bekaam lintah. Isu ini timbul mungkin 
sebab pengamal bekam lintah tersebut tidak memusnahkan lintah yang telah 
digunakan untuk rawata atau lebih mudah diguna lagi selepas beberapa hari.
 
Saya tidak mengguna lintah yang telah digunakan. Saya simpan berasingan sekadar 
untuk ditunjukkan kepada pelanggan saya.
 
Pusat rawatan saya ialah di Bandar Baru Bangi. Boleh lawat laman saya di
 
http://eboss2u.blogstarz.my
 


--- On Tue, 12/16/08, fari...@yahoo.com <fari...@yahoo.com> wrote:

From: fari...@yahoo.com <fari...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, December 16, 2008, 3:01 AM






salam.....
sekadar berkongsi.....sy ada pengalaman dgn rawatan bekam ni....pengalman yg sy 
ambil dr sahabat sy......cuma sekadar utk mengingatkan para sahabat yg lain 
sekiranya berhajat utk mendptkan rawatan bekam.......kerana sahabat sy telah 
dijangkiti dgn Hepatitis B kesan dr rawatan bekam...keadaan dia skrg sgt 
meneydihkan.....report doktor tlh mengesahkan virus tersbt disbbkan oleh darah 
hasil dr aktiviti bekam.....
nasihat sy bg yg berhajat utk rawatan alternative iaitu berbekam sy sarankan 
agar para sahabat memastikan tahap kebersihan peralatan yg digunakan dan cara 
darah dr bekam td dibuang......
kerana sy tak mahu ada yg mengalami nasib yg sama seperti shbt sy td.....sbb 
selain dr psikologi dia, malah kewangan jgk menybbkan shbt td pening 
kepala....bygkan la kos rawatan shbt td memerlukan RM700++ perweek utk ubatan 
Hb td....kalo sebulan, shbt td memerlukan RM2800++....
jadi, tujuan sy berkongsi ni bkn utk mempengaruhi mana2 pihak dgn rawatan 
berbekam ni tp sekadar utk memastikan agar langkah2 keselamtan yg wajar diambil 
perlu dipertimbangkan dan dipantau utk dibuat penilaian bg satu2 keputusan yg 
akan diambil.
jadi......kesihatan tidak boleh dibeli dan tiada terhingga 
nilainya....hargailah kesihatan anda....

 




Daripada: "captha...@yahoo.com" <captha...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Isnin, 15 Disember, 2008 10:11:15
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam




Saya telah beberapa kali cuba untuk menghubungi Ustaz Abdul Hadi di no. HP: 
019-3-6697374 tetapi gagal "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi". Ada 
nombor lain ke?

Ab. Halim bin Muhamad
F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd
National Logistics & Distribution Dept.
DID : 03-51014332
HP  : 013-3424198
Fax : 03-51014333






Rozmal; bin; Malakan
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com
04/12/2008 21:58




Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com






To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>


cc



Subject
Help Palestine [hidayahnet] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam









Kawan saya Ustaz Abdul Hadi di Seremban Jaya adalah merupakan pengamal rawatan 
bekam. Bekam adalah merupakan kaedah perubatan yang diamalkan dan disarankan 
oleh Rasulullah saw. Tempat rawatan bekam beliau ialah di rumah teres setingkat 
jalan bertentangan dengan stesen minyak Petronas di Taman Seremban Jaya. Untuk 
wanita akan dibuat oleh isteri beliau atau sahabat isteri beliau. No tel Ust 
Hadi untuk temujanji 013-6697374 , atau boleh hubungi sahabat saya lagi seorang 
Sdr Sharizal 017-2218189.

Kalau dari Lebuhraya keluar di Tol Senawang. Lepas keluar tol jumpa lampu 
isyarat pertama masuk kanan. Terus dalam lebih kurang 2 km akan jumpa stesen 
Petronas sebelah kiri. Tempat rawaran bekam Ustaz Hadi deret rumah teres 
sebelah kanan.

************ *********
Berbekam makin popular

Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan 
tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam 
iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi 
pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak 
beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang 
ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.

Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan 
mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan 
tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali 
Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak 
beribu tahun dahulu.

''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh 
Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini 
kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi 
telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda 
menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan 
kesihatan.

Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang 
mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia 
berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, 
pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat 
seperti merokok dan menagih dadah.

''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. 
Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, 
bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.

''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk 
keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di 
bahagian kedua urat belikat.

''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya 
lagi.

Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang 
perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air 
mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung 
tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.

Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran 
sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya 
tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat 
mereka mampu," tambahnya.

Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah 
pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan 
rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain 
yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam boleh menghubunginya di 
talian 013-6697374.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2008&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive





Nikmati lebih banyak perbualan di blog dan tapak web
Alaminya dengan Online Pingbox Creation Wizard


      

Kirim email ke